Tan Sri Annuar Musa COVID-19. - FotoBERNAMA
Mandat rakyat bukan statik, beri peluang PM memimpin'
KL: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus terus diberikan peluang memimpin mandat baharu rakyat melalui pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) demi negara.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa, berkata pemimpin Pakatan Harapan (PH) harus sedar bahawa mandat rakyat yang sering mereka laungkan sebelum ini bukannya statik dan mereka harus menerima hakikat perubahan itu.
Malah, katanya beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) sejak 2019 yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada BN membuktikan bahawa mandat rakyat sudah berubah.
Malah, katanya beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) sejak 2019 yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada BN membuktikan bahawa mandat rakyat sudah berubah.
"Kerap kedengaran istilah mandat diulang sejak akhir akhir ini. Mereka lupa mandat rakyat bukan statik.
"Rakyat dan anggota PH sendiri menolak pakatan itu. Terimalah hakikat berkenaan dan biar Tan Sri Muhyiddin terus memimpin mandat baru rakyat, demi Malaysia," katanya yang juga Menteri Wilayah Persekutuan melalui ciapan di Twitter, hari ini.
Kenyataan Annuar itu dipercayai merujuk kepada tindakan pemimpin PH yang tidak mengiktiraf kerajaan PN dan mendakwa mandat rakyat dikhianati apabila kerajaan PH tumbang Februari lalu.
Malah, Dewan Rakyat juga menerima usul undi tidak percaya kepada Muhyiddin untuk dibawa pada Mesyuarat pertama, penggal ketiga Parlimen ke-14 yang akan bersidang pada 18 Mei ini.
Sebelum ini, BN berjaya mempertahankan kemenangan di tiga PRK iaitu Parlimen Cameron Highlands, Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dan Parlimen Kimanis dan merampas dua kerusi milik PH iaitu di DUN Semenyih dan Parlimen Tanjung Piai.
Sementara itu, Annuar berkata, BN melalui Muafakat Nasional (MN) yang dibentuk bersama PAS akan menyusun cara kempen berbeza bagi penganjuran PRK Chini bersesuaian dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan ancaman COVID-19.
"Satu pendekatan baharu akan diperkenalkan oleh Jabatan Urusan Piliharaya (JUARA) di bawah parti, ...ia satu lagi cabaran dengan mengambil kira PKPB yang sedang berkuat kuasa serta ancaman COVID-19 masih ada. Insya-Allah, demi rakyat khususnya," katanya.
PRK akan dilaksanakan di DUN Chini selepas ia kosong susulan penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur, Khamis lalu akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas di Bangsar.
Pada Pilihan Raya Umum 2018, Allahyarham selaku wakil Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi disandangnya dalam saingan tiga penjuru dengan majoriti 7,675 undi. (IH)
MANA DAP?
ReplyDeletePertama, baharu sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan, nampaknya tidak sabar-sabar pemimpin Pakatan Harapan (PH) mahu merebut kuasa. Malah mereka tidak menyoroknya. Mereka mahu memberitahu bahawa untuk kesekian kalinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan bergandingan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menumbangkan kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Hairannya, kali ini tiada pula pemimpin DAP di dalam gambar. Amanah pun entah ke mana. Bagi penganalisis politik, ia jelas menunjukkan `perang seterusnya’ ialah memenangi undi orang Melayu yang disedari PH tidak akan berjaya, jika mereka memaparkan wajah DAP.
Menurut penganalisis lagi, semasa pentadbiran PH selama 22 bulan, DAP telah berjaya menjarak-jurangkan orang Melayu daripada terus menyokong PH dengan segala keputusan dan perbuatan.
Persoalannya, apakah `sudah terlambat’ atau `masih sempat’ untuk Mahathir dan Anwar menyakinkan rakyat bahawa mereka berdua adalah sebaik-baik gandingan untuk menyingkirkan Muhyiddin sekarang ini?
Sejak itu, Mahathir terus-menerus enggan mengesahkan bila hendak melepaskan jawatan seperti dijanjikan, menyebabkan Anwar semakin membara, konco-konconya di dalam PH sama membara. Itu rakyat tahu. Pada zaman digital ini, benda-benda tak puas hati mana boleh disorok.
Atok rakyat bukan bodoh atok. Hari pertama atok pertikai undi yang Muhyuddin dapat, srkarang atok kata mungkin sekarang undi akan berubah sebab ada pemimpin atok yg kononya disogok dengan jawatan. Atok jangan jadi bodoh mas atok jadi PM berapa ramai pemimpin UMNO diugut dan disogok dengan jawatan untuk tinggalkan UMNO. Sekarang pemimpin yg diugut dan disogok belah atok atau Mahyuddin..!?
Ayok dah nyanyok, balik lah dari meratib berzikir 'asyik kena tikam belakang' elok bulan puada ni atok meratib zikir 'subahanallah' banyak banyak.
Netizen sekarang dapat maklumat celah jari ajer bukan 22 tahun dulu suma berota darang dari celah kroni atok...
Sudah sudah la atok... mungkin ini ramadhan atok yang terakhir.. sudah sudah lah tu..!!