MENURUT 'malaysiakini' Diterbitkan Dikemaskini Hari ini 1:08 am 'Konspirasi, kata dua dan konsensus dalam mesyuarat 'terakhir' PH'..
KRISIS perpecahan dalam Bersatu kian meruncing apabila pengerusinya Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Muhyiddin Yassin masing-masing mempertahankan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).
Bagi kem Mahathir, langkah Muhyiddin mengeluarkan Bersatu daripada PH merupakan satu pengkhianatan manakala bagi kem Muhyiddin pula, ia disebabkan rakan sekutu Bersatu yang tidak sabar sehingga mengasak parti itu ke satu sudut.
Laman Facebook Bersatu semalam membocorkan rakaman audio lebih dua jam mesyuarat terakhir Majlis Presiden PH ketika masih menjadi kerajaan pada 21 Feb lalu, dengan mendakwa rakan sekutu Bersatu bersikap 'biadab' terhadap Mahathir.
Perbincangan selama dua jam itu kadang kala menjadi panas apabila pemimpin komponen PH menimbulkan soal sama ada Mahathir harus menetapkan tarikh peralihan kuasa atau sebaliknya.
Meskipun rakaman yang bocor hampir tiga bulan itu mungkin merupakan perang saraf, ia memberi gambaran menarik mengenai apa yang berlegar dalam fikiran pemimpin PH, beberapa hari sebelum gabungan itu 'tersungkur'.
Dalam mesyuarat itu, Amanah dan DAP mendesak Majlis Presiden PH membuat keputusan mengenai tarikh yang tepat bagi peralihan kuasa, manakala pemimpin Bersatu menegaskan Mahathir tidak boleh ditekan, selain menyatakan terdapat pemimpin tertentu dalam PH menyerang Mahathir di khalayak umum.
Lebih menarik timbalan presiden PKR pada masa itu, Azmin Ali dan naib presidennya, Zuraida Kamaruddin, menegaskan bahawa Mahathir perlu menghabiskan sepenggal penuh - satu pendirian yang tidak diusulkan oleh pemimpin Bersatu dalam mesyuarat itu memandangkan mereka hanya mahu Mahathir menetapkan tarikh itu sendiri.
"Tun, you kata selepas APEC (Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik) dan tak ada tarikh, dan mungkin juga sepenggal penuh," kata Zuraida.
"Tun, you kata selepas APEC (Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik) dan tak ada tarikh, dan mungkin juga sepenggal penuh," kata Zuraida.
Untuk rekod, Azmin dan Zuraida kemudiannya memainkan peranan penting dalam kejatuhan kerajaan PH apabila mereka berpaling tadah untuk menyertai PN.
Berdasarkan rakaman tersebut, adalah jelas bahawa pemimpin PH tidak sedar mengenai wujudnya konspirasi berkenaan.
Konspirasi
Apabila Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Abdul Rahman bersuara lantang menentang pemimpin PH yang menekan Mahathir untuk menetapkan garis masa peralihan kuasa, Presiden PKR Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa terdapat konspirasi yang telah diatur.
"Syed Saddiq, kamu mungkin tidak tahu, cubaan merosakkan keseluruhan rancangan (peralihan kuasa). Yang nyata, konfigurasi baru, saya bincang dengan Muhyiddin.
"Konfigurasi baru yang melayani PAS, Umno itu yang sebabkan orang marah.
"Tapi bila saya tanya, Tun kata diorang datang, dia tak beri kelulusan. Tapi banyak orang termasuk dalam dewan ini malam ini kata Tun setuju."
Anwar berkata beliau mahu Majlis Presiden bertindak tegas terhadap kewujudan gerakan berkenaan.
"You tak boleh cakap sokong Tun dan Pakatan Harapan dan khianat di luar. Kemudian kamu mengharapkan kami meletakkan kesetiaan sepenuhnya. Ini yang kena stop," jelasnya.
Anwar juga mengakui pihaknya mengumpulkan akuan bersumpah (SD) sebagai respons kepada satu lagi langkah berasingan yang dinamakannya "konfigurasi baru".
Bagaimanapun, Anwar berkata SD oleh pihaknya bukan seperti penyokong "konfigurasi baru", dan peralihan kuasa seharusnya diserahkan kepada Majlis Presiden PH untuk membuat keputusan.
Pada penghujung mesyuarat yang menemui jalan buntu itu, Anwar berjanji mengekang ahli PKR yang masih berdegil dan akan menyatakan sokongannya kepada Mahathir di media.
"Saya akan cuba yang terbaik tapi setakat ini saya support Tun kalau ditanya media. Saya akan katakan kepada mereka bahawa ia telah diselesaikan dan menyatakan keyakinan penuh terhadap kepimpinan Tun," katanya walaupun tiada keputusan dicapai mengenai tarikh peralihan kuasa.
Bagaimanapun, Azmin kemudian mencelah dengan mengatakan: "Tun, saya nak minta penjelasan adakah dengan menyokong Tun untuk serve full term (berkhidmat sepenggal penuh) itu merupakan pengkhianatan kepada Pakatan Harapan?"
Ini mencetuskan pertikaian apabila Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad akhirnya bersuara.
"Saya rasa paling penting tentang pengkhianatan adalah bawa masuk orang lainlah. Bawa masuk PAS, Umno, nak form gabungan baru, itu pengkhinatan yang kita sedang ceritakan.
"Kita tidak bincang tentang PAS dan Umno punya penglibatan," jawab Azmin.
Bahang ketegangan juga dapat dikesan ketika mesyuarat itu apabila setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berulang kali menyindir dengan menyatakan beliau tidak pernah sesekali "ponteng" daripada mesyuarat parti dan PH - satu dakwaan yang sebelum ini dibuat terhadap Azmin dan kumpulannya.
Kata dua
Khalid akhirnya berkata perkara itu harus diserahkan antara Anwar dan Mahathir untuk membuat keputusan.
Mahathir, yang sepanjang mesyuarat itu tidak memberi sebarang pandangan mengenai kedudukannya sebagai perdana menteri dan pada satu ketika mengatakan beliau tidak sepatutnya menghadiri mesyuarat yang banyak tertumpu kepadanya, kemudian bertanya apakah yang mahu diberitahu kepada pihak media di tengah-tengah kebuntuan berkenaan.
"Kita nak bagitahu press yang kita pecah dua atau kita ada konsensus?" soalnya.
Mahathir juga mengulangi bahawa beliau akan meletakan jawatan selepas Apec.
Bagaimanapun Azmin sekali lagi mencelah dan berkata: "Tetapi tiada konsensus walaupun selepas Apec", menyebabkan suasana bising apabila ada yang membantah.
"Saya tahu kamu ada sesuatu yang peribadi terhadap saya. Berapa banyak pandangan berbeza, mengapa kamu pilih saya?" bidas beliau.
Pertikaian itu berterusan selama beberapa minit sebelum Syed Saddiq sekali lagi membantah gesaan agar Mahathir menetapkan garis masa bagi peralihan kuasa.
Setiausaha Agung Bersatu Marzuki Yahya, yang banyak mendiamkan diri akhirnya bersuara dan menggesa Majlis Presiden PH menyerahkan kepada Mahathir untuk membuat keputusan mengenai tarikh peralihan kuasa.
Beliau juga melahirkan kebimbangan bahawa PH kehilangan sokongan dan rancangan peralihan kuasa telah menjadi perhatian rakyat.
Beliau mengakhiri kata-katanya dengan mengatakan sekiranya Majlis Presiden tidak boleh patuh, maka Bersatu boleh membuat keputusan sendiri, menyebabkan keadaan menjadi senyap seketika.
Presiden Amanah Mohamad Sabu kemudian bersuara dengan mengatakan:
"Bersatu buat keputusan, Amanah buat keputusan, DAP buat keputusan. Pecahlah kita jadi pembangkang balik".
Khalid kemudian menggesa agar tiada kata dua diberikan dalam mesyuarat berkenaan.
"Janganlah bagi ultimatum. Bila you nak cari konsensus, bila kamu bagi ultimatum, kamu tak cari konsensus."
Mat Sabu kemudian berkata "Bersatu nak buat keputusan sendiri itu ultimatum, kami pun dah jadi pembangkang lama".
Konsesus
Perdebatan ini berlangsung selama beberapa minit sebelum Anwar mencelah.
"Sekarang Bersatu bagi ultimatum, kita kena capai konsensus. Saya tak nak usulkan apa. Saya serah pada Tun, saya percaya kamu sebab ultimatum ada risiko pecah. Saya harap jangan buat begitu.
"Saya akur, serah pada Tun," katanya.
Mahathir kemudian secara bergurau memberitahu beliau mahu menyandang jawatan perdana menteri selama lima penggal.
Pada nada yang lebih serius, Mahathir berkata:
"Jangan tetapkan saya tempoh. Saya akan buat keputusan.Kalau kamu percaya saya, akan buat keputusan tapi jangan beritahu bila.
"Mungkin satu hari sebelum parlimen dibubarkan - mungkin, saya tidak mengatakan begitu, jangan petik saya Tapi jangan tetapkan satu tempoh, saya akan buat keputusan.
"Jadi, jika kamu tidak boleh bersetuju (menetapkan tarikh), maka kamu terima pandangan saya. Adakah itu okay?" katanya.
Para pemimpin dalam mesyuarat itu kemudian didengar menyatakan persetujuan sebelum beralih untuk membincangkan isu-isu pentadbiran.
Para pemimpin dalam mesyuarat itu kemudian didengar menyatakan persetujuan sebelum beralih untuk membincangkan isu-isu pentadbiran.
Pada sidang akhbar lewat malam itu, Mahathir diapit Anwar dan isterinya Wan Azizah Wan Ismail di mana beliau mengumumkan bahawa PH memutuskan untuk membenarkan beliau membuat keputusan sendiri mengenai tarikh peralihan kuasa.
Bagaimanapun, dua hari kemudian, Azmin dan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin memulakan "Langkah Sheraton".
Azmin, yang juga Anggota Parlimen Gombak, berpaling tadah bersama 10 anggota Parlimen PKR yang lain, manakala Muhyiddin mengumumkan Bersatu keluar daripada PH.
Bersama-sama dengan Umno, PAS, GPS, PBS dan STAR, mereka membentuk kerajaan PN yang baru.
Mereka pada mulanya menggesa Mahathir mengetuai gabungan baru itu tetapi apabila ia ditolak, sokongan beralih kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri yang baru.
Sekian (IH).
Sekian (IH).
Perang mulut Perkara biasa saja...akhirnye depa setuju jugak serah kpd madey..
ReplyDeleteAssemin dan muyidin komplot tebuk atap..
RBA ternakan D4P meroyan histeria menfitnah Muhyidin sedangkan KERAjaan PH tumbang kerana TDM meletakkan jawatan PM maka tidak timbul isu komplot tebuk atap.
DeleteYang pasti RBA tebuk tangki najis untuk merosakkan al sekitar.
PH tumbang kerana madey letak jawatan tapi blm beralih kpd pihak lawan kerana boleh lantik pengganti....
DeleteKerajaan beralih bila muyidin bawak Bersatu kluar dan pakat dgn penyamun dan peniaga agama tebuk atap..
Paham tak khadam baghal?..
RBA @ baghal 1:43 PM ternakan parti kafir Harbi D4P cuba menipu orang ramai dengan menegakkan benang basah.
DeleteSebaik sahaja TDM meletakkan jawatan PM, secara automatik KERAjaan PH tumbang ! No more PH government ! Gone with the wind !
Fakta yang mudah ini pun RBA bodoh sombong tidak mahuh hadam sebab RBA suka hidup dalam kebodohan.
Muyudin sudah mulakan cara najib dgn umpan cash is king....cash is king tidak berkesan untuk najib yg tumbang jugak..
ReplyDeleteTugas getir muyidin untuk pulihkan dan tingkatkan kembali ekonomi pasca covid...jangkaan pakar2 ekonomi dunia akan dilanda kemelesetan ekonomi kesan covid...
Muyiden tak akan diberi ruang lagi sebagai pm pru15... Umno mau jawatan pm...
Muyidin dan Bersatu akan jadi melukut tepi gantang...
Nak kekal pm Bersatu kena kluar dari PN tanding sendirian tanpa parti gabongan kaum lain..
Kerusi Bersatu yg dibawak lari katak umno akan dirampas semula oleh umno.
Muyidin dan Bersatu akan tenggelam..
Assemin sudah rancang tubuh parti baruvala PKR....
Muyidin dan Assemin dgn gengnye akan lingkup pru15..
RBA dan D4P dan fitnah berpisah tiada kerana mereka kembar Siam.
DeleteRakyat tidak percaya pada RBA dan D4P kerana rakyat telah dikencing hancing oleh puak kafir Harbi dan khadam liberal mereka dalam Pakatan Hancing.
Khadam baghal tak de modal nak lawan berhujjah ..mula lah merapu cerita dongeng fitnah..
DeleteWah RBA baghal telah menipu diri sendiri dengan menafikan fakta bahawa PH telah kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu.
DeleteTulahan : PPBM dalam dilema, Umno dan Pas ke arah mana
ReplyDeleteAssalam,
Perikatan Nasional (PN) Dijangka Akan Berpecah Sebaik Saja Menteri ...
Timbalan Presiden Umno menyatakan dengan jelas bahawa Umno tidak menyertai Perikatan Nasional kerana Perikatan Nasional bukan satu entiti politik yang berdaftar. Maksudnya, Perikatan Nasional adalah satu entiti poltik yang cukup rapuh dan bila-bila sahaja akan pecah.
Umno nampaknya lebih selesa mengikat kerjasama politik dengan Pas dalam Maufakat Nasional dalam masa yang sama mempunyai kerjasama politik dengan Mca, Mic dan PBRS dalam Barisan Nasional.
Timbalan Presiden Umno ini juga menegaskan, Umno tidak mempunyai apa-apa perjanjian dengan PPBM dan GPS. Justeru, lihatlah betapa tidak kukuhnya , Perikatan Nasional yang diketuai TS Muhyiddin sekarang.
Walaupun TS Muhyiddin cuba menampakkan kepada rakyat bahawa Kerajaan Perikatan Nasional sebagai sebuah kerajaan yang kukuh. Namun, banyak tindakan sejak bermula ditubuhkan kerajaan Perikatan Nasional menunjukkan TS Muhyiddin cukup tertekan untuk mempertahankan kerajaan ini.
Terbaru , TS Muhyiddin membahagikan-bahagikan GLC kepada Ahli Parlimen parti-parti dalam Perikatan Nasional yang tidak mendapat jawatan Menteri dan Timbalan Menteri bagi mengelakkan beliau tidak mendapat sokongan Ahli Parlimen yang mencukupi.
Umno memang tidak dalam dilema kerana Umno memang tidak terikat dengan Perikatan Nasional . Apabila berlaku PRU 15, Umno hanya akan bersama Pas dan BN dalam menentukan kerusi-kerusi yang akan ditandingi.
PBBM yang sudah keluar dari Pakatan Harapan akan bertanding bersendirian dalam PRU 15 sepertimana Pas bertanding sendirian dalam PRU 14. Keputusan sudah diketahui awal, PPBM akan tewas kerana parti ini menang pada PRU 14 kerana bergabung dalam PH.
Sedangkan Pas pun sudah serik bertanding sendirian, inikan PPBM yang masih baru dan tidak mempunyai kekuatan akar umbi. Inilah persoalan yang bermain dalam pemikiran pemimpin-pemimpin PBBM menjelang pemilihan PPBM pada bulan Jun ini.
Memang PPBM masih memimpin kerajaan peringkat nasional dan dua negeri tetapi kuasa ini akan berakhir apabila berlakunya PRU 15. Sekiranya, TS Muhyiddin yang menang PPBM akan menerima nasib malang ini. Namun jika DS Mukhriz yang menang , PPBM mungkin berpeluang semula bersama PH menghadapi PRU 15.
Kenapa Umno tidak mahu mengikat perjanjian dengan PPBM? Kerana kerusi-kerusi yang ditandingi PPBM adalah kerusi-kerusi yang sama ditandingi Umno dan Pas. Umno sekarang cukup beruntung bersama Pas kerana musuh sebenar Umno sejak dahulu adalah Pas. Malah, dalam PRU 14 banyak kerusi-kerusi yang dimenangi Umno disaingi rapat oleh Pas bukan Pakatan Harapan.
Sekiranya, Pas berjaya dijinakkan oleh Umno. Umno akan bergaya mempertahankan kerusi-kerusi tersebut ,walaupun sebenarnya sekiranya Pas tidak bersama Umno dan mengikat kerjasama dengan PH . Banyak kerusi-kerusi tersebut boleh ditandingi oleh Pas dan Pas boleh memenangi banyak kerusi pada PRU 15.
Malah , jika Pas berkerjasama dengan PH, Pas berpeluang mengetuai 2 buah negeri yang baru iaitu Perak dan Pahang. Selain , mengekalkan Kelantan dan Terengganu dan pasti mudah merampas Kedah.
Merujuk negeri Perak pada PRU 14 , 12 kerusi yang ditandingi Pas berada di kedudukan kedua di belakang Umno. Sekiranya Pas bersama Umno, semua kerusi-kerusi tersebut akan kekal ditandingi Umno kerana Umno memenangi kerusi tersebut pada PRU 14.
Namun, sekiranya Pas bersama PH , Pas berpeluang bertanding di semua kerusi tersebut kerana berada lebih tinggi daripada PH . Umno akan memberi alasan , Pas akan diberi peluang bertanding di kerusi-kerusi yang dimenangi oleh PH pada PRU 14. Perlu diketahui, kerusi yang dimenangi oleh PH adalah kerusi bermajoriti bukan Melayu dan kerusi campuran.
RBA kafir ternakan parti kafir Harbi D4P sedang menyebarkan pelbagai fitnah untuk memecah-belahkan PN tetapi malang bagi RBA kerana PN menjadi semakin kukuh, kuat dan teguh sekarang.
DeleteBukti:
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Barisan Nasional (BN), Parti Islam Se-Malaysia (Pas), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menyokong penubuhan Perikatan Nasional melalui kerjasama gabungan parti politik.
RBA meroyan histeria kerana panik melihat PN semakin kuat dan kukuh.
DeletePuak kafir Harbi D4P dan RBA dan khadam liberal mereka sedang sibuk mencipta fitnah untuk memburuk-burukkan PN. Kita masih ingat lagi fitnah RM90 juta yg digunakan oleh puak kafir harbi D4P, RBA dan khadam liberal mereka untuk menfitnah PAS dan UMNO sebelum PRU dahulu untuk menghasut orang ramai membenci parti Islam dan.parti Melayu.
ReplyDeletePolitik persepsi musuh Islam adalah lebih menjijikkan dan kotor dari tahi.
RBA gatal gila seks dan berbahaya kepada jiran wanita!
DeleteHangpa sokong parti LBGT Allah bagi Covid-19, padan muka hangpa!
ReplyDeleteSilap haribulan hangpa semua kene buang kerja! Kah..kah..kah..
Sejak pas perintah dah tak dak lgbt dan pondan...
DeleteKilang arak lepas covid buka semula...lgbt bebas semula...judi boleh teruskan...
Pas dah liberal demi perjuangan wang dan duit..
Al-Quran dan Sunnah menjadi perlembagaan PAs maka dakwaan RBA bahlol konon 'PAS dah liberal' membuktikan RBA adalah tentera syaitan yang berusaha menyesatkan umat Islam.
Delete