Sunday, May 10, 2020

Misi 5 Gajah Membantu Orang Asli. Gajah&normal baharu'.

GAJAH denak melalui sungai dan laluan sukar untuk sampai ke kampung Orang Asli Che Wong. FOTO NSTP

MISI 'istimewa' menghantar bantuan makanan menggunakan lima ekor gajah. Kaedah dianggap unik itu ternyata berjaya membantu ratusan penduduk perkampungan Orang Asli Che Wong yang tinggal jauh di belantara Pahang.
Usaha itu dilakukan petugas Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Lanchang, Pahang, dalam memastikan masyarakat Orang Asli turut menerima bantuan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Difahamkan lima ekor gajah denak bernama Sanum, Timur, Kala, Alam dan Kasturi digunakan untuk tujuan itu.
Ketua PKGK Kuala Gandah Lanchang, Mohamad Khairul Adha Mat Amin berkata, misi bantuan bergajah itu bermula 18 April lalu membabitkan bantuan ke empat perkampungan utama Orang Asli Che Wong iaitu Kampung Baek, Kampung Senil, Kampung Asli Serluh dan Kampung Lata Tujuh di sekitar Daerah Temerloh.
Menurutnya, misi perjalanan menggunakan gajah dijinakkan itu mengambil masa tiga hari untuk sampai ke satu-satu lokasi bergantung kesukaran bentuk muka bumi.
"Setiap perkampungan itu mempunyai sekitar 20 keluarga yang menetap di dalam kawasan hutan Rezab Hidupan Liar, Krau dibawah pengurusan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
"Program ini dijayakan 12 kakitangan membabitkan seorang pegawai (Ketua Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan), sembilan Mahut (penggembala) gajah dan dua nature guide Kuala Gandah," katanya.
Beliau berkata, misi penghantaran makanan kepada penduduk Orang Asli menggunakan gajah adalah julung kali dilaksanakan Perhilitan dan pertama kali dijalankan di negara ini.
"Barangan makanan kering yang dibekalkan adalah hasil sumbangan daripada pelawat yang pernah mengunjungi PKGK Kuala Gandah.
"Lokasi penempatan Orang Asli dilawati itu diakui terpencil di dalam hutan dan sebahagiannya hanya boleh dimasuki menggunakan motosikal melalui denai hutan," katanya.
Menurutnya, gajah denak digunakan itu berjaya melepasi denai, sungai dan pelbagai halangan bentuk muka bumi untuk sampai ke semua perkampungan itu sambil membawa ratusan kilogram bantuan."Laluan menuju ke Lata Tujuh juga sangat sukar menggunakan gajah kerana terdapat banyak dinding berbatu. Malah gajah ini perlu diberikan rehat sebelum dibawa pulang ke PKPG.
"Inisiatif penggunaan gajah ini adalah aktiviti 'serampang dua mata'. Selain objektif melaksanakan rutin bulanan Operasi Rondaan Bergajah, kami turut menyalurkan bekalan makanan kepada penduduk Orang Asli yang dibimbangi kekurangan makanan sepanjang tempoh PKP.
"Kebiasaannya dalam tempoh tertentu, mereka akan keluar dari kawasan hutan ke kedai di sekitar Kuala Gandah untuk mendapatkan barangan makanan asas. Namun, bekalan makanan mereka terjejas memandangkan kebanyakan kedai terpaksa ditutup bagi mematuhi arahan PKP," katanya.
Menurutnya, penduduk Orang Asli itu juga bergantung kepada hasil hutan bagi menyara kehidupan selain menjalankan aktiviti bercucuk tanam seperti ubi kayu, pisang dan padi bukit.
"Rondaan Bergajah sebahagian daripada program latihan pengurusan gajah di Kuala Gandah selain mampu meningkatkan kecergasan fizikal dan kecerdasan gajah.
"Misi ini turut berupaya mengeratkan hubungan dan keserasian antara pengendali dengan gajah denak terbabit.
"Semua gajah denak digunakan itu adalah gajah yang pernah diselamatkan dan ditempatkan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah sejak lebih 10 tahun lalu," katanya.
ANTARA masyarakat Orang Asli yang menerima bantuan disalurkan Perhilitan. FOTO NSTPANTARA masyarakat Orang Asli yang menerima bantuan disalurkan Perhilitan. FOTO NSTP
Mohamad Khairul berkata, gajah terbabit sedang dilatih sebagai pelapis bagi gajah bernama Abot dan Rambai yang sering digunakan untuk kerja menyelamat atau operasi pemindahan gajah liar di kawasan konflik manusia serta gajah.
Beliau berkata, rondaan bergajah juga adalah inisiatif Jabatan Perhilitan melalui Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah bagi meningkatkan tahap perlindungan khazanah negara di dalam kawasan hutan Rezab Hidupan Liar Krau dari aktiviti seperti pencerobohan, pengambilan hasil hutan atau pemburuan haram.
"Misi bantuan terkini sedang dilakukan bermula kelmarin melalui serahan bantuan makanan kepada kira-kira 110 keluarga Orang Asli di sekitar Kuala Gandah.
"Penduduk Orang Asli Che Wong di sekitar Kuala Gandah dan di hutan Krau sangat bertuah kerana sentiasa mendapat perhatian dan bantuan daripada pemimpin masyarakat dan agensi lain yang berkaitan seperti Jabatam Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Agama Islam Negeri serta pertubuhan bukan kerajaan," katanya.
LIMA ekor gajah denak Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah digunakan untuk menyalurkan bantuan kepada Orang Asli di pedalaman. FOTO NSTP LIMA ekor gajah denak Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah digunakan untuk menyalurkan bantuan kepada Orang Asli di pedalaman. FOTO NSTP 
Komen Weblog Ibnu HasyimGajah, ingatkan kita kepada Surah al-Fiil (bermakna “gajah”) di dalam Al-Quran. Ianya bersempena dengan pasukan bergajah dalam perancangan jahat oleh pemimpin Habsyah 'super power' waktu itu (kini Ethiopia),  bernama Abrahah bin al-Sabah untuk menyerang Kaabah. 

Firman Allah;
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَابِ الْفِيلِ. أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِي تَضْلِيلٍ. وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ. تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ. فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولٍ
Maksudnya : 
“Tidakkah engkau tahu (wahai Muhammad), bagaimana Tuhanmu memperbuat terhadap orang-orang yang mempunyai gajah?”
“Tidakkah Dia menjadikan tipu daya mereka sia-sia.”
“Dan Dia (Allah) mengirim kepada mereka burung yang berbondong-bondong.”
 “Yang melempar mereka dengan batu dan tanah yang keras.”
 “Lalu Allah menjadikan mereka seperti daun yang dimakan ulat.” (surah al-Fiil, ayat 1-5)

Sila lihat tafsirnya, 

Hasil Pencarian

Peristiwa 'Tahun Gajah' yang berlaku pada 571M itu sebagai tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW, pembawa normal baru kepada tamadun dunia masa itu. Pergantian 'Normal Baharu' pimpinan Muhammad SAW dari Abrahah lambang pimpinan 'Normal Lama' itu, dihantar Allah SWT melalui peristiwa tahun gajah.

Peristiwa super power tentera bergajah paling canggih itu dimusnahkan oleh serangan batu-batu kecil dari 'burung-burung ababil'. Ada yang menafsirkan, terbawa bersama batu itu adalah wabak penyakit yang akhirnya memusnahkan tentera Abrahah. 

Pada saya, berbalik kepada virus Covid-19 masakini.. 
  1. Peringkat Antarabangsa, adakah kedatangan virus Covid-19 di dunia kini untuk mengubah perancangan jahat pemimpin yang menguasai dunia sekarang?
  2. Peringkat Malaysia, adakah kedatangan virus Covid-19 ini telah mengubah kepimpinnan politik Malaysia sebelum PM ke 8 kepada sekarang melalui 'normal baharu'?
Maaf, itu hanya pandangan. Sekian.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..
Hibur Hibur Sikit
Kumpulan Jelmol merupakan sebuah kumpulan dari Malaysia. Kumpulan ini terdiri daripada suku kaum orang asli Temiar dan Semai yang membawa genre lagu balada. Meraka aktif pada akhir 1990-an dan telah menghasilkan 2 album. iaitu Asli (1999) dan Emas Permata (2000).

Kumpulan Jelmol terdiri daripada 5 anggota

  1. Jelmol - Kumpulan Lagu Terbaik

    • 1 year ago
    •          
    • 105,108 views
    Kumpulan Jelmol merupakan sebuah kumpulan dari Malaysia. Kumpulan ini terdiri daripada suku kaum orang asli Temiar dan ...
  2. Jelmol - Halijah

    • 11 years ago
    •          
    • 121,449 views
    Layan lagu versi org Iban ker apa tah.. huhu.. best nih.


1 comment:

sayednoordin said...

Tabik hormat untuk petugas di barisan hadapan yang bertungkus lumus menghantar bekalan kepada rakyat Malaysia yang terpisah jauh di belantara..mereka juga orang asal Malaysia...sebahagian rakyat kita....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails