Saturday, May 23, 2020

M'sia kutuk rancangan Israel untuk ilhak kawasan Palestin



KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya rancangan Israel untuk memperluas wilayah Palestin yang didudukinya di Tebing Barat.
Menyifatkan tindakan itu sebagai bertentangan undang-undang serta unilateral, Wisma Putra berkata sebarang pengilhakan wilayah Palestin oleh Israel sebagai kuasa penceroboh adalah pencabulan terang-terangan undang-undang antarabangsa, khususnya Konvensyen Geneva Keempat 1949 serta Resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) iaitu Resolusi 2334 (2016) Majlis Keselamatan PBB.



"Tindakan Israel jelas mencabuli perjanjian damai yang ditandatanganinya dengan Palestin iaitu Perjanjian Oslo 1993 dan 1995. Tindakan rejim juga menimbulkan persoalan akan keikhlasannya dalam usaha mencapai perdamaian dan penyelesaian terhadap konflik Palestin-Israel.
"Malah, ia turut memalapkan lagi prospek penyelesaian pembentukan dua negara yang disokong oleh masyarakat antarabangsa," demikian menurut kenyataan itu.
Wisma Putra berkata Malaysia kekal teguh bersama rakyat Palestin susulan tindakan Israel itu dan menggesa masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan PBB melunaskan tanggungjawab terhadap rakyat Palestin yang termaktub dalam piagamnya tanpa bertangguh lagi.
Majlis Keselamatan harus mengutuk dan menolak rancangan pengilhakan Israel serta harus memastikan rancangan tersebut tidak dilaksana, katanya.
"Malaysia mengulangi penegasan sokongan tidak berbelah bagi terhadap penduduk Palestin dan perjuangan mereka untuk bebas daripada pencerobohan haram Israel serta merealisasikan impian penubuhan negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.
"Sehubungan itu, Malaysia akan terus menyokong usaha-usaha ke arah mencapai penyelesaian yang adil dan berkekalan ini yang kami yakini akan menyumbang kepada keamanan, keadilan dan kestabilan di rantau itu," kata Wisma Putra. – BERNAMA

10 comments:

Anonymous said...

http://kedahlaniie.blogspot.com/2020/05/kerusi-parlimen-sekarang-antara-pn-ph.html?m=1

Kerusi parlimen sama 111...Berape lama PN bokeh wujud?....ini buat nuyidin takut panggil sidang parlimen..

Anonymous said...

Muyidin no majority...

Muyidin kelirukan Agong kunun ada najoriti supaya dilantik pm?..

Anonymous said...

Adui yai. Dah tumbang kerajaan pn.

Anonymous said...

Pendakwan terhadap DSN dijangka akan digugurkan tidak lama lagi.

Antaranya adalah disebabkan oleh tindakan kerajaan Amerika, kekurangan bahan bukti yang boleh digunakan untuk mensabitkan kesalahan dan juga kerana pihak pendakwaan manjadikan hampir keseluruhan asas kes mereka berdasarkan bukti-bukti tidak diterima mahkamah, cakap dengar, sangkaan, dan dakwaan tidak berasas pengubahan wang haram, kecurian dan penyalahgunaan dana kerajaan adalah amat ketara:


Peguam Negara juga telah memulakan proses menggulung hujah pendakwaan dan saki bakinya jika ada yang akan membebaskan secara terhormat Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Anonymous said...

Dan antara dari banyak salah laku sebagai Peguam Negara US yang telah ditemui Amerika adalah bukti subahat Loretta untuk mengenakan DSN dan beberapa individu lagi bagi pihak NGO-NGO yang dibiayai oleh NED, Open Society milik Soros dan Clinton Global Foundation.

Kesemua ini adalah kesalahan-kesalahan serius yang membawa hukuman mandatori penjara untuk tempoh yang lama di Amerika.


Loretta telah bersetuju untuk beri kerjasama kepada pihak penyiasat sehingga ke tahap Amerika dan Malaysia tidak lagi dapat mempertahankan dakwaan terhadap DSN dan ahli keluarganya. (kerana terbukti bohong dan ada konspirasi)

Kami sentiasa konsisten mengatakan bahawa DSN tidak bersalah dan telah diperangkap; bertentangan dengan pandangan puak-puak yang beriman bahawa Najib bersalah.

Anonymous said...

Tun Dr Mahathir Mohamad digesa berhenti bermain tarik tali dengan parti tamak haloba DAP berikutan sudah terbukti bahawa mereka membenci bekas Perdana Menteri itu dan hanya mahu mempergunakan beliau sahaja.

Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya mendakwa, kenyataan Ronnie Liu semalam mendedahkan perasaan yang terpendam pemimpin DAP yang sejak sekian terhadap Dr Mahathir, dan mungkin khabar angin bahawa DAP dan Ahli Parlimen Langkawi itu sering ‘bergaduh’ adalah benar.

“Selepas saya membaca kenyataan pemimpin DAP (Ronnie Liu) ini, saya rasa maruah Dr Mahathir sendiri dipijak-pijak kerana baru sahaja beliau menulis panjang lebar untuk ‘mensucikan’ DAP dan yang lebih perit lagi ialah, beliau sanggup menghina bangsa Melayu hanya kerana mahu ‘mensucikan’ DAP.

Anonymous said...

PETALING JAYA: Seorang ahli Parlimen PKR akan menjadi wakil rakyat terbaru yang akan keluar parti, satu lagi tamparan kepada peluang parti itu untuk mengembalikan Pakatan Harapan ke tampuk kuasa persekutuan.

Sumber dalaman parti beritahu FMT bahawa ahli Parlimen itu tidak menonjolkan diri sejak tumbangnya kerajaan PH pada Februari, yang juga menyaksikan penyingkiran para penyokong bekas timbalan presiden Mohamed Azmin Ali daripada PKR.

Anonymous said...

Betul tu.kena patuh saranan isma tu sebab ronnie liu adalah ketua kpd pengerusi dap.kahkah.
Mana la mamat ni study dulu..nudin..nudin

Anonymous said...

Wah RBA menulis komen karut Marut sambil menyedut asap ganja. Selepas ini RBA yang sedang high akan berhigh-five dan berbual mesra dengan moyang mereka yang telah meninggal dunia 100 tahun dahulu di Beijing.

Anonymous said...

RBA sedang mabuk ganja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails