Tuesday, May 05, 2020

M'sia selar nasihat WHO ketepikan minyak sawit..

Malaysia Selar Nasihat WHO Ketepikan Minyak Sawit Dalam Pemakanan ...
Sikit Tazkirah Ekonomi: 
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sekali lagi mengetepikan minyak sawit apabila menghasilkan siri risalah dan kad sosial untuk Wilayah Timur Mediterranean membabitkan nasihat pemakanan bagi golongan dewasa ketika penularan COVID-19 dalam menjalani kehidupan lebih sihat.
Dalam panduan terkininya, WHO terus mengulangi pendirian sama dengan mempromosikan minyak komoditi tertentu dan mengetepikan minyak sawit - minyak makan utama dunia dari segi pengeluaran, eksport serta trend penggunaan.



Tindak-tanduk WHO membabitkan minyak sawit sebelum ini juga telah mengundang kecaman hebat kerana membuat dakwaan tidak berasas serta tidak lengkap yang memperlekeh minyak sawit.
Daripada bertindak sewajarnya menghasilkan nasihat atau panduan mengenai pandemik yang menular dengan cepat, WHO sebaliknya mengetengahkan maklumat standard seperti memakan diet rendah lemak, elakkan gula, daging merah dan yang diperoses dan tidak mengambil hasil tenusu kaya lemak.
"Adalah jelas ia tidak banyak menumpukan isu yang ketara pada masa ini dan berkaitan langsung dengan pandemik itu," kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Datuk Dr Kalyana Sundram dan Profesor Madya Jabatan Sains Pemakanan dan Nutrisi Wayne State University Amerika Syarikat, Dr Pramod Khosla, ketika mengulas nasihat WHO berkenaan. (IH)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rakyat perlu memberi kerjasama sepenuhnya bersama pemerintah untuk terus gerakkan ekonomi dan bangkit semula, insya Allah! Yang penting Malaysia perlu bangun bersama Islam berlandaskan syariat. Allahu Akbar!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails