Ini empat contoh yang membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah berjaya beradaptasi dalam usaha memerangi ancaman wabak COVID-19. Foto Bernama
Sikit Tazkirah Ekonomi:
SEDAR atau tidak, COVID-19 sudah banyak mengubah cara kita bekerja, belajar dan bermain.
Selain mengamalkan penjarakan sosial, kebersihan tangan dan pemakaian pelitup muka, ada beberapa lagi contoh ketara yang membezakan suasana sebelum dan semasa penularan jangkitan koronavirus SARS-CoV-2.
Ini empat contoh yang membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah berjaya beradaptasi dalam usaha memerangi ancaman wabak COVID-19.
Banyak syarikat yang sebelum ini berurusan secara fizikal dengan orang ramai kini beralih kepada kaedah digital.
Jika dahulu pelanggan perlu hadir ke premis untuk mengalami sendiri tawaran perkhidmatan oleh peniaga, kini penjualan secara dalam talian jadi pilihan.
Jika anda terfikir, penjualan barangan sahaja boleh dilakukan secara maya, jangkaan anda mungkin meleset.
Speed Home umpamanya menawarkan pameran hartanah secara maya dan semua urus niaga boleh dilakukan secara dalam talian.
Astro Awani sendiri baru-baru ini menganjurkan webinar yang dihadiri lebih 200 peserta.
3. Tidak perlu ke klinik, doktor kini di rumah anda - secara maya
Portal 'Doctor On Call' umpamanya bukan sahaja membantu orang ramai membuat diagnosis secara dalam talian, malah ubat-ubatan juga boleh dibeli menerusi portal berkenaan.
Ini dapat membantu meminimumkan interaksi fizikal di antara pesakit dan juga doktor atau pakar perubatan.
4. Warung berpusat menggantikan penjaja jalanan
Penutupan warung dan gerai memaksa mereka bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk menyambung punca rezeki.
Grab e-Kitchen dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor, umpamanya, menyediakan peluang kepada peniaga bazar Ramadan untuk meneruskan perniagaan mereka.
Malah lebih mengejutkan, ada kalangan peniaga yang mengakui pendapatan mereka lebih tinggi berbanding jualan secara konvensional. (AA)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rakyat perlu memberi kerjasama sepenuhnya bersama pemerintah untuk terus gerakkan ekonomi dan bangkit semula, insya Allah! Yang penting Malaysia perlu bangun bersama Islam berlandaskan syariat. Allahu Akbar!
Terus gerakkan ekonomi segera, bangkit semula! Insya Allah!
Sila Lihat.. Sikit Tazkirah Ekonomi..
Bab 1
Bab 1
*33 Projek Bekalan Air Kini Hingga 2025 Di K'tan.
*Negara rugi RM2.4 bilion sehari sepanjang PKP
*Inilah masa bank patut bantu rakyat - Tengku Zafru...
*Negara rugi RM2.4 bilion sehari sepanjang PKP
*Inilah masa bank patut bantu rakyat - Tengku Zafru...
*M'sia selar nasihat WHO ketepikan minyak sawit..
*Pajak Gadai Diserbu, Realiti Kemiskinan. Beralihla...
Bab 2*Pajak Gadai Diserbu, Realiti Kemiskinan. Beralihla...
Bersambung..
No comments:
Post a Comment