Wednesday, May 27, 2020

‘Naga’ Tasik Chini tunggu PH

Ini bukan mitos lagil | Gelanggang sudah sedia / Naga Tasik Chini ...

RAKAN saya Hanisya Abdul Hamid dalam postingnya mencabar PKR meletakkan calonnya dalam PRK DUN Chini bagi membuktikan kekuatan mereka.

Memang kenalah kalau dah jantan sangat mendakwa kononnya mandat mereka telah dicuri, mereka tetap popular dan didukung rakyat maka PRK inilah gelanggangnya. Minta Anwar Ibrahim, bakal PM tersohor di dunia turun berkampung di sana, jangan berdalih dan beri alasan berbagai.

Dan lebih hebat lagi kalau parti terkukuh dalam PH iaitu DAP yang konon mahu tegakkan amar makruh nahi mungkar itu yang letakkan calon.



Jangan dakwa parti kamu berbilang kaum kalau gentar bertarung dalam PRK ini kerana ia majoriti Melayu. Turunkan kekuatan RBA kamu, Kit Siang, Guan Eng, Superman Hiew, Teresa, Geobind, Lotong Jelutong turun berkempen. Pahang pun punya Ahli Parlimen DAP Melayu apa kata beliau dijadikan calon.
Dan jangan lupa heret sekali terompah kayu berjenama PAN untuk membantu. Walaupun lusuh dan buruk sudah, tetapi mampu menghiburkan pengundi Chini dengan lawak dan temberang mereka.
Apa pun PH memang wajar bertanding setelah bertempik dan berkokok sejak hilang kuasa beberapa bulan lepas. Muncullah ‘naga’ dari Tasik Chini menelan dan membaham mereka.
Naga' Tasik Chini tunggu PH
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 26/5/2020

Video: Adakah Naga Wujud.mp4 - Ust Azhar Idrus

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails