Orang ramai sedang beratur panjang di kedai pajak gadai selepas dibenarkan beroperasi.
Sikit Tazkirah Ekonomi:
Terharu melihat pajak gadai diserbu – Syahir Sulaiman
RAMAI yang terkejut dan terharu melihat fenomena yang berlaku pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), apabila sebilangan rakyat beratur panjang di kedai pajak gadai di seluruh negara.
Lebih terharu apabila melihat ramai ‘orang kita’ yang beratur di kedai pajak gadai konvensional, sedangkan sistem pajak gadai Islamik (Ar-Rahnu) sudah banyak tersedia.
Situasi yang berlaku pada 4 Mei ini sebenarnya sudah boleh dijangka, dan menzahirkan realiti yang ditanggung rakyat sepanjang tempoh PKP dikuatkuasa.
Terdahulu pada 28 April, Kerajaan membuat keputusan untuk tidak membenarkan premis pajak gadai swasta beroperasi, walaupun terdapat rungutan orang ramai yang kesempitan wang hendak menggadai barang kemas untuk berbelanja menyara keluarga.
Situasi yang berlaku pada 4 Mei ini sebenarnya sudah boleh dijangka, dan menzahirkan realiti yang ditanggung rakyat sepanjang tempoh PKP dikuatkuasa.
Terdahulu pada 28 April, Kerajaan membuat keputusan untuk tidak membenarkan premis pajak gadai swasta beroperasi, walaupun terdapat rungutan orang ramai yang kesempitan wang hendak menggadai barang kemas untuk berbelanja menyara keluarga.
Tanpa menafikan pelbagai bantuan telah diberikan oleh Kerajaan serta kemudahan pembiayaan oleh pihak bank, instrumen pajak gadai tetap menjadi pilihan rakyat dan peniaga yang memerlukan wang dengan segera.
Realiti kemiskinan
Secara umumnya, golongan kaya tidak bertambah kaya, tetapi golongan miskin menjadi semakin miskin selepas PKP ini.
Hampir segenap lapisan masyarakat terkena tempiasnya, tanpa mengira segmen B40, M40 mahupun T20. Bezanya terletak kepada kadar simpanan dan sistem sokongan (kewangan dan sosial) untuk terus bertahan dalam tempoh kritikal ini.
Segmen yang paling terjejas pastinya golongan rentan (vulnerables) dalam kalangan B40 dan M40 di bandar yang kehilangan punca pendapatan, ada yang diberhentikan kerja, malah ramai yang dipotong gaji.
Selain kesempitan wang, mereka juga terdedah kepada risiko hutang bagi menampung keperluan tunai keluarga dan berniaga. Justeru fenomena yang berlaku pada hari pertama PKPB adalah gambaran keperitan miskin bandar (urban poverty), yang selama ini tersembunyi.
Pertimbangan kerajaan
Impak ekonomi daripada pelaksanaan PKP adalah amat drastik, ada yang tersurat, ada yang tersirat.
Tanpa menafikan keberkesanan PKP untuk mengekang penularan Covid-19, terdapat ‘kesan sampingan’ yang perlu ditangani bagi mengurangkan impak negatif PKP terhadap sosio-ekonomi negara dan rakyat.
Di pihak KKM dan MKN, terdapat 6 kriteria utama yang digariskan bagi memastikan negara bersedia untuk menamatkan pelaksanaan PKP dengan segera.
Kesemua kriteria ini menepati saranan WHO yang meletakkan syarat utama sebelum sebarang kawalan pergerakan ditamatkan adalah, penyebaran wabak dapat dikawal dengan sebaiknya.
Dengan syarat dan penguatkuasaan yang ketat, Kerajaan telah membenarkan sebahagian aktiviti ekonomi disambung kembali pada 4 Mei, bagi membolehkan negara memasuki fasa membuka semula ekonomi (restart), sebelum melangkah masuk ke fasa pemulihan (recovery), menggiatkan (revitalise) dan membuat pembaharuan (reform) terhadap ekonomi negara.
Memandangkan setiap industri mempunyai impak ekonomi dan plan pemulihan yang berbeza (contoh pelancongan, perkilangan, pembinaan), maka rakyat juga memerlukan plan pemulihan tersendiri mengikut keperluan dan tahap sosio-ekonomi yang berbeza.
Justeru pelaksanaan PKPB memerlukan kerjasama dan kepatuhan semua pihak, supaya impak negatif kepada sosio-ekonomi rakyat dapat dikurangkan, tanpa mengenepikan keutamaan Malaysia untuk mengekang penularan wabak Covid-19 secara bersama.
SYAHIR SULAIMAN, 5 Mei 2020
p/s Inilah masa untuk beralih kepada sistem pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) yang mempunyai lebih manfaat, caj dan tempoh munasabah, serta tidak menindas. – HARAKAHDAILY 5/5/2020
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rakyat perlu memberi kerjasama sepenuhnya bersama pemerintah untuk terus gerakkan ekonomi dan bangkit semula, insya Allah! Yang penting Malaysia perlu bangun bersama Islam berlandaskan syariat. Allahu Akbar!
Terus gerakkan ekonomi segera, bangkit semula! Insya Allah!
Sila Lihat.. Sikit Tazkirah Ekonomi..
Bab 1
Bab 1
3 comments:
Awas sebilangan kedai pajak gadai orang kafir menipu pelanggan mereka dengan mencuri sedikit emas dari barang kemas yang digadai seperti mengikis sedikit emas dari barang kemas menyebabkan barang kemas menjadi lebih ringan. Perkara yang sama pernah berlaku kepada saya.
Oleh sebab itu, adalah lebih baik dan lebih selamat umat Islam yang perlukan wang berurusan dengan kedai pajak gadai Islam seperti Ar-Rahnu.
Melayu pak ko melayu, menteri pelat melayu anak bangsawan
https://www.youtube.com/watch?time_continue=57&v=aeKhV0b3ucA&feature=emb_logo
Post a Comment