Wednesday, May 06, 2020

Pajak Gadai Sesak, Mana Fakta Presiden PKR?

Pajak Rolex (Pawn Rolex watch 當勞力士手錶) di www.kedaipajak.com
Pajak Gadai: Pandangan Presiden PKR dipertikai.

KEMAMAN: Presiden Parti KeADILan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim ditempelak kerana bercakap mengenai pajak gadai sesak ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tanpa fakta jelas.


Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat berkata, Presiden PKR itu bercakap tidak berdasarkan fakta sebenar mengenai isu pajak gadai tersebut.
Beliau mengambil contoh semua premis pajak gadai yang terdapat di negeri Terengganu, telah memberi gambaran berbeza dengan kenyataan ahli Parlimen Port Dickson itu.
“Anwar Ibrahim bercakap tidak berdasarkan fakta sebenar. Saya mengambil (contoh) negeri Terengganu. Saya sudah buat semakan di Kuala Terengganu, Kemaman, Jertih dan Dungun.
“Sebagai satu contoh Kemaman, kelmarin (4 Mei) seramai 170 orang pergi ke kedai pajak gadai 100 peratus orang bayar ‘anak’ (bunga). Hari ini (5 Mei) 150 orang hadir (pajak), hanya 50 orang sahaja buat gadaian.
“Kenapa orang ramai beratur beramai-ramai di pajak gadai? Bukan kerana mereka semua tiada duit tetapi mereka (pemajak) takut barang gadaian mereka sebelum ini luput tarikh dan akan dilelong kerana jika dua bulan mereka tidak dapat membayar kerana PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).
“Kebiasaannya, dua bulan buat gadaian tidak berbayar, barang kemas kita akan dilelong,” ujarnya ketika mengulas kenyataan Anwar bersiaran langsung di facebook, berhubung serbuan pemajak gadai ke premis berkenaan, hari ini.
Sehubungan itu, kata Hanafiah, beliau telah mengadakan perbincangan dengan ‘tauke’ (pemegang pajak gadai) khususnya di daerah Kemaman mengenai amalan peraturannya.
“Saya telah berbincang dengan ‘tauke’ (pemegang pajak gadai), dalam masa PKP ini, masa tempoh gadaian dua bulan PKP itu tidak dikira dan tidak dikenakan sebarang caj atau denda. Ianya balik kepada tarikh asal gadaian juga, jadi dia (pemajak) hanya kena bayar ‘anak’ sahaja.
“Anwar kata kelmarin semua orang berebut ke pajak gadai kerana orang tak ada duit. Lain kali biar ambil fakta jika hendak bercakap atau ‘respon’ isu.
Sebenarnya, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai itu, ekonomi rakyat Malaysia masih stabil dan boleh diurus dengan baik.
“Mereka (rakyat) yang hilang pendapatan harian semasa PKP baru-baru ini, semuanya dapat Bantuan Prihatin Nasional (BPN) daripada kerajaan.
“Kerajaan negeri Terengganu juga mengeluarkan agihan barang-barang keperluan harian untuk dapur dan bantuan ‘cash’ (tunai). Sekarang buat keluar pula (peruntukan) sumbangan Ramadan,” jelasnya.
Pada 27 Mac lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman bantuan khas untuk semua rakyat Malaysia melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).
Anwar Ibrahim hari ini membuat kenyataan rakyat terpaksa menyerbu kedai-kedai pajak gadai sebaik sahaja kerajaan membuka semula ekonomi di bawah PKPB.
Menurutnya lagi, serbuan kepada kedai pajak gadai itu membuktikan betapa rakyat kini hidup dalam kesusahan kesan daripada pelaksanaan PKP yang bermula sejak 18 Mac lalu. – HARAKAHDAILY 5/5/2020
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rakyat perlu memberi kerjasama sepenuhnya bersama pemerintah untuk terus gerakkan ekonomi dan bangkit semula, insya Allah! Yang penting Malaysia perlu bangun bersama Islam berlandaskan syariat. Allahu Akbar!

8 comments:

Anonymous said...

Anwar meletakkan dua syarat penting sekiranya Bersatu ingin kembali ke pangkuan PH,

Yang pertama, keputusan Bersatu mestilah keputusan sebulat suara dari satu parti iaitu Bersatu.

Agak agak ucapan boboi tu Anwar terima lah kannn dan Bang Non dari awal lagi dah bagi signal no more lidah bercabang kali ini... makin terdesak atok kali ini... ilmu kelentong penipu fitnah lidah bercabang dah abis suma dah digunakan atok.. kikikiki

Ertinya, tiada kelompok Tun M mahu bersama PH, manakala kelompok Muhyidin masih setia dengan pengkhianatan. Makna kata Bang Non mahu satu suara ajer suara atok atau suara jidin...

makin berserabut atok makin kelu lidah bercabang nak main game... kikikiki

Keputusan mestilah dari Bersatu bukannya kelompok.

Bang Non siang2 lagi dah cakap nak suara atok atau jidin.. ilmu fitnah lidah bercabang dah abis dikeluarkan... kikikikiki..

Yang Kedua, Bersatu mesti terima prinsip dan dasar perjuangan PH terutamanya di dalam merealisasikan reform dan menentang rasuah di dalam negara ini. Selain itu, Bersatu diingatkan agar tidak lagi mengulangi kesilapan besar yang telah mereka lakukan sehingga tumbangnya sebuah kerajaan mandat rakyat....

Bang Non bagi paku buah palo dia sekali gus... Susah atok nak main game lepas ni selepas tertebuk muko sendri.. harap Straits Times Singapork , WSJ, DOJ Media Soros rakyat dah tahu fitnah atok... atok makin kelemasan kali ini... hujung nyawa anakcucu makin kepanasan.. padan muko kau..!! kikiki

Takkan Bang Non nak kena game sampai 3 kali melampau lah tuu.. kikikikiki

Anonymous said...

Bang non dah kemaruk nak jadi pm. Cari isu untuk timbulkan diri. Dulu masa isu fitnah pas terima duit, dia tayang fotostat gelap sebagai bahan bukti. Bolehkah bergantung harap dengan bang non. Ahli pkr pun ramai yg dah cabut. Ada pulak yg kena pecat. Yg tinggal hanya yg pasang angan2 pada bang non. Macam inikah orang yg mampu menyatukan rakyat, sedangkan parti sendiri belah teruk.

Anonymous said...

Rakyat sudah tahu pemimpin liberal lidah biawak. Sembang lebat babi ternakan gian end pun boleh terbang tetapi habuk pun tarak !!!!

Saya ulang ..... ! Saya ulang ..... ! Hari ini kita menang, esok kita akan turunkan harga minyak ..... bla ... bla .... bla ....

Semuanya kencing sahaja !

Tepuk .......

Ha ha ha ha ha ha ha

Anonymous said...

oi banyak nya org gadai barang2. That is a point.

Anonymous said...

Mampukah anwar pimpin malaysia?? Rasanya tidak. Ramai yg dah lari meninggalkan pkr. Banyak pejabat pkr dah tutp, tidak beroperasi sejak sebelum peralihan kerajaan lagi. Ramai akar umbi yg tidak yakin anwar mampu membentuk akhlaq rakyat. Dengan mahathir pun terpaksa bermuka muka dalam keadaan yg amat terpaksa. Dengan timbalannya pun sudah berani tidak setia kepada presiden. Pkr adalah parti anwar bukan parti rakyat.

Anonymous said...

FMT News
HOMENEWSBERITAOPINIONWORLDBUSINESSSPORTSFMT OHSEM!LIFESTYLEGALLERY

Single mum jailed for breaching MCO questions Zahid’s daughter’s fine
FMT Reporters -May 5, 2020 10:51 PM
facebook sharing button twitter sharing buttonwhatsapp sharing buttonsharethis sharing button

Nurul Hidayah Ahmad Zahid (right) was fined RM800 for breaching the MCO while single mum B Lisa Christina was initially jailed 30 days for a similar offence but had her sentence reduced to a RM1,000 fine on appeal.
PETALING JAYA: A single mother who was initially jailed for violating the movement control order (MCO) has questioned the court’s decision to only fine the daughter and son-in-law of former deputy prime minister Ahmad Zahid Hamidi RM800 for a similar offence.

B Lisa Christina, whose jail term was substituted with a fine of RM1,000 on appeal, asked why there were double standards when it came to the punishment, highlighting that Nurul Hidayah Ahmad Zahid and Saiful Nizam Mohd Yusoff’s fines were lower than hers.

“During the eight days in jail, I felt so shattered because I was unable to see my son and felt so embarrassed. I even had to borrow from my mother RM1,000 to settle the penalty.

“Today, I read that Zahid’s daughter was just given a RM800 fine for an even bigger offence and no jail term given.



“Am I a second class citizen to this nation? Why these double standards? I need an explanation for this,” she said in a Facebook post today. (Editor’s Note: The post has since been removed as on May 6, 2020).

Lisa, who has a six-year-old son, was sent to Kajang prison after pleading guilty to the charge before a magistrate in Petaling Jaya.

Living in a fifth-floor apartment unit, she had gone down to buy a packet drink at a nearby shop and stopped to chat with three others before returning home, when she was caught by police.

Her jail term was substituted with the fine after the judge took into account that she was a first-time offender and had been in prison for eight days.


Those found flouting the Prevention and Control of Infectious Diseases (Measures within Infected Local Areas) Regulations are liable to a maximum fine of RM1,000, jail of up to six months, or both.

Earlier today, Nurul Hidayah and her husband were fined RM800 each after pleading guilty to breaching the MCO.

The issue surfaced after Nurul posted pictures of her and Saiful along with Deputy Environment Minister Ahmad Masrizal Muhammad and Minister in the Prime Minister’s Department Zulkifli Mohamad Al-Bakri on her Instagram account on April 20.

Deputy public prosecutor Nur Ashikin Mokhtar noted that the offence had taken place under phase three of the MCO, urging the court to impose a deterrent sentence that would include a jail term.

Anonymous said...

Kes pegawai bomba pun boleh lepas. Ini kes berat. Nyawa killer ada kat luar sini berkeliaran.

Anonymous said...

PAN dahulu melalui PH telah berkuasa 22 bulan, Islam apakah yang telah kamu perjuangkan? Fahaman Liberal dirai, LGBT diberi tempat, tandas untuk Transeksual kamu perjuangkan, tuntutan hak untuk menukar agama kamu diamkan, apa yang kamu perjuangkan?

Dengan dominasi DAP judi dan arak terus makmur bawah PH malah mencatat keuntungan lipat kali ganda sebagaimana dilaporkan ke Bursa Malaysia. Di mana PAN ketika itu? Hari ini PAS baru 2 bulan lebih memerintah bersama PN dan kamu sudah mula pertikai dan persoal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails