Saturday, May 16, 2020

'pelepasan tanpa pembebasan' Penerbit Hollywood. Tun M Hipokrit?

Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Takiyuddin Hassan.
Takiyuddin minta Tun M tidak bersikap hipokrit
PUTRAJAYA: Kegusaran Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap keputusan Mahkamah Sesyen memberi pelepasan tanpa pembebasan kepada penerbit Hollywood, Riza Aziz dianggap sebagai tidak munasabah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, meminta bekas Perdana Menteri itu tidak bersikap hipokrit dengan mengatakan tertanya-tanya, keliru dan tidak faham keputusan dibuat Peguam Negara serta Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan kes itu.
"Tindakan Tun amat tidak munasabah. Sebagai bekas Perdana Menteri pada masa material dan kerajaan berharap beliau tidak terus bertindak mengelirukan rakyat dengan mengatakan beliau 'keliru'.
"Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan terus bertindak mengikut undang-undang dan berpegang kepada prinsip kebebasan badan kehakiman serta proses perundangan yang sah mengikut undang-undang," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Mahkamah Sesyen pada Khamis lalu, membenar permohonan melepaskan tanpa membebaskan Riza yang juga seorang penerbit di Hollywood, daripada lima tuduhan pengubahan wang berjumlah AS$248 juta.
Hakim Azman Ahmad membenarkan permohonan itu selepas Pendakwa Raya ad hoc, Gopal Sri Ram, beritahu mahkamah yang pembebasan itu tertakluk kepada tertuduh memenuhi perjanjian di pihaknya.
"Suatu persetujuan dicapai antara pihak pendakwaan dan tertuduh yang mana terma-termanya adalah kerajaan Persekutuan akan menerima sejumlah wang yang banyak mencecah beberapa juta ringgit," katanya ketika membaca kenyataan yang disediakan.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan berasingan, kemudian memaklumkan kerajaan dijangka menerima semula aset-aset di luar negara berjumlah RM465.3 juta (AS$107.3 juta) ekoran keputusan Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan Riza itu.
Dalam reaksinya, Dr Mahathir melahirkan kegusaran terhadap keputusan Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan Riza selepas dia selaku tertuduh, bersetuju mengembalikan aset-aset terbabit.
"Di masa depan, apabila ada penjenayah yang curi duit dan dihadapkan mahkamah, adakah dia dilepaskan apabila dia kata akan pulangkan balik duit yang dicuri?
"Sebagai wakil rakyat, saya susah hati. Walaupun bukan lagi kerajaan, tetapi saya terbabit dalam pembentukan undang-undang dan kita harap undang-undang itu berkesan," katanya sambil menegaskan tidak bermaksud mempersoalkan kuasa dan integriti mahkamah. (BH)
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Aziz, (kanan) berhubung pertuduhan pengubahan wang haram AS$248 juta (RM1.25 billion) berkaitan penyelewengan dana 1MDB. - Foto NSTP/Fathil Asri
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Aziz, (kanan) berhubung pertuduhan pengubahan wang haram AS$248 juta (RM1.25 billion) berkaitan penyelewengan dana 1MDB. - Foto NSTP/Fathil Asri

49 comments:

Anonymous said...

Takiyudin bengong....kenape setuju bayar balik wang curi tak sampai separuh?...

Mana pegi baki yg di curi?..

Pencuri ayam boleh tawarkan pulang sebagian ayam yg dicuri untuk pembebasan..

Anonymous said...

Malaysiakini...

Ia satu pembohongan' - Bekas AG bertegas tak pernah setuju tawaran Riza Aziz

Anonymous said...

Riza setuju pulangkan sebagian wang dicuri...jadi riza sahkan najib curi wang 1 mdb..

Adakah pendakwa raya ditekan oleh suara ghaib kerajaan tebok atap untuk terima tawaran riza?

Ini rule of law new normal tebok atap..

Anonymous said...

Blog annie dah jawab ... entry sblom ini di blog ini dah jelaskan... RBA tak yan nak prrasan.. tak payah layan komen bangang ni... entry sblom dah terang lagi bersuluh

Anonymous said...

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/node/426777/amp

1MDB perlu RM42.26 bilion untuk lunas hutang
KHAMIS, 17 MEI 2018 @ 8:35 AM

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) memerlukan kira-kira RM42.26 bilion untuk membayar kos prinsipal dan faedah pinjaman yang matang antara November 2015 hingga Mei 2039.

Ini berasaskan andaian pelan rasionalisasi dilaksanakan dan tiada pinjaman baru dibuat selepas Oktober 2015, demikian menurut Laporan Pengauditan 1MDB yang baru dikeluarkan.


Dalam satu ringkasan eksekutif, Laporan itu menyatakan bahawa baki prinsipal pinjaman/pembiayaan 1MDB berjumlah RM55 bilion sehingga 31 Oktober 2015 berbanding aset RM58.60 bilion, yang mana sejumlah RM20.31 bilion mendapat jaminan dan bantuan Kerajaan Persekutuan.

Menurut Laporan itu, 1MDB perlu menyediakan dana yang besar untuk melunaskan bayaran komitmennya yang tinggi iaitu sebanyak RM4.88 bilion pada 2016, RM14.74 bilion pada 2023 dan sejumlah RM5.14 bilion pada 2039.

Anonymous said...

Mengikut bekas menteri kewangan ke 2 zaman najib 28 billion perlu disediakan oleh kerajaan hingga 2023 untuk lunas hutang 1 mdb.

Beliau telah berjumpa dgn menteri kewangan yg baru memberi idea ape yg patut dilakukan oleh kerajaan tebok atap untuk dapat dana bayar hutang 1 mdb..

Anonymous said...

Suruhanjaya Sekuriti AS: Najib dapat sogokan dari bon 1MDB
18 Dec 2019, 4:55 pm
Dikemaskini 5 bulan lepas

-
Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) menamakan bekas perdana menteri Najib Razak sebagai penerima wang sogokan daripada bon 1MDB yang diraih Goldman Sachs melibatkan bekas eksekutifnya, Tim Leissner.

SEC berkata demikan dalam 'cease and desist order' bagi prosiding terhadap Leissner, selepas dia membuat tawaran penyelesaian bagi pertuduhan terhadapnya, yang termasuk penggantungan kekal dalam industri sekuriti.

Dalam perincian latar belakang kes itu, SEC berkata Leissner membantu meraih bon bernilai AS$6.5 bilion untuk 1MDB dengan preteks menyokong projek yang memberi manfaat keada rakyat Malaysia.

Anonymous said...

IPIC heret 1MDB, k'jaan ke timbang tara London tuntut AS$6.5b
14 Jun 2016, 5:00 pm
Dikemaskini 4 tahun lepas

International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS (Aabar) telah mengemukakan permintaan timbang tara (RFA) kepada Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London berhubung tuntutannya melibatkan lebih AS$6.5 bilion daripada 1MDB dan kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF).

"RFA prihatin terhadap kegagalan 1MDB dan MOF untuk menjalankan obligasi kontrak di bawah Lembaran Terma Terikat (BTS) seperti yang dinyatakan dalam pengumuman IPIC GMTN Limited pada 10 Jun 015 (RNS Nombor 7064P)," kata IPIC dalam kenyataan yang dihantar kepada Bursa Saham London, hari ini.

IPIC menyatakan bahawa kegagalan 1MDB dan MOF dalam menjalankan tanggungjawab mereka, melangsaikan tunggakan atau mengemukakan cadangan yang boleh diterima telah menyebabkan IPIC tiada pilihan alternatif selain meneruskan tuntutan berjumlah AS$6.5 bilion menerusi timbang tara.

"Tuntutan itu akan ditentukan oleh tribunal timbang tara yang akan terdiri daripada tiga orang penimbangtara menurut Lembaran Terma Terikat dan peraturan-peraturan LCIA ," kata IPIC dalam kenyataan itu.

Anonymous said...

Muyidin di pecat oleh najib kerana 1 mdb

Pening lah muyidin nak selesaikan hutang2 1 mdb berpuluh bilion..

Anonymous said...

DAH JUMPA CELAH MANA WANG YANG DICURI. WANG ITU DI AMBIL DARI CELAH PETI BESI KEMUDIAN DI LETAK SEMULA CELAH PETI BESI YANG SAMA SUATU SUDUT YANG LAIN.

Setiap Satu Sen Yang Didakwa Hilang Dari 1MDB Telah Dibayar Atau Dijamin Oleh Syarikat IPIC

Senarai "dosa-dosa" 1MDB yang mahachai TUN sengaja lupakan, akhirnya sumpah laknat Kerajaan Fitnah PH tumbang.

DOSA 1. Menyelesaikan masalah perjanjian penjana elektrik bebas (IPP) berat sebelah ketinggalan PM ke-4 yang menyunmbang RM8 bilion hingga RM10 bilion kepada PETRONAS setiap tahun untuk tempoh 20 tahun yang akan datang. "Paling celaka siapa punya kroni IPP ni"..!?

Saham TNB naik tiga kali ganda dari RM5 hingga RM16 setelah keuntungan TNB berganda naik. Ini memberi manfaat kepada semua ahli Tabung-tabung rakyat seperti KWSP, PNB, Tabung Haji dan KWAP.

SOALAN CEPUMAS BAGI PH: Adakah masalah legasi IPP berat sebelah telah diselesaikan oleh Najib dengan pertolongan 1MDB. "Isu paling celaka perlu diselesaikan tapi walaun tetap mahu di bodoh sampai mati.."

Kenapa PH sejak tahun 2012 tidak bangkitkan tuduhan ini dikata merugikan negara sebanyak RM20 bilion setiap tahun?

Adakah RM20 bilion X 20 tahun itu lebih besar atau lebih kecil berbanding hutang RM32 bilion 1MDB?

Bacaan lanjut: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155694068535952

DOSA 2. 1MDB membina atau menaik taraf pangkalan udara negara termoden di Sendayan

SOALAN CEPUMAS BAGI PH: Kenapa pemimpin PH tak pernah sebut tentang 8 pangkalan ini yang dibiayai 1MDB? Betapa penting ke pangkalan udara bagi negara?

Bacaan lanjut: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156278758815952

DOSA 3. Projek Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan RM140 bilion di mana kerajaan PH telah menjual sebahagian dari projek ini dengan harga RM7.41 bilion pada bulan April tahun ini.

SOALAN CEPUMAS BAGI PH: Adakah RM140 bilion dengan keuntungan minima RM92 bilion itu lebih besar atau lebih kecil berbanding hutang RM32 bilion 1MDB?

Tanya PM ke-7:

"Bandar Malaysia impak signifikan terhadap ekonomi Malaysia berperanan sebagai hab menarik lebih banyak syarikat multinasional berimpak tinggi global.

“Dengan jangkaan nilai pembangunan kasar atau GDV RM140 bilion, ia akan menjana impak besar terhadap pembangunan bandar untuk Malaysia bagi menarik lebih banyak pelaburan langsung asing,” katanya.

17 Dis 2019: Projek Bandar Malaysia bukti kerjasama baik Malaysia-China (masa kerajaan PH menjual sebahagian dari projek Bandar Malaysia ini dengan harga RM7.41 bilion sambil mengambil gambar beramai-ramai untuk claim kredit projek ini, lalu Guan Eng kata semasa bajet 2020 bahawa kerajaan terbeban dengan membayar RM2.7 bilion untuk hutang 1MDB dalam tempoh 3 tahun ini pulak)
https://selangorkini.my/2019/12/projek-bandar-malaysia-bukti-kerjasama-baik-malaysia-china/

Anonymous said...

sambungan di atas

DOSA 4. Projek TRX dengan nilai pembangunan RM40 bilion.

SOALAN CEPUMAS BAGI PH: Adakah projek TRX ini bagus, menguntungkan bukan sekadar satu lubang besar dalam tanah seperti pernah didakwa PH?

Kita tengok apa yang Lim Guan Eng jawab:

12 Feb 2019: LGE describes RM40b TRX as one of Malaysia's best assets, beckons investors to take part in development
https://www.nst.com.my/business/2019/02/459497/lge-describes-rm40b-trx-one-malaysias-best-assets-beckons-investors-take

DOSA 5. Perjanjian penyelesaian dengan IPIC di mana syarikat milik kerajaan Abu Dhabi itu berjanji untuk memulangkan segala dana yang disyarki hilang sebelum 30 Disember 2020.

SOALAN CEPUMAS BAGI PH: PH tak pernah jawab bahawa soalan Najib.

Perkembangan terkini 1MDB tiada lagi wang yang hilang (cuma tunggu masa untuk dibayar balik) dan Najib bukan perompak atau penyamun.

SOALAN CEPUMAS TAMBAHAN: Hutang 1MDB adalah RM32 bilion. Kenapa dalam masa 22 bulan rejim PH, mereka tidak membayar balik atau mengurangkan satu sen prinsipal hutang ini?

Kerana hutang belum sampai tempoh matang. Siapa yang suruh bayar segala hutang ini sekarang?

Hutang matang tahun 2038 - selaras dengan projek pembangunan TRX RM40 bilion dan Bandar Malaysia RM140 bilion memerlukan masa 20 tahun diselesaikan sepenuhnya?

Selain itu wang hutang RM32 bilion juga akan dibayar balik dari keuntungan pulangan dari projek-projek tersebut.

Lagipun, kenapa pula hutang RM32 bilion yang banyak aset boleh memufliskan negara tetapi PH tambah hutang negara sebanyak RM140 bilion tak memufliskan negara pulak?

Mahathir: I don’t care about my legacy Bloomberg interviewed. Can you belived what is atok say...!? All time make u turn huh..!!

Kami lawan fitnah bukan pertahan Bossku, Najib adalah subjek mangsa fitnah tersebut..!!Apa apa pun baik mulia hati si pencuri tu kann.. Dah curi pulangkan kembali, dah pulangkan buat sumpah laknat lagi... alaaahaiii..!! Baik budi pekerti pencuri tu yer.!!

Kalah kan Boboi maka hapuslah legasi tak guna ini...!!

Saya ulang..!!

Anonymous said...

Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan tiga pengguna Facebook mengeluarkan kenyataan berunsur lucah, hasutan dan penghinaan terhadap Islam serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata pihaknya akan mengambil tindakan susulan.

Yg hina ulamak pun elok ditangkap juga, mereka bawa ajaran sesat tidak hormat ulamak malah perlekeh ilmu ulamak.

Anonymous said...

Mukhriz yang sebelum ini masih lagi ‘yakin’ dapat bertahan akhirnya akur dan membuat keputusan untuk meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Menteri Besar baharu untuk memegang tampuk kuasa negeri itu.



“Seperti sejarah lalu ketika 2016, ianya bakal berulang sekali lagi buat kerajaan Mukhriz. Sebenarnya sudah beberapa lama kebelakangan ini beliau kehilangan majoriti ini.

Tak dapatlah nak menjarah harta negeri kedah.

Anonymous said...

Azman dalam sidang media di Pendang hari ini berkata, sekurang-kurangnya “8,000 hingga 10,000” ahli PKR dijangka meninggalkan parti itu pada minggu depan dan menyertai PKN.

Beliau dan pemimpin lain menanggalkan baju seragam PKR dan melipat bendera parti sebagai simbolik keluar parti.

Anonymous said...

INI APA NAMA SUDAH JATUH DI TIMPA TANGGA
JATUH KELEPAP SINGGAH BERDARAH KEPALA SI BOTAK
BELUM JATUH BERITA DISUNGKIT JUAL TANAH KAT CHINA
HAAH TEPOK POPCORN KASI TAMBAH SUMPAH LAKNAT SUDA MEREBAK


fuyoo boboi jual 320 ekar kat China dah mula disungkit... siasat dan tangkap boboi klu ada salahguna kuasa


ABIS LAH ATOK KALI INI PUNYA CERITA
SAAT YANG DI TUNGGU MENJELANG KINI
18 MEI ANAK BERANAK DUDUK KAT MANA..!?
KESANA KESINI KESANUN TIADA YG SUDI

HAAHHH KASI TEPOKKKK KUAT KUAT..!!

Anonymous said...

http://agendsai.blogspot.com/2020/05/kehebatan-tok-guru-nik-aziz-nik-mat.html

Anonymous said...

Jika sidang Parlimen pada 18 Mei ini tidak dihadkan hanya untuk titah perasmian oleh Yang Dipertuan Agong saja, barangkali soal keabsahan Perdana Perdana akan dapat diputuskan pada hari tersebut.

Dengan yang demikian, sama Muhyiddin Yassin dapat kekal lagi sebagai Perdana Menteri atau akan dijatuhkan, tiada lagi pertikaian mengenai sahih atau tidaknya kedudukan siapa juga yang menjadi ketua kerajaan selepas itu.

Kalau kekal, beliau selepas itu akan dapat menumpukan sepenuh perhatiannya membangunkan negara dan memberi kesejahteraan kepada rakyat jelata.

Begitu juga jika beliau kalah dalam usul undi tidak percaya, penggantinya yang dipilih melalui undian di Parlimen juga akan dapat melaksanakan tugas demi rakyat dan negara tanpa banyak gangguan lagi.

Tetapi, disebabkan Muhyiddin begitu takut kehilangan jawatan berikutan sokongan Ahli-Ahli Parlimen terhadapnya masih belum pasti, beliau telah tergamak menangguhkan sessi perbahasan pada 18 Mei ini ke sidang Julai akan datang.

Menggunakan kuasanya selaku Ketua Majlis Dewan Rakyat, Muhyiddin telah menulis surat kepada Speaker Parlimen, Mohamad Ariff Md Yusof untuk memaklumkan sidang Parlimen pada 18 Mei ini hanya terhad kepada titah perasmian saja.

Ini bermakna, selain perbahasan titah Yang Dipertuan Agong dianjakkan kepada sidang Julai akan datang, segala usul kerajaan dan usul pembangkang, termasuk usul undi tidak percaya yang telah diterima untuk dibentangkan, juga turut tangguhkan selama dua bulan lagi.

Ertinya, sehingga sidang Parlimen 13 Julai akan datang, walaupun Muhyiddin dapat kekal lagi sebagai Perdana Menteri, kedudukannya tetap diragui ramai.

Logiknya mudah saja, kalau betul Muhyiddin sudah cukup sokongan, tiada sebab beliau perlu menangguhkan sidang Parlimen daripada 9 Mac kepada 18 Mei dan kemudian sidang 18 Mei pula hanya dihadkan kepada titah Yang Dipertuan Agong saja.

Tidak pernah dalam sejarah negara sejak merdeka, sidang Parlimen hanya untuk perasmian dan titah Yang Dipertuan Agong semata-mata tanpa disusuli dengan sessi perbahasan.

Ini tidak lain menunjukkan Muhyiddin benar-benar takut dan negara kita tidak pernah mempunyai Perdana Menteri yang lebih penakut daripadanya.

Anonymous said...

Hahaha...pencuri bebas dgn pulangkan balik sikit duit curi....pencuri dah mengaku mencuri....kalo tak mencuri dia mesti lawan sampai habis...bukan begitu khadam baghal?...

Duit lebih beratus juta boleh pegi joli...rakyat yg bayar hutang termasuk khadam baghal..

Tangan pon selamat dari kena potong..

Takiyudin tentu setuju...Pas dah puashati 1 mdb...puak umno tak kisah najib nak balun banyak mana pon...


Anonymous said...

Kenape tak dakwa madey kalo salah ..takut ape?...pandai melalak jer

Anonymous said...

Yg salahnye TH kena bantu 1 mdb bayar hutang... Wang 1 mdb di songlap

Anonymous said...

Ulamak mana kena hina?..

Anonymous said...

Mukhrix tak ada rekod mencuri 2 kali pegang MB...ape yg nak malu Bosskurr.

Anonymous said...

Ramainye...tapi tak tutup juga PKR..

Anonymous said...

Bila nak tangkap?...sembang jer lebih..

Anonymous said...

Muyidin sudah masuk kluster bacol kerana tak yakin dgn sumpah sokongan penyamun dan peniaga agama...cakap dia orang bukan tetap...boleh berubah2..

Anonymous said...

IPIC jamin tapi kenape IPIC yg saman 1 mdb..

Tak tahu jgn cakap lah..

Anonymous said...

Selepas pru15 pN pakar tebok atap yg tak ada mandat rakyat hilang pengkhianat2 pon akan turut hilang...

2 tahun lebih jer lagi...taak heran pon..

Azmin pon tahu tu pasal dia cadang nak tubuh parti baru

Anonymous said...

Memang khadam tak boleh layan kerana khadam tak mampu nak tegakkan benang basah..

Kikikikikik..

Anonymous said...

Ini tandanye kerajaan tebok atap rapoh...tak lama lagi berkecai laah..

Pengkhianat akan terus khianat..

Anonymous said...

Adakah Najib, Rosmah, Zahid akan lepas jika bayar penyelesaian, soal Armada
16 May 2020, 9:55 pm
Dikemaskini 6 jam lepas

Pemuda Bersatu (Armada) melontarkan pertanyaan sekiranya kerajaan akan melepaskan individu lain dalam kes rasuah berprofil tinggi yang sedang dibicarakan mahkamah jika mereka membayar wang penyelesaian.

Ini selepas anak tiri Najib Razak, Riza Aziz memfailkan beberapa representasi yang menyebabkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan (DNAA) daripada pertuduhan yang dihadapinya.

"Adakah tindakan ini merupakan gambaran kepada nasib kes-kes perompak lain seperti Najib Razak, Rosmah Mansor, Azeez Rahim dan Zahid Hamidi, di mana jika mereka berjaya membayar sekian jumlah, mereka dibebaskan tanpa sebarang hukuman yang dilihat sebagai wajar?" Soal Armada.

Anonymous said...

kikiki kuatnya menyalak..klu Atok kumpul SD mcm kat Kedah cmner boboi tumbang kan bagus... arrggghh.. auughhh sini aughh sana aarrgg sanun macam hanjing...

kikikiki

Anonymous said...

entri sebelum ni dah jawab daaa ketinggalan zaman... walaun unta pun sahut meyahut komen dlm entri sblom ni... hang pi singgah jap

Anonymous said...

Adakah persetujuan ini bermakna Riza Aziz mencuri wang 1MDB?

1. Saya tidak fikir persetujuan ini memberi apa-apa implikasi pengakuan berlaku penyelewengan kepada wang 1MDB. Riza didakwa di bawah AMLA bukan penyelewengan wang 1MDB.

2. Sudah tentu persetujuan membayar denda sebesar itu akan memalitkan beliau dengan skandal 1MDB. Jika tidak bersalah mengapa bayar denda? Bukan sedikit pula, tapi beratus juta.

3. Saya fikir persetujuan ini adalah tindakan ‘membeli masa’ oleh Riza Aziz. Kes ini akan mengambil masa bertahun-tahun untuk selesai.

4. Sepanjang kes ini beliau tidak akan dapat ke luar negara dan ini pasti akan menjejaskan perniagaannya di luar negara.

5. Jika beliau perlu berkorban RM465.3 juta untuk menyelamatkan perniagaannya yang bernilai berbilion USD maka ia adalah satu pengorbanan kecil kepada ahli perniagaan.

6. Ia juga membeli masa untuk melihat keputusan kes membabitkan 1MDB. Jika perbicaraan kes 1mdb mendapati penyelewengan berlaku di peringkat IPIC dan Aabar Group, maka Riza juga boleh membuat rayuan baharu mendapat kembali wangnya.

Dr Mahathir memahami undang-undang namun beliau memilih untuk mengelirukan rakyat kerana politik kebencian.

From day one Riza lansung tidak dihadapkan dan dibicarakan di mahkamah oleh kerajaan Malaysia. Pelikkan..!!

Anonymous said...

Perbicaraan kes Riza tak pernah berjalan satu hari pun sejak Riza didakwa hampir setahun dahulu. Pelik nya tapi Tun Lim Guan Eng dah pukul canang satu dooonia pasal 1MDB. Walaun unta paling terkinja kinja gagak gempita riang bergumbira.

Pada 31 Januari 2020 masa PH, ianya pihak pendakwa raya yang menangguhkan kes Riza kepada 25 Februari 2020. "Pihak Rizza juga memohon untuk mendapatkan tarikh lain bagi menyemak dan mempertimbangkan representasi (tawaran perjanjian penyelesaian) berkenaan.".

Kerajaan Malaysia lansung tidak buat apa apa pun dalam kes ini. Kes ini di cuma sensasi media dibawah kawalan kerajaan PH oleh Tun dan DAP.

Anonymous said...

Kalo khadam rompak bank 1 bilion pendakwa setuju khadam serah balik 465 juta saja bank masih bankarap oooi..

Anonymous said...

Pencuri curi kereta Takiyudin pendakwa setuju pencuri pulangkan 4 biji tayar saja adakah Takiyudin puashati?...

Gaknye Takiyudin setuju takut hipokrit..

Kikikik..

Anonymous said...

Azmin dan muyidin berhempas pulas nak dapat sokongan rakyat nak buang penyamun..

Dah menang pru singkir penyamun tiba2 ajak penyamun tebuk rumah senndiri..

Ape jenis manusia ni?....ini macam punye orang pon ada dlm donia..

Anonymous said...

Azam Baki terus bertelagah dgn bekas AG..

Tommy Thomas ulangi pendirian tak gugur kes pengubahan wang Riza Aziz
May 16, 2020 6:07 PM
Bekas peguam negara menyifatkan ia 'sangat mengejutkan' beliau apabila SPRM terus berbohong dan mengheretnya dalam penyelesaian kes pengubahan wang penerbit Hollywood itu

Anonymous said...

tak ada benda yang di curi.. malah kononnya ia pencuri si bayar balik dah bayar si pencuri buat sumpah laknat lagi.. skg allah bayar cash sang fitnah menuduh si pencuri pulak yang tumbang di negeri sendiri dan kerajaan nya


baik nya ati si pencuri... laaahaiiiii...!!


.... kikiki

Anonymous said...

dah jadi bekas baru nak kelam kabut masa jadi AG kenapa mintak tangguh 2 kali... mabok twist kot

kikikkki

Anonymous said...

tak ada benda yang di curi.. malah si penyamun bayar balik dah bayar balik si penyamun buat sumpah laknat lagi..

skg allah bayar cash sang fitnah menuduh si penyamun pulak yang tumbang di negeri sendiri dan kerajaan nya


baik nya ati si penyamun tu kannn ... laaahaiiiii...!!

Anonymous said...

Jawab membelit...kikikik...yg jelas riza dah ngaku pakai duit curi 1 mdb dan pencuri yg mahu kasi balik sikit wang curi boleh bebas...

Nanti ramailah pencuri tambahan pas dah cancel hudud..

Anonymous said...

Malu ape bosskurr.mukeriz bukan pencuri...

Undi tak percaya pusing balik kpd mukeriz..

Anonymous said...

Riza bukan pencuri tapi pakai duit curi oleh bapak tiri..

Bengap betul..

Kalo bukan duit curi tak perlu setuju serah balik...465 juta....bukan 465 ringgit...otak ada taak?..

Anonymous said...

Nak buat ape?...bila tarikh persetujuan penyelesaian dibuat?..

Krajaan PN yg kena jelaskan....

Bekas AG sudah napikan..

Anonymous said...

Tak de benda dicuri?..akai dah ilang..

Mana bukti derma arab?...

Riza bodoh sangat ker tak pasal2 nak bagi 465 juta kpd kerajaan malaysia?...

Anonymous said...

Kikikik..bayar untuk ape?....bodoh sangat lah si riza ni tak pasal2 nak bayar kpd kerajaan ratus jota..

Ingat dah setuju bayar sebagian dah selesai...rupanye bayaran untuk pengesahan penyamun mencuri wang 1 mdb..

Anonymous said...

Kenape tak boleh tangguh?...salah ker?

Kikikikik...

Anonymous said...

RBA bangang ternakan D4P cuba kencing orang ramai dengan menggunakan istilah 'curi' untuk menfitnah Riza. Jika kes curi, hukumannya sama ada penjara atau denda atau kedua-duanya bukan dibebaskan oleh mahkamah .

RBA nak kencing rakyat pun agak-agaklah

Kita berharap Riza dan Hollywood akan menghasilkan movie baharu yang mendedahkan bagaimana Pakatan Hancing pimpinan D4P kencing rakyat pada skala besar.

Tepuk ......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails