Biarlah suami saya mangsa terakhir pemandu mabuk
KUANTAN: Balu mangsa yang maut akibat dilanggar pemandu mabuk dalam kejadian Isnin lalu, berharap kerajaan dapat memperkasakan undang-undang berkaitan pemandu di bawah pengaruh alkolhol dengan menambah baik undang-undang dan peraturan berkaitan.
Zeti Haryanti Hassan, 42, berkata, ia supaya nasib keluarga mangsa seperti yang dialaminya dapat dibela dengan sewajarnya.
"Saya berharap sungguh biarlah suami saya mangsa terakhir, jangan ada lagi selepas ini. Walaupun nyawa dibalas dengan nyawa sekalipun, ia tidak mampu kembalikan suami saya.
"Saya berharap sungguh biarlah suami saya mangsa terakhir, jangan ada lagi selepas ini. Walaupun nyawa dibalas dengan nyawa sekalipun, ia tidak mampu kembalikan suami saya.
"Saya sedih atas apa terjadi namun reda dengan kejadian yang berlaku semasa arwah dalam perjalanan mencari rezeki untuk keluarga," katanya ketika ditemui selepas pengebumian jenazah suaminya di Tanah Perkuburan Islam Al Raudah Baru di sini, hari ini.
Mangsa, Irwan Herman Kamarudin, 41 tahun, maut selepas kenderaan dipandunya dirempuh kereta dipandu seorang peraih ikan berusia 42 tahun secara melawan arus dalam keadaan mabuk pada kejadian 9.20 malam kelmarin.
Jenazah selamat dikebumikan sekitar jam 4.30 petang selepas disembahyangkan di Masjid Al Raudah di sini.
Beliau meninggalkan seorang balu dan dua anak, Puteri Nur Qistina, 14 serta Amanda Nur Fitrisya, 8.
Zeti Haryanti yang masih trauma dengan pemergian suaminya berharap masyarakat mengambil iktibar kejadian ini dan meminta semua pengguna jalan raya bertanggungjawab terhadap nyawa sendiri dan orang lain.
"Apabila kita memandu, kita berhati-hati dan perlu bertanggungjawab. Perlu ingat ada nyawa orang lain dan bukan nyawa kita sendiri.
"Saya sangat sedih atas apa yang berlaku, petang sebelum kejadian kami sempat berbual macam biasa. Sebelum keluar bekerja kebiasaannya arwah suami akan beritahu saya dahulu.
"Saya akan cium tangannya dan arwah cium dahi saya tetapi itu tidak berlaku pada hari kejadian. Arwah terus pergi kerja mungkin nak cepat," katanya.
Ibu Sakiah Mohd Nor, 58, dan bapa Kamarudin Darsono, 65, menyiram air mawar di pusara anak mereka Irwan Herman Kamarudin, yang terbabit dalam kemalangan dengan seorang pemandu dipercayai mabuk malam kelmarin di Jalan Kuantan-Gebeng berdekatan Kampung Bukit Rangin. - Foto BERNAMA
1 comment:
Jangan dilayan Pak Hasim.. Mereka itu spesis geng 'jilat jubpq gian eng..
Post a Comment