Sunday, May 17, 2020

PH Derhaka, Wajib Dihukum.. Mengapa?



Undi Tidak Percaya Hanya Untuk Menutup Pekong 22 Bulan PH


Sejak tumbang di Putrajaya, Pakatan Harapan dilihat tidak dapat menerima kenyataan mereka telah kehilangan kuasa akibat dari kerakusan mereka sendiri.
Pakatan Harapan secara berterusan menyalahkan pihak lain yang mereka dakwa menjadi punca kepada kehilangan kuasa mereka.
Sikap degil, tamak dan rakusnya pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan berebutkan pangkat dan kuasa dilihat semakin melampau-lampau sehingga sanggup menderhaka terhadap DYMM SPB YDP Agong dan tidak mempedulikan saat negara sedang dilanda wabak Covid-19.
Tindakan Khalid Samad, Dr. Dzulkefly Ahmad, Saifuddin Nasution dan Shafie Apdal mempertikaikan kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri adalah satu kesalahan yang sangat serius dan tidak boleh dipandang remeh.
Tindakan derhaka ini WAJIB dikenakan tindakan dan dihukum setimpalnya.


Kes yang sama pernah berlaku di negeri Perak. Karpal Singh mempertikaikan kuasa budi bicara Sultan Perak dalam melantik Menteri Besar.
Sebulan setengah selepas itu, pada 17 Mac 2009, Karpal Singh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali (BACA DI SINI).
Karpal Singh akhirnya didapati bersalah kerana menghasut oleh Mahkamah Tinggi pada 21 Februari 2014 dan telah dijatuhkan hukuman denda RM4,000 sekaligus menghilangkan kelayakan beliau untuk kekal sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor (BACA DI SINI).
Peguam Negara mesti memandang serius perkara ini, agar perbuatan menderhaka ini tidak akan menjadi trend atau dipandang remeh oleh golongan politik, seolah-olah kuasa dan pengaruh politik yang ada pada mereka mengatasi kuasa SPB YDP Agong dan Raja Raja Melayu.
Malah, jika dibandingkan penderhakaan Karpal Singh dengan tindakan Khalid Samad, Dr. Dzulkefly Ahmad, Saifuddin Nasution dan Shafie Apdal sebenarnya jauh lebih berat kerana mereka mempertikaikan budi bicara Yang di-Pertuan Agong, sebagai Ketua Negara yang berkedudukan lebih tinggi daripada Sultan Negeri.
Sikap terdesak Pakatan Harapan untuk menjatuhkan kerajaan sekarang menimbulkan persoalan.
Apakah sebab sebenar pemimpin Pakatan Harapan dilihat tidak sabar-sabar mahu mendapatkan semula kuasa pemerintahan?
Umum tahu mengenai karakusan dan sifat haloba Pakatan Harapan terhadap kuasa.
Namun sikap terdesak Pakatan Harapan yang dilihat sangat terdesak untuk menjatuhkan kerajaan sekarang seberapa segera yang boleh sehingga sanggup mengenepikan masaalah wabak Covid-19, malah sanggup menderhaka kepada SPB YDP Agong menimbulkan persoalan yang sangat besar.


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrol telah memberikan sedikit gambaran apa sebenarnya yang cuba disembunyikan Pakatan Harapan dengan merencanakan kejatuhan kerajaan sekarang dengan seberapa segera yang boleh.
Seperti yang pernah disiarkan laman blog ini, Tengku Zafrol mempersoalkan kewajaran Dr. Mahathir dan Lim Guan Eng menambah hutang luar negara berpuloh bilion ringgit sedangkan keadaan kewangan negara adalah sangat kukuh (BACA DI SINI), (DI SINl) dan (DI SINI).
Sepanjang hampir 22 bulan berkuasa, Pakatan Harapan telah membawa perlembagaan dan perundangan negara ke era yang paling gelap dengan bertopengkan laungan Rule of Law mereka.


Kes rasuah banglo Lim Guan Eng, kes pembunuhan Allahyarham Adib, kes fitnah Rafizi, kes penglibatan ahli politik DAP dengan pengganas LTTE dan banyak lagi kes digugurkan tanpa apa-apa perbicaraan.
Itu tidak lagi termasuk beberapa kes penyalahgunaan kuasa Menteri Kewangan yang melelong berbilion ringgit aset strategik negara di TH, Khazanah Nasional dan IHH.
Sebenarnya inilah yang amat ditakuti oleh Pakatan Harapan.


Kehilangan kuasa secara tiba-tiba membuatkan mereka tidak mempunyai ruang dan peluang untuk membuat 'clearance' dan kini segala maklumat sudah berada dalam simpanan kerajaan sekarang.
Lebih merisaukan Pakatan Harapan bila Tommy Thomas meletakkan jawatan sebagai Peguam Negara, Latheefa Koya juga meletakkan jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM secara tiba-tba dan Hamid Bador pula akan ditamatkan kontrak dalam masa terdekat.
Lantas bagi Pakatan Harapan, kerajaan sekarang mesti dijatuhkan dengan seberapa segera sebelum pekong sebenar mereka didedahkan

Kredit :
Editor Malaysia

6 comments:

Anonymous said...

Kasihan penyokong PH,sayang sungguh kat DAP. Sejak 22 bulan Ph rentah Malaysia, DAP jual aset negara, kejadian hina Islam menjadi2.PAN selaku khadam DAP tak kata apa.Sebab apa? Sebab tak tunggnag agama.Tunggang apa?Nafsu? Kalu ikut agama,dikatakan tunggang agama. Boleh makan setalam berbuka puasa jantan DAP dan perempuan berpurdah.Islam macam tu yang puak PAN suka.Langgar semua. Mati nanti jangan cari geng lebai.Cari geng DAP untuk urus jenazah

Anonymous said...

Hebat Bossku ini... tak ada jawatan , duit beku, acc freeze, ber FB siang malam boboi ckp dia turun tahta sebab Najib@Bossku... hebat bossku..!!

Lekeh sangat DS Mukhriz Mahathir bila mengatakan DS Najib Razak sebagai watak utama menjatuhkan beliau.

Beliau seorang Menteri Besar dan Timbalan Presiden parti pemerintah yang punya kuasa dan pengaruh telah dijatuhkan secara demokratik oleh Najib Razak – yang tiada kuasa, tiada kedudukan dan akaun dibekukan.

Malu haper Bossku

Unknown said...

Tapi bgaimana pula dengan status kamu yang terang-terang Mempersoalkan Kuasa YDPA,bila baginda memberi Pengampunan Penuh terhadap Dsai?Kamu bukan setakat persoalkan keputusan mahkamah,malah lebih teruk dan dashyat bila kamu Persoalkan Kuasa YDPA..

✓ Apa gelaran yang paling sesuai untuk kamu melainkan sebagai Penderhaka?
✓ Apa akan jadi jika yang Persoalkan Kuasa YDPA itu adalah pemimpin2 drp PH?

Anonymous said...

bila kuasa dah hilang... meroyan ke main menjadi jadi...


kikikikiki.. lantok la labuuu..!!

kikikikiki... royan smpi lebam kikii

Anonymous said...

Bukankah puak kafir Harbi dan puak liberal yang telah menghina Agong dan raja-raja Melayu di waktu KERAjaan PH berkuasa ?

Wah rupa-rupanya RBA mengidap penyakit hilang ingatan yang kritikal.

Anonymous said...

Pakatan Hancing pimpinan parti kafir Harbi DA-Pigs sedang menuju kehancuran setelah Pakatan Hancing kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu dll. Maklumlah Atok Kerala beritahu rakyat manifesto bukan kitab suci. Sila hadam !

Tepuk .........

Kah kah kah kah kah kah kah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails