Tuesday, May 19, 2020

Pihak Polis Diminta Siasat Xavier Jayakumar AP K/Langat -TUNTUT

TUNTUT minta polis siasat Xavier Jayakumar | Nasional | Berita Harian

KUALA LUMPUR: Gerakan Aktivis Tuntut Malaysia (TUNTUT) menggesa polis mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar susulan kenyataan beliau melalui satu video yang tular di media sosial berhubung persidangan Dewan Rakyat semalam.
TUNTUT yang menganggap kenyataan itu berbaur hasutan membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling di Balai Polis Petaling Jaya, petang tadi.
Pengerusi TUNTUT, A'zlan Abu Bakar dalam sidang medianya menyifatkan tindakan Xavier itu seolah-olah menghina Yang di-Pertuan Agong dan perbuatan itu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang Ahli Parlimen.
"Tindakan beliau juga boleh disifatkan sebagai perbuatan menghasut, sekali gus menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan masyarakat.
"Kita mohon pihak polis untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas mengikut lunas undang-undang ke atas beliau kerana cuba menghasut dan menimbulkan persepsi negatif terhadap sidang Parlimen yang diadakan semalam," katanya.
Laporan polis oleh pihaknya itu katanya dibuat susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada 14 Mei lalu yang menyatakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan serius terhadap apa juga bentuk hasutan yang menimbulkan rasa curiga dalam kalangan rakyat.
Beliau meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan sebarang kenyataan berbaur hasutan, lebih-lebih lagi yang membabitkan wakil rakyat dan pemimpin politik.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal ketika dihubungi BH mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berkenaan dan siasatan akan dijalankan.
Terdahulu, PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Wangsa Maju turut membuat laporan polis berhubung isu sama terhadap Xavier Jayakumar yang juga bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, hari ini.
Ketuanya, Mohammed Ridzal Kamal Ghazalee, berkata kenyataan itu adalah satu penghinaan kepada institusi diraja di negara ini dan tidak wajar mana-mana ahli politik mempertikaikan keputusan untuk Parlimen bersidang seperti yang berlangsung semalam.
Semalam, menerusi satu video berdurasi selama hampir tiga minit, Xavier menyifatkan persidangan berkenaan sebagai sampah dan tidak berguna.
Katanya, Ahli Parlimen cuma berada sejam saja di Dewan Rakyat hanya untuk mendengar titah Yang di-Pertuan Agong atas alasan COVID-19.
Sidang parlimen diadakan semalam dengan hanya Titah Diraja saja sebagai urusan mesyuarat manakala sesi perbahasan akan diadakan pada satu tarikh ditentukan kemudian. (BH)

10 comments:

Anonymous said...

Puak kafir Harbi dan khadam liberal mereka semakin berani menghina Perlembagaan Persekutuan, agama Islam, ulama Islam, Agong dan raja-raja Melayu, parti Islam dan umat Islam yang cintakan agama Islam sedangkan Perlembagaan Persekutuan sangat jelas menyatakan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan Malaysia.

Maka secara automatik puak kafir Harbi dan khadam liberal mereka adalah pengkhianat negara. Oleh sebab itu, kerajaan sepatutnya bertindak tegas menangkap dan mendakwa mereka di mahkamah dan membatalkan kerakyatan mereka.

Jika disabitkan dengan kesalahan mengkhianati negara, kerakyatan mereka dibatalkan dan mereka perlu dihalau kembali ke negara asal moyang mereka.

Lihat RBA ternakan parti kafir Harbi DA-Pigs sedang sibuk menyebarkan pelbagai fitnah untuk menghasut rakyat membenci dan menentang kerajaan PN dan umat Islam.

Anonymous said...

Puak rasis kafir Harbi dan khadam liberal mereka adalah sama bahaya dengan Parti Komunis Malaya PKM pimpinan chin peng.

Anonymous said...

Bergaduh dengan semua PM, semoga Tun Mahathir mendapat hidayah

HABIS diserang habis-habisan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Habis semua orang salah. Naratif yang sama dibawa oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam sidang akhbarnya di Yayasan Kepimpinan Perdana Menteri sebentar tadi – topiknya kita semua maklum.

Kelibat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan wakil-wakil PKR bagaimanapun tidak muncul bersama Pengerusi BERSATU

Anonymous said...

Siapakah menteri PH yang didakwa telah melantik setiausaha politik merangkap ketua bahagian Shah Alam parti PAN sebagai ahli lembaga DBKL itu yang didakwa kawan baik dengan broker dan mereka sedang disiasat oleh SPRM?

RBA sila jawab jika berani.

Anonymous said...

Tuduhan PN tebok atap hanye untuk dapat sokongan melayu boddoh....rasis adalah modal umno sejak dari dulu lagi...

Anonymous said...

Ini kes jual nama lah bongok...dah dibawak ke mahkamah ker macam najib dan gerombolan penyamun umno...

Baru siasat dah nak bising...ape punyer baghal daa..

Anonymous said...

Riza anak tiri najib yg dibebaskan dari tuduhan gubah wang haram 1 mdb sudah setuju jadi saksi untuk dakwa najib curi wang 1 mdb...

Habis lah najib ini kali...setakat ni najib dan loyar mualaf dia blm bukak mulut...

Ape komen macai?....tak terkata lah..

Anonymous said...

Kebodohan RBA terbukti apabila RBA tidak menjawab soalan. Sebaliknya RBA merepek dan merapu untuk mengelakkan diri dari menjawab soalan.

Apabila Najib didakwa oleh rejim PH, RBA menghina mahkamah dengan menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Najib sedangkan hakim belum membuat sebarang keputusan lagi.

Apabila puak PH disiasat oleh SPRM, puak RBA meroyan histeria cuba menafikannya.

Jika SPRM membuka kertas siasatan terhadap puak PH, bukankah ini bererti kes ini mempunyai prima facie ?

Ini menunjukkan puak RBA adalah kepala bapak hipokrit.

Anonymous said...

Wah hebat rejim Pakatan Hancing membebaskan gian end dari perbicaraan mahkamah berkaitan kes rasuah dll dan melantik orang kena dakwa sebagai menteri.

Ini membuktikan rejim. Pakatan Hancing tidak mempunyai integriti kerana negara lain tidak pernah melantik orang kena dakwa dalam kes rasuah menjadi menteri.

Kita sangat berharap kerajaan baharu membuka semula kes gian end ini.

Anonymous said...

Biasalah bila kes rasuah terkena batang hidung puak PeeH, RBA sudah pasti menggelupur histeria cuba menegakkan benang basah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails