RAMADAN di musim PKP ini sangat menguji keimanan umat Islam, namun di sana terselit banyak kelebihan dan terpancar pelbagai hikmahnya yang tersendiri.
Antaranya merapatkan hubungan kekeluargaan, membudayakan solat berjemaah serta berusaha membaiki bacaan Al-Quran.
Jika sebelum ini masyarakat akan mencari-cari di manakah masjid atau surau yang mempunyai imam hafiz, manakala masjid dan surau juga berlumba-lumba untuk mendapatkan khidmat imam hafiz sehingga permintaan imam hafiz menjadi sangat tinggi.
Impaknya, ada imam hafiz didatangkan daripada Palestin, Mesir, Pakistan, India, Selatan Thailand, Indonesia, Kemboja dan juga imam-imam hafiz tempatan.
Ada masjid yang sanggup membayar sepuluh hingga lima belas ribu kos untuk jemputan hafiz dalam bulan Ramadan. Kini, di Musim PKP menjadi gurauan tentang tahap imam-imam di rumah masing-masing.
Lelucon ini, bertebaran di alam siber tentang ketidakupayaan ketua keluarga membaca surah-surah panjang. Alangkah bahagianya jika solat terawih berjemaah di musim PKP ini diimamkan oleh suami atau putera-putera lelaki yang menghafaz Al-Quran.
Penulis mencadangkan supaya masyarakat Muslim negara ini menggerakkan kempen “SATU KELUARGA, SATU HAFIZ” dan kerajaan mestilah melakukan usaha terancang dan bersungguh untuk menjayakan kempen ini.
Mewujudkan satu keluarga, satu hafiz juga akan menjadikan sesebuah keluarga itu membudayakan Al-Quran secara berterusan dan usaha membina keluarga sakinah akan mencapai matlamat yang disasarkan.
Keluarga Sakinah akan melahirkan generasi yang berkualiti, menjauhi najis dadah, menjauhi gejala sosial serta kebobrokan yang lain.
Masyarakat perlu tahu mengapa sekolah tahfiz menjadi tarikan pesona kepada ibubapa untuk menghantar anak-anak belajar agama. Menarik juga kerana sebahagian besar yang menghantar anak mereka ke sekolah tahfiz mahu pun sekolah agama rakyat ialah kelompok kelas menengah Melayu yang berpendidikan.
Mereka tidak naif sebagaimana sangkaan sebahagian masyarakat. Euforia Islami dengan pengamalan agama di maahad tahfiz akan mengacuankan pelajar-pelajar yang berakhlak mulia dan inilah yang dikehendaki oleh ibubapa dan penjaga.
Kita seharusnya jujur melihat kegagalan pendidikan arus perdana negara ini. Kadar kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 10 tahun terakhir ini melebihi 503 000 orang, kadar penagihan dadah yang mencanak, gejala buta al Quran dan seribu satu fenomena kebejatan akhlak yang merupakan produk pendidikan arus perdana hari ini.
Impak daripada kebejatan sosial dan fenomena buta Al-Quran itulah maka ibubapa melihat kearah pendidikan alternatif, iaitu sekolah tahfiz. Sekolah tahfiz menjadi tarikan masyarakat dalam dua dekad terakhir ini, terutama usaha gigih para asatizah muda yang mendapat pendidikan di Timur Tengah dan Sub Continent.
Kerajaan Kelantan sebagai contoh antara pemicu utama menggalakkan sekolah tahfiz integrasi sehingga melahirkan pendidikan gabung jalin antara sains dan Al-Quran. Idea Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ini akhirnya meletus fenomena tahfiz sains di seluruh negara.
Masyarakat harus memahami betapa sukarnya untuk mengoperasikan sekolah-sekolah tahfiz yang termasuk dalam kategori Sekolah Agama Rakyat.
Kita jangan pernah lupa apa yang berlaku di zaman regim terdahulu dekad 90-an dengan sekatan bantuan perkapita kepada sekolah agama rakyat. Para penggerak SAR termasuk maahad tahfiz berkeringat dan menebalkan muka untuk mencari dana untuk menggerakkan pendidikan Islam ini.
Tidak kecil hujaman dan ujian bertindan tindih kepada sekolah tahfiz, bahkan termasuk pembesar, agamawan Islam sendiri yang menghujat sekolah tahfiz dan penggeraknya.
Maka teman-teman sekalian, dengan berlakunya Ramadhan Musim PKP ini, ubahlah cara berfikir kita kepada hafiz dan sekolah tahfiz. Berpada-padalah dalam menghujam sekolah agama rakyat dan sekolah tahfiz.
Kewujudan institusi ini sedikit sebanyak meringankan beban kerajaan dalam sektor pendidikan. Seharusnya polemik tentang sekolah tahfiz ini meruak aura positif kita tentang keperluan untuk memberdayakan pendidikan Islam.
Dalam peruntukan bajet tahunan, pemerintah wajib memberikan peruntukan pembangunan prasarana, pengupayaan kepada sekolah tahfiz.
Sudah lama sekolah agama rakyat dianaktirikan pemerintah bahkan masyarakat kita sendiri yang hanya pandai berkomentar.
Bercerminlah!, jangan santri dan asatizah sekolah tahfiz hanya dicari ketika kematian dan doa selamat.
Kita boleh belajar daripada negara Turki yang mampu membangunkan institusi sekolah tahfiz mereka sehingga berjaya memupuk kefahaman Islam yang semakin baik kepada generasi muda.
Al-Quran adalah mukjizat dan percayalah ianya ubat mujarab untuk menyembuhkan negara kita daripada kebobrokan dan kebejatan sosial. Jom wujudkan seorang hafiz untuk satu keluarga!
DR RIDUAN MOHAMAD NOR(Penulis ialah Pengerusi Kompleks Pendidikan Tahfiz An Nur Besut, Pengerusi Tahfiz An Nur Setiu) – HARAKAHDAILY 2/5/2020
2 comments:
Sudah lh bro ibnu...ttup jer blog ibnu hok merapu ni..
Tua dh bro..
Mggu depan kedai judi dbenarkan operasi
Masjid surau masih ttup..
Mana pejuang bangsa dan agama dlm PN.
Sembang jer puok2 ni..
Dapat jawatan,,dunio ana yg punye..
May 3, 2020 at 12:41 AM
Ya, bagus Teruskan Meroyan.
Memang puak-puak munafik atau anti Islam ada sepanjang zaman..
Ya, kita tahu, masih ada puak anjing kurap jilat juboq gian end meneruskan hasut ganggu..
Tak usah menyamar le, orang kenal mana penjilat juboq kapiaq gian end.
Kesian, Masih jadi barua DAP lgi.
Kesian. Masih lagi mahu ikut hukum rimba. jadi hantu berpuaka. Masih tak tamadun. Jadi peluloq juboq tak basuh, si kulup gian end. barua pecacai yang patut di hukum sula atau rejam kerana pembelot. Mana lagi geng puaka rimba, tulang besi, budak kampung dan babi-babi buta tu..
Bertaubatlah.. tak besar mana dedak babi itu. Miskin keparat sangat ke?? kalau mampuih panggil lah gian end solat.. hii jijik dan kesiannya. hi hi hi
Takde idea.. masih ulang bende sama. Miskin segala.. padanlah jadi barua..
DAP macam cicak penyet, kering, kepala terapit pintu, terkepit. Ekornya luruh jatuh terkodek-kodek. Terkodek itulah suara bunyi bising penjilat,peluluq juboq tak basuh si kulup gian end. hi hi hi . tak malu muka tembok pungkok babi..
Jilat Juboq gian end.. Jilat Juboq gian end.. Jilat Juboq gian end..
Mereka bangga disebut macam tu.
Hiiiiiiiii
Post a Comment