Tuesday, May 05, 2020

PKP: Tiada Rekod Banduan. Penjara Pusat Pendidikan, Insya Allah!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (tengah) bersama Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar (dua dari kiri) dan Pengarah Penjara Kajang, Abdul Halim Ma Hasan (kanan) pada Program Motivasi Peringkat Penghuni Penjara Kajang hari ini. - Foto BERNAMA
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (tengah) bersama Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar (dua dari kiri) dan Pengarah Penjara Kajang, Abdul Halim Ma Hasan (kanan) pada Program Motivasi Peringkat Penghuni Penjara Kajang hari ini. - Foto BERNAMA


Tiada rekod sebagai banduan untuk pesalah PKP

KAJANG: Individu yang dikenakan tindakan mahkamah dan menjalani hukuman di penjara kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak direkodkan sebagai banduan.
Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar, berkata ada antara mereka yang dikenakan hukuman penjara itu ialah remaja dan jika direkodkan sebagai banduan, ia boleh menjejaskan masa depan remaja berkenaan.
"Apabila ada rekod (banduan) nanti, mereka (remaja) susah nak cari kerja. Itu yang kami ambil kira. Jadi, tiada rekod banduan untuk mereka," katanya kepada pemberita selepas program Ziarah Sahabat Penjara di Penjara Kajang, di sini hari ini.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan nama pesalah PKP tidak dimasukkan dalam sistem rekod jenayah Polis Diraja Malaysia.
Abdul Hamid berkata, meskipun nama tidak direkodkan, ia bukanlah 'tiket' untuk orang ramai ingkar PKP yang dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Sementara itu, Zulkifli berkata 11 penjara sementara di seluruh negara digunakan sebagai pusat tahanan baharu dengan lebih 300 individu berada di Penjara Kajang dan Penjara Sementara Maktab Penjara Malaysia. - BERNAMA
Komen Weblog Ibnu HasyimTiada rekod sebagai banduan untuk pesalah PKP. Al-hmdulillah, Insya Allah penjara akan berfungsi sebagai pusat tarbiah dan pendidikan dalam kehidupan manusia. 
Apalagi, bila menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri terlibat bersama Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar dan Pengarah Penjara Kajang, Abdul Halim Ma Hasan pada Program Motivasi Peringkat Penghuni Penjara Kajang hari ini. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails