KL: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan sehingga 9 Jun ini bagi memastikan proses pemulihan membendung Covid-19 berjaya.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kini memasuki fasa pemulihan dalam usaha membendung pandemik itu.
Beliau berkata demikian dalam Perutusan Khas Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan sejak 18 Mac, tindakan yang berjaya membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengawal dan melandaikan keluk kes Covid-19 di negara ini.
Pada 4 Mei lalu, kerajaan memperkenalkan PKPB pula untuk membenarkan sektor ekonomi dan sosial dibuka semula. (IH)
1 comment:
Muyidin ambik kesempatan untukbelak
Sidang parlimen lebih 1 hari...undi tak percaya..
Kempen pemilihan Bersatu..
Post a Comment