KEADAAN kenderaan pacuan empat roda yang terbalik di Plaza Tol Kajang Selatan Lebuhraya LEKAS, Kajang, awal pagi tadi.
PKP: Polis maut angkara pemandu mabuk rempuh sekatan
KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis maut selepas sebuah pacuan empat roda disyaki dipandu pemandu mabuk, merempuh sekatan jalan raya (SJR) Op COVID-19 di Plaza Tol Kajang Selatan Lebuhraya LEKAS di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 2.11 pagi itu, Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Susulan rempuhan yang berlaku itu, kenderaan pacuan empat roda terbabit dipercayai turut terbalik dan menghempap mangsa.
Susulan rempuhan yang berlaku itu, kenderaan pacuan empat roda terbabit dipercayai turut terbalik dan menghempap mangsa.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata ketika kejadian mangsa bersama beberapa anggota lain sedang bertugas menjaga kawalan SJR berkenaan.
Katanya, nahas berlaku apabila sebuah Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun merempuh anggota terbabit dan kenderaan polis yang berada di lokasi.
"Laporan berhubung kejadian itu sudah dibuat oleh penyelia SJR berkenaan, namun pemandu Hilux masih belum berbuat demikian.
"Siasatan nahas itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya menerusi satu kenyataan, pagi ini.
Allahyarham yang berasal dari Ipoh, Perak adalah anggota di Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.
Jenazah mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk urusan bedah siasat.
Suspek yang cedera dalam kejadian itu turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan.
Dalam pada itu, berita dan gambar kemalangan yang menimpa anggota polis terbabit mula viral di media sosial dan sebahagian netizen kesal dengan tindakan segelintir individu yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mengambil kesempatan selepas perintah itu dilonggarkan oleh kerajaan.
Selain itu, netizen turut meminta hukuman berat dikenakan terhadap suspek sekiranya benar pemandu berkenaan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan berlaku kemalangan maut.
Tragedi menimpa anggota polis yang bertugas itu turut dikongsi Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Anuar Musa menerusi twitternya.
Katanya, adalah sesuatu yang amat mendukacitakan apabila masih ada yang memandu dan membahayakan orang lain.
"Apa lagi frontliners (petugas barisan hadapan) yang berkorban untuk kita semua (dalam perang melawan jangkitan COVID-19)," katanya ketika berkongsi kesedihan menimpa anggota polis berkenaan. (BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah antara bahaya minumn keras, tetapi masih puak-puak 'pekak' tak mahu mengerti. Itulah istimewanya Islam, menurunkan peraturan sesuai dengan kebaikan manusia itu sendiri. Samada diri, keluarga, masyarakat, bahkan sesebuah negara sekalipun.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman sebagai syahid. Terkorban ketika menjalankan tugas mengawal wabak covid 19.
ReplyDeleteSepatutnya pemandu mabuk yang telah menyebabkan kematian didakwa di bawah seksyen 302 kerana mereka sengaja memilih untuk menjadi mabuk dan mereka tahu akibat buruk memandu di waktu mereka mabuk.
ReplyDeleteKita mohon kerajaan baharu menggubal undang-undang baru Yang lebih tegas menghukum pemandu mabuk dengan hukuman sangat berat.
Kerajaan P H dahulu tidak boleh diharapkan kerana parti DAP sendiri sokong festival Arak terbuka.
Setuju
ReplyDeleteBukan bawak budaya mabuk sahaja, budaya tattoo pun masuk. Abu komunis pun dibawa masuk. Kaldai2 diam seribu bahasa. Mat sabu pulak sokong komunis sebagai pejuang kemerdekaan.
ReplyDelete