Friday, May 15, 2020

PRK Chini 4 Julai, Penamaan Calon 20 Jun.

Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH


KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Pahang akan diadakan pada 4 Julai depan, manakala hari penamaan calon adalah pada 20 Jun.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun, berkata tarikh bagi pengundian awal pula adalah pada 30 Jun.


Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas bagi PRK DUN Chini di ibu pejabat SPR, Putrajaya, hari ini.
PRK DUN Chini diadakan susulan kematian Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas di Bangsar, 7 Mei lalu.
Pada Pilihan Raya Umum 2018, Allahyarham selaku wakil Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi disandangnya dalam saingan tiga penjuru dengan majoriti 7,675 undi.

5 comments:

Anonymous said...

Maaf cakap tak blh ker stop kejap pasal politik ni, fokus pada Cara atasi covic 19 skang ni bile mane negara luar sane kes masih lagi semakin meningkat, see indon n singapore, tak yah pegi jauh, tgk senario covic19 skang ni sangat merisaukan, negara kita Kes menurun jangan terlalu selesa, percayalah, mengundi nak tak nak tak akan berlaku penjarakan sosial, berhimpunan untuk meraih undi, hari penamaan calon pun dah ramai berkumpul. percayalah mase ni bukan mase untuk berpolitik. Kesian la sket kat frontliner kita. Doktor, nurse, bomba, polis.

Anonymous said...

Kempen melalui whatsapp. Secara maya tak perlu kontak fizikal. New normal.

Anonymous said...

Mintak pastikan semua ahli pas pangkah calon umno. Pastikan kemenangan kerusi asal yg dimenangi umno. Ingat..tanpa umno tiada PN..tiada jwtn kalian. Wajib angkat kembali parti keramat melayu ni di tanahair semula.takbir

Anonymous said...

Kita hairan melihat puak PH sibuk berpolitik kerana mahu berkuasa di waktu rakyat sedang menderita kerana wabak covid-19. Bukankah ini menunjukkan PH tidak peduli tentang kebajikan rakyat ?

Nampaknya kerajaan PN adalah pilihan terbaik kerana kerajaan PN berusaha menjaga kebajikan rakyat.

Anonymous said...

Kerjasama PAS-UMNO-Bersatu dll berjaya menumbangkan PH. Maka tidak hairanlah RBA sibuk menyebarkan fitnah untuk memecah-belahkan umat Islam supaya umat Islam menjadi lemah.

Malang bagi RBA kerana umat Islam tidak percaya pada PH kerana PH telah kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu. RBA hanya menghabiskan dedak cap roket sahaja.

Tepuk ....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails