NAIROBI: Kesempitan hidup membuatkan seorang ibu tunggal di Kenya berpura-pura memasak batu untuk meyakinkan lapan anaknya bahawa dia sedang menyiapkan makanan.
Peninah Bahati Kitsao yang menetap di Mombasa berkata, dia berharap anaknya tertidur ketika menunggu makanan masak.
Ia selepas wanita itu tiada wang membeli makanan susulan kehilangan sumber rezeki akibat Covid-19,
Portal BBC News melaporkan sebelum pandemik melanda, wanita berkenaan bekerja sebagai tukang cuci pakaian.
Mereka sembilan beranak tinggal dalam rumah sempit dengan dua bilik, tanpa bekalan air dan elektrik.
Mereka sembilan beranak tinggal dalam rumah sempit dengan dua bilik, tanpa bekalan air dan elektrik.
Wanita itu berkata, lama-kelamaan anaknya yang kelaparan mengetahui lakonannya.
"Mereka beritahu mereka tahu saya menipu, tapi saya tak dapat buat apa-apa," katanya.
Kedaifan hidup keluarga itu terbongkar selepas jiran mereka, Prisca Momanyi menjenguk apabila kerap terdengar anaknya menangis.
Prisca terperanjat sebaik mengetahui jirannya kelaparan dan meminta bantuan media tempatan, Kenya NTV untuk melaporkan berita mengenai wanita itu.
Sejak itu, dia menerima pelbagai sumbangan daripada orang ramai termasuk wang belanja dan kini memiliki telefon bimbit. (Agensi)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Berlaku Semasa Khalifah Islam Umar Khattab RA.
Berlaku pada suatu malam, Khalifah Sayyidina Umar ra. melakukan kebiasaan rutinnya, iatu berjalan bersama pengawal nya yang bernama Aslam, untuk "memata-matai" nasib rakyatny. Bahkan seringkali sampai ke wilaah pinggirn kota.
Tiba-tiba di sebuah dusun kecil terpencil, sayup-sayup telinga mereka menangkap suara tangis anak anak kecil. Tak lama kemudian, tangisan berhenti, namun sebentar kedengaran lagi..
Setelah mereka yakin arah suara tangis itu tadi, pelan-pelan mereka pun mendekati sebuah rumah rakyatnya. Mereka melihat seorang ibu, dengan wajah yang muram menghadap ke sebuah periuk yang di atas satu panggangan api, sedang memasak sesuatu. Di sebelah ibu itu ada dua anak kecil yang sedang menangis sambil mememang di baju ibunya.
Sambil berteriak "Mak lapar mak!" Sesekali ibu itu menghadap periuk itu dan mengaduk-aduk sesuatu , mulutnya bicara pelan kepada anaknya, "Diamlah wahai anakku. Tidurlah kamu sesaat, sambil menunggu bubur segera masak."
Mendengar hibur ibunya, anak-anak itu pun dapat tertidur sesaat. Namun, tak lama bangun lagi, dan si anak menangis lagi. Si ibu kembali berlagak, pura-pura mengaduk periuk itu sambil menghibur pilu., "Diamlah wahai anakku. Tidurlah kamu, ibu sedang memasakkan makanan untukmu."
Peristiwa itu terjadi berulang kali. Melihat adegan ganjil ini, Khalifah umar ra. lantas bertanya dalam hati: apa gerangan yang dimasak itu? Dan kenapa masakan si ibu itu tak masak masak? Sayyidina Umar bersama pengawalnya pun pelan-pelan mendekat, lalu mengetuk pintu pelan di daun pintu sambil mengucapkan salam, "Assalamu'alaikum."
Si ibu itu pun menjawab, "Wa'alaikumusalam," dan membukakan pintu. Dia pun bertanya dengan penuh curiga di dalam hatinya, "untuk apa tengah malam ada lelaki asing bertamu ke rumahnya?"
Umar lantas bersegera melontarkan pertanyaan tentang apa yang sedang di masak si ibu, dan apa penyebab anak-anaknya tak henti-hentinya menangis pula.
Dengan suara lirih, ibu itu menjawab, “Aku memasak batu-batu ini untuk menghibur anakku. Inilah kejahatan Khalifah ‘Umar bin Khaththab. Ia tidak mahu melihat ke bawah, apakah keperluan rakyatnya sudah dipenuhi belum. Aku seorang janda. Sejak pagi, aku dan anakku belum makan apa-apa. Jadi ia kusuruh berpuasa, dengan harapan ketika waktu berbuka kami mendapat rejeki. Namun ternyata tidak. Sesudah maghrib tiba, makanan belum ada juga. Anakku terpaksa tidur dengan perut kosong. Aku mengumpulkan batu-batu kecil, memasuk ke dalam panci dan kuisi air. Lalu batu-batu itu kumasak untuk membohongi anakku, dengan harapan ia akan tertidur lelap sampai pagi. Ternyata tidak. Mungkin kerana lapar, sebentar-sebentar ia bangun dan menangis minta makan.”
Oleh kerana pada zaman itu, tidak semua rakyat di Madina yang tahu rupa wajah Amirul Mukminin Sayyidina Umar. Cuma rakyat yang tinggal di berdekatan kota yang kenal, tetapi yang tinggal berjauhan cuma kenal nama pemerintah mereka. Jadi tidak hairan jika ibu itu tidak kenal rupa Sayyidina Umar dan tidak tahu bahawa lelaki asing itu adalah sebenarnya Sayyidina Umar.
Mendengar penuturan si ibu, Aslam berniat menegur perempuan itu. Namun Khalifah ‘Umar sempat mencegah. Dengan air mata berlinang Umar bangkit dan mengajak Aslam cepat-cepat pulang ke Madinah. Sambil berjalan dari rumah itu, dia menangis dalam hati, memohon ampun pada Ilahi, kerana dia melihat dia sudah gagal sebagai pemerintah yang adil.
Dan dia takut, Allah akan murka pada Hari Kiamat. Sayyidina Umar bergegas ke Baitulmal dan lalu mencedok beberapa gandum dan memasukkan ke dalam sebuah guni. Pengawalnya yang melihat Umar berasa curiga kenapa dia membuat sedekemian. Dia pun mengangkat sendiri guni gandum itu. Lalu pengawalnya berkata "Wahai Amiru Mu'minin, biar aku sajalah yang mengangkat karung ini." kerana merasa bersalah.
Dengan wajah merah padam lalu Sayyidina Umar menjawab, "Apakah kamu mahu menggantikan aku menerima murka Allah akibat membiarkan rakyatku kelaparan? Biar aku sendiri yang memikulnya kerana ini lebih ringan bagiku dibanding siksaan Allah di akhirat nanti."
Pengawalnya terdiam atas jawapan Umar. Mereka pun jalan kembali ke rumah ibu tadi. Akhirnya, sampailah Umar di rumah buruk tadi. Amirul Mu'minin terus masuk dan lalu memasakkan sebagian gandum yang dibawanya, dan menyuruh ibu untuk mengejut anak-anaknya itu. Ibu itu terus mengalir air mata kerana tidak sangka lelaki asing itu sangat baik sekali untuk bantu.
Setelah masak, Sayyidina Umar pun mengajak keluarga yang miskin itu untuk makan. Sambil melihat mereka makan, Umar duduk tersenyum dalam hatinya. Hatinya berasa sangat lega kerana melihat anak-anak kecil itu kembali gembira. Sejurus berikutnya, Umar berpesan agar esok harinya anak dan ibu datang ke Baitul Mal menemui Umar untuk mendapatkan makanan dari negara.
Ibu itu pun mengucapkan terima kasih, lalu berkata "Engkau lebih baik dibanding khalifah Umar.."
Esok hari itu, datanglah ibu itu ke Baitul Mal. Umar pun menyambut dengan senyum bahagia. Ketika ibu itu melihat wajah Khalifah, dia menyedari bahawa orang yang membantunya semalam adalah Umar Amirul Mu'minin.
Wajah ibu itu seketika pucat pasi dan tubuhnya gemetar, setelah tahu bahawa lelaki dihadapannya adalah Khalifah Umar bin Khatab. Dia kelihatan ketakutan sekali, apalagi telah mengatakan dzalim kepada beliau.
“Aku mohon maaf!” tangan dan kakinya gemetar. Selama ini ia belum pernah tahu wajah khalifah Umar hanya mendengar saja dari orang lain. Kini pemimpin besar umat Islam itu ada dihadapannya, betapa hatinya kecut. Ia telah menyumpahi dengan kata-kata dzalim kepada beliau. Ia sudah siap menerima hukuman yang akan ditimpakan.
“Ibu tidak bersalah, akulah yang bersalah selama ini. Aku berdosa membiarkan seorang ibu dan anak kelaparan di wilayah kekuasaannku, bagaimana aku akan bertanggungjawab dihadapan Allah? Sudi kiranya Ibu memaafkan aku?” ucap Khalifah dengan rasa penyesalan mendalam.
Wanita itu terdiam, tidak keluar sepatah katapun. Ia masih belum percaya kalau lelaki gagah itu adalah Khalifah Umar bin Khatab yang sangat ditakuti dan disegani kaum muslimin. Beliau masih sempat datang membawa makanannya sendiri sekedar untuk memenuhi keperluan makanan wanita dan anaknya yang kelaparan.
Ibu memasak batu juga berulang di Cianjur, Indonesia
Rabu, 4 November 2015 06:23Reporter : Aryo Putranto Saptohutomo, Andrian Salam WiyonMerdeka.com - Di masa kepemimpinan sahabat Nabi Muhammad S.A.W, sekaligus Khalifah, Umar bin Khaththab R.A., terselip kisah pilu. Cerita tentang seorang warganya yang hidup dalam keadaan sulit.
Kisah seorang ibu merebus batu buat menenangkan anaknya dari kelaparan. Ternyata cerita itu terulang di masa kini. Tepatnya di sebuah desa kecil di Kecamatan Cilaku, Kabupaten Cianjur, Jawa Barat.
Adalah pasangan suami istri Andun Suherman (45) dan Iyah (33), yang hidup dalam himpitan ekonomi. Mereka sengaja merebus batu karena anak-anaknya yang tinggal di gubuk reyot merintih tak sanggup menahan lapar.
Iyah lantas berpikir keras buat memenuhi keinginan anaknya. Dia lantas mengambil sebuah batu dan merebusnya. Lalu dia mengatakan kepada anaknya sedang memasak telur. Anaknya pun senang. Namun saat menunggu, mereka akhirnya terlelap dan lupa dengan rasa lapar.
Kabar menyedihkan itu disampaikan kepada Kapolres Cianjur, AKBP Asep Guntur Rahayu. Asep lantas penasaran dan mencari tahu soal kehidupan Andun dan Iyah, serta anak-anak mereka. Dia lantas menggagas pembangunan rumah Andun supaya lebih layak ditinggali.
"Jadi awal mulanya empat bulan lalu, ada teman saya yang menceritakan hal tersebut ke saya. Katanya ibunya sampai rebus batu sampai anaknya tidur, teman saya juga bilang gubuknya sudah reyot, kaya mau rubuh," kata Asep Guntur saat berbincang dengan merdeka.com, kemarin.
Kemudian terlintas di benak Asep ide merenovasi rumah milik Andun. Dia lantas bergerak dan melobi beberapa pihak ikut membantu kondisi pasutri sudah dikaruniai tujuh anak itu.
"Di situ ada semacam dana untuk urunan dari enam orang. Kita di situ ada kepala BPN Cianjur, Perumnas, saya sendiri, dan sisanya donatur," ujar Asep.
Sekitar sebulan mengurus izin dan lainnya, lahan milik warga setempat bernama Kilin akhirnya dihibahkan. Namun dengan imbalan tanahnya mau diterbitkan sertifikat oleh Asep. [ary.Id]
Di Malaysia pun ada begini, atau begaimana?
5 comments:
TERKESAN DENGAN AL-KISAH, KITA PATUT BERSYUKUR MASIH ADA MAKANAN.
Hebat sungguh pemimpin Islam zamaln awal.. bukan macam pemimpin kafir PH..
Aku tidak pernah melihat atau mendengar pemimpin PH bersikap seperti Khalifah Umar bin Khaththab R.A. yang sangat menjaga kebajikan rakyat.
Inilah perbezaan yang sangat jelas antara pemimpin Islam tulen dan pemimpin kafir Harbi, sekular, liberal, pluralisme dll.
Bang non sebuk nyusun strategi nak jadi pm. Mana sempat nak jaga rakyat. Yg penting jaga hati sekutu dari dap.
Bukan semua masalah rakyat diketahui dengan jelas oleh para pemimpin atasan,rakyat berjuta dengan berbagai masalah..di sinilah peranan pemimpin bawahan...peringkat kampung,daerah dan negeri..semua perlu bekerjasama tanpa mengira politik ,ras dan kepercayaan agama.
Post a Comment