Saturday, May 09, 2020

Roket Mula Menyesali Parti Sendiri.


Sila lihat tulisan pemimpin DAP ini..
'Melancarkan semula PH, memperbaharui semula tekad'
Oleh Nor Miswary Ramli  
T/Pengerusi DAP cawangan USJ, 
Subang Jaya


Kita tidak mempunyai peluang kali kedua. Masa untuk merungut akibat kegagalan menghidu dan mengekang kerja jahat Langkah Sheraton wajar dihentikan segera. Kita hanya ada satu pilihan sahaja iaitu kembali berpakat dan memperbaharui tekad kerjasama yang masih berbaki.
Persoalan yang agak kritikal adalah bagaimana kita boleh mendapat kepercayaan rakyat semula? 
Kenyataan bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad; Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung, DAP Lim Guan Eng baru-baru ini harus dijadikan batu asas pertama untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya. Ia petanda PH tidak keletihan politik.
Kenyataan oleh Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menyifatkan parti itu perlu kembali bersama PH berbanding menyertai Perikatan Nasional (PN) berikutan kedudukan kerjasama politik yang tidak menentu antara Bersatu, UMNO dan PAS. 
Malah Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang telah sebulat suara menolak cadangan agar parti itu menyertai gabungan PN menjadi kayu pengukur bahawa gabungan parti-parti yang membentuk kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan sahaja tidak disenangi oleh rakyat dan pemimpin pembangkang malah ditolak oleh parti yang menjadi sebahagian daripada kerajaan pada hari ini. 
Kesediaan Anwar yang menyambut baik hasrat Mukhriz tersebut sudah boleh membingkai kesungguhan PH untuk memperbaiki kerjasama ini mendepani PN, Muafakat Nasional atau apa pun nama parti baharu sekali pun di dalam pilihan raya umum (PRU) yang akan datang. 
Biarpun ramai yang lebih berminat agar kita mengambil kesempatan akibat kegagalan menteri atau timbalan menteri PN hari ini terutama ketika berhadapan krisis ekonomi atau sikap berpolitik dalam mengagihkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan kesan pandemik Covid-19 ini, saya tetap percaya kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia dalam membuat penilaian. 
Mereka memilih Pakatan Harapan semasa PRU ke-14 yang lalu kerana kesepakatan kita memegang pada satu tali dan mengusung agenda yang sama. Nada pemimpin kita ketika itu gemanya seirama. Rakyat terpesona melihat kerjasama yang tidak pernah terjangkau oleh mereka beberapa dekad sebelum itu. Selain daripada faktor kebobrokan dan kebejatan yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Razak dan kesannya kepada ekonomi serta rakyat – muafakat ahli PH juga turut memberi sumbangan yang besar dan signifikan. 
Sungguhpun terdapat beberapa tokoh yang dahulunya juga disanjung dan diyakini seperti harapan yang dipanjangkan di dalam tulisan ini, namun inilah yang disebut selalu oleh orang tua kita sejak zaman berzaman – buangkanlah yang keruh, kerana yang jernih kini semakin jelas kejernihannya. 
Akan tiba masanya nanti menteri kanan atau kiri itu sendiri akan berdepan dengan rakyat yang pernah memberi mereka kepercayaan dulu. Saya tidak sanggup menanggapi dengan apa-apa tanggapan. Membayangkannya pun saya tak mampu dan tak sanggup. Biarlah parti baharu mereka yang akan menguruskannya kelak. 
Jika sayap pemuda Bersatu, Armada juga telah memperlihatkan keyakinan mereka untuk kembali bersama PH, saat ini, kita hanya perlu mengumpul sisa semangat yang masih ada dan melancarkan semula PH yang lebih segar dan lebih jujur. Memperkenalkan wajah-wajah muda, baharu dan energetik kepada rakyat tanda kita benar-benar bersungguh untuk memulakan semula perubahan. 
Undi orang muda, mereka yang belum pernah mengundi, yang atas pagar dan yang sedang memerhati tingkah laku orang lama berpolitik sehingga memporak-peranda Malaysia yang bakal mereka warisi akan menjadi penentu hidup mati masa depan PH. – Roketkini.com

Komen Weblog Ibnu Hasyim: DAP mula menyesali partinya sendiri. Antaranya, telitilah kata-kata di atas ini...

  • 'Kita tidak mempunyai peluang kali kedua.'
  • 'bagaimana kita boleh mendapat kepercayaan rakyat semula? '
  • Datuk Seri Mukhriz Mahathir 'menyifatkan parti itu perlu kembali bersama PH..'
  • 'Kesediaan Anwar yang menyambut baik hasrat Mukhriz tersebut sudah boleh membingkai kesungguhan PH untuk memperbaiki kerjasama ini..'
  • 'buangkanlah yang keruh, kerana yang jernih kini semakin jelas kejernihannya.'
  • 'Akan tiba masanya nanti menteri kanan atau kiri itu sendiri akan berdepan dengan rakyat yang pernah memberi mereka kepercayaan dulu. Saya tidak sanggup...'
Ya, jelaslah dengan bukti-bukti ini..
Kenapa Pakatan Harapan Didominasi Dap Perlu Ditolak Rakyat Malaysia

Rumah dirobohkan dengan tangan sendiri
“Mereka merobohkan rumah-rumah mereka dengan tangan-tangan mereka dan tangan orang-orang beriman. Maka ambillah pengajaran wahai orang yang mempunyai pandangan jauh”
(al-Hasyr: 2)

33 comments:

Anonymous said...

https://inforakyat.net/pas-umno-mula-hilang-sokongan-pengundi-melayu/

PAS UMNO mula hilang sokongan pengundi Melayu...Beralih kpd PH..

Anonymous said...

Speaker Dewan Rakyat sudah terima usul Tun mahathir undi tak percaya kpd Muyiden dan PN...

Peluang untuk PN tumbang....menteri Pas balik kampong..

Anonymous said...

Saifuddin nasution kata setiap bulan 10 000 menyertai pkr. Habislah ahli umno dan pas. Semua jadi ahli pkr. Semua dah setuju jadi ahli parti liberal.

Anonymous said...

DARI SUDUT CAP MUNGE

PEMUDA PPBM (ARMADA) PERAK: PENGKHIANAT SEBENAR KEPADA MAHATHIR IALAH PAKATAN HARAPAN

Armada Bersatu Perak juga mahu menyatakan bahawa pengkhianat kepada Pengerusi Bersatu Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Pakatan Harapan yang didokongi oleh PKR, DAP dan Amanah. Ketiga-tiga parti ini DAP dan PKR tidak berhenti-henti mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan Perdana Menteri.

Goyang! 144 Dari 191 Bahagian ARMADA BERSATU Memberontak!

144 daripada 191 ARMADA BERSATU Bahagian, sokong Perikatan Nasional

DARI SUDUT PKR@ANWAR

PH TIDAK PERNAH PERALATKAN BERSATU. BERSATU TELAH MERANCANG AWAL UNTUK KHIANAT

Parti Bersatu telah buat keputusan dlm mesyuarat tertinggi 23hb Februari sehari sebelum Langkah Sheraton took place on 24 Februari. Konon-konon Tun Mahathir berlakon tak setuju. Konon-konon Tun Mahathir sedih ada pemimpin bersatu tak pegang pada janji untuk mengaburi mata PH supaya tidak menggambarkan sebuah wayang.

Fakta yang sahih adalah Bersatu yang memohon untuk menyertai PH.
Benarkah PH memperalatkan Bersatu? Bersatu yang memperalatkan PH. Setelah PH berjaya menjadi kerajaan selepas PRU14 yang lalu, tidak cukup dengan jawatan PM yang diberikan kepada Bersatu walaupun mendapat kerusi paling sedikit iaitu 13 Kerusi Parlimen daripada kerusi terbanyak yang diberikan kepada Bersatu iaitu 52 kerusi, Bersatu memilih untuk khianat pada PH. Siapa peralat siapa untuk berkuasa? PH punyai perjuangan lebih jauh, bukannya untuk menjatuhkan Najib.

Deklarasi Rakyat gagal dan menjadi ‘hangat-hangat tahi ayam’ kerana tidak mendapat bantuan dari PH. Tun M dan balacinya Khairuddin Abu Hassan patut malu di atas kegagalan tersebut.

Sejak Tun mula melangkah ke pejabat PM! Skandal demi skandal bermula dengan Bank Bumiputra merubah politik sihat negara kepada khianat tikam menikam menjadi halal demi kuasa. Politik merchivillion politik menghalalkan cara. Justic end by means..

Tun , Boboi dilucut dari PPBM ke mana anak beranak nak pergi ni...!?

Keahlian Mahathir, Mukhriz dlm PPBM terlucut? Fasal 10.2.3 Perlembagaan BERSATU menyatakan keahlian seseorang ahli parti tergugur jika ingkar peraturan parti, termasuk menyertai gabungan parti lain. Berisiko terlucut keahlian BERSATU ialah Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Syed Saddiq dan barisan EXCO nya

Dr Mahathir menandatangani Kenyataan Bersama PH kapasiti sebagai Pengerusi BERSATU bersama Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN)Shafie Apdal; PKR Anwar Ibrahim; PAN Mohamad Sabu dan DAP, Lim Guan Eng bertarikh 4 Mei lalu.

ANWAR KETUAI BARISAN PEMBANGKANG

DS Anwar Ibrahim pula mengakui namanya dimaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat dan Majlis Presiden Pakatan Harapan mencalonkan beliau sebagai Ketua Pembangkang.

KESIMPOLAN SIAPA KHIANAT SIAPA

144 daripada 191 ARMADA BERSATU Bahagian, sokong Perikatan Nasional
Atok, Boboi dan Syed Saddik nak pi mana sekarang ni...!!??

Kesian depa anak beranak fitnah si lidah bercabang kita kasi tepokkkk dolu..!! Dolu pakat pakat bikin wayang konon berbaik skg belum nak baik balik sudah haru biru...

Tun sebagai Pengerusi, Boboi dan ketua Armada Syed Saddik hilang kawalan dalam Bersatu...!?

Tun Mahathir are you sorry or worry? Kamu bukan insaf tetapi takut! Kamu takut kerana kamu tiada kuasa lagi, kamu gerun jika Anwar menjadi Perdana Menteri.!!

Sekarang Tun bukan ketua mana mana kumpulan, Tun sekadar pengikut sahaja. Mahu kah Tun sekadar pengikut pada Brother Anwar Bin Ibrahim..!? Ohhh Tidakk , saya ulangg..!!

Haahh Tepokk..!! Politikus lusui dan usang boleh beramboss..!!

Anonymous said...

Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa kerajaan melaksanakan syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung urus niaga mata wang asing (Forex) melibatkan Bank Negara pada 1990-an.

“Ia adalah satu perkara yang serius kerana RM30 bilion kerugian ditanggung kerajaan kerana perdagangan forex yang kita tidak sepatutnya terlibat sejak awal lagi,” kata bekas menteri kewangan itu.

Suruhanjaya itu juga percaya Perdana Menteri pada masa itu telah memberi lampu hijau terhadap kenyataan mengelirukan yang dikeluarkan menteri kewangan.

Menteri kewangan pada masa itu adalah Anwar Ibrahim manakala perdana menteri ialah Dr Mahathir Mohamad.

Anonymous said...

usul undi tak percaya yang dicadangkan oleh Tun Mahathir terhadap Muhyiddin diterima oleh Speaker Parlimen, Mohamad Ariff Md Yusof untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.

Rata-rata orangramai menyambut baik usul tersebut, bukan saja kerana ia dibenarkan oleh perlembagaan, malah juga untuk mengesahkan kedudukan Muhyiddin selaku Perdana Menteri yang disebut oleh Hadi Awang, memperolehi jawatan tersebut melalui tebuk atap.

Muka2 lelabi dlng kabinet dapo ataph tuh pucat lesi dengo bita uso ditime speka, guane speka nih!!!

Anonymous said...

UMNO tidak pernah puas hati dan sentiasa memberi tekanan kepada Muhyiddin kerana lebih mahukan PRU diadakan segera bagi membolehkan mereka bersama Pas dalam MN menjadi kerajaan dan mentadbir negara ini sebagai ketua berkelas pertama semula.
Untuk itu, terdapat kecenderungan yang nyata bahawa UMNO mungkin memberi sokongan secara diam-diam kepada usul Tun Mahathir ini.
Namun, sokongan mereka bukanlah untuk membolehkan PH berkuasa semula, tetapi dengan harapan Muhyiddin akan membubarkan Parlimen.

alamaq lutut ana dah mengeletaq la bro ibunu...........

Anonymous said...

Ko burung kakak tua..pandai sebut tapi tak tau menatang ape liberal..

Pas dan umno dah lama liberal....arak judi zina lgbt bebas...

Anonymous said...

Apa nak kecuh. DAP, MCA, PAs, ke amanah bersatu umno semua parti tu sama saja. Takdak satupun yg mengangkat sistem islam. Masing2 berpaksikan sistem yg dicipta yahudi barat demokrasi utk ke tampuk kuasa. Apa ada hal.puak penyembah undi.parti yg berjuang utk ratu england.hahaha

Anonymous said...

Kerana madey kencing rakyat dan mungkir janji kpd anwar....

Madey bukan pengerusi PH lagi....madey kena potong stim dgn muyidin pakar tebuk atap..

Anonymous said...

Dapat jawatan lobai pas terus bisu dan pekak..judi arak zina lgbt riba terus boleh operasi..


Blm dapat jawatan geger sekampong nak tutup semua yg haram kununnye.....pas tai koo cing..

Unknown said...

Kat masyar nanti cari aku ye, aku nak tanya depan Allah sesat ya aku, arwahyarham harun din, arwahyarham ismail kamus, arwahyarham Nik aziz, arwahyarham ishak baharu yg semuanya mati sebagai ahli PAS kat mana sesat ya sebagaimana yg engkau dakwa

Anonymous said...

ko pi cari sindri ... mintak tokong teman skli

Anonymous said...

Memang la sistem parlimen demokrasi ni kerjanya bagi jawatan. Mana ada dicipta benda ni nak hapuskan arak pelacur judi dll. Kan kita dibawah naungan demokrasi.kasi bikin la undg2 islam..kalu boleh. Kahkah

Anonymous said...

Dah tua dah madey dan nuar. Banyak ragam.

Anonymous said...

Perodi ucapan Tun semasa memperingati kemenangan PH

Demi Boboi andai masa mencemburui kita dan masa tiada lagi bersama ako...

Kedudukan boboi sebagai Menteri Besar Kedah dalam keadaan terancam, dalam kes ini, bukanlah PAS yang menjadi parti pembangkang terbesar di kedah mengancam kedudukan boboi, tapi yang mengancam tu adalah kawan-kawan boboi sendiri dalam PH.

Kedudkan boboi di kedah seperti teloq dihujung tanduk, bila-bila masa boleh jatuh pecah, jadi untuk menyelamatkan boboi dan memastikan kedudukan boboi tidak terancam, maka apak mu akan buat perangai lagi.

Itu je yang sebenarnya, kenapa apak mu meroyan lain macam kali ni, pasal nak pastikan boboi ada jawatan tinggi baik dalam negeri atau negara.

Perjuang Apak hanya untuk boboi je, tak ada sebab lain, kalau apak mu kata dia berjuang kerana rakyat, itu bullshit, masa apakmu jadi pm ari tu, apak suruh rakyat di suruh ikat perut, sedangkan kroni apak dan anakcucu apak anugerah kan projek berbillion-billion, kalau apak kata apak nak berjuang nak lawan rasuah, sebenarnya apaklah segala kepala rasuah yang ada kat negara ni, habis semua kes-kes rasuah pemimpin PH apak arahkan AG untuk buang kes, kemudian apakmu akan buat-buat terkejut.

Apa apa yang berlaku jawab 'tatau'

sekian

Boboiku
dari ApakMu

Anonymous said...

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad turut bersama dalam usaha membawa Bersatu keluar dari Pakatan Harapan, dakwa Ketua Penerangan Bersatu, Radzi Jidin.

Radzi berkata Dr Mahathir cuma mengubah fikiran pada saat-saat akhir.

“Saya juga ingin menjelaskan kepada ahli-ahli Bersatu bahawa perancangan untuk membawa Bersatu keluar dari PH dan membentuk sebuah gabungan politik baru diketahui dan disokong oleh Tun (Dr Mahathir) sendiri.

“Hanya di saat-saat akhir di mana perancangan ini sepatutnya dilaksanakan, Tun mempunyai pendirian yang berbeza dengan pendirian parti,” kata Radzi pada suatu kenyataan hari ini.

Anonymous said...

Penghujung karier pm ke 4, pernah letak jawatan depan public kerana tidak tahan dengan kutukan rakyat. Rakyat tidak tahan kerana pm ke4 selalu bercakap bohong dan suka mengugut.

Lagi sekali semasa jawat pm ke 7, letak jawatan kerana bercakap bohong. Kali ini didesak oleh sekutu terutama dari dap. Itu lah madey, sorang yg kuat bercakap bohong.

Anonymous said...

Suma mp pas dpt habuan. Tuan blogger dapat apa?

Anonymous said...

Aku tak peduli atok ka, nuar ka,jemin ka...skrg aku nk tnya barua-barua pas, hudud sm ruu355 apa citer??

Anonymous said...

Berat tuduhan tu. Semua mp pas dapat habuan. Lebih kurang tuduh 90 juta. Modal berhikmah pada kaldai dah lama pupus. Hidup dengan fitnah jerlah. Akibat terlalu taksub dengan pemimpin liberal dan kafir dap.

Anonymous said...

“Negara pula dikejutkan dengan isu penjualan MyKad kepada warga ***CHINA***di Pulau Pinang pada tahun lalu menggunakan data individu yang sudah meninggal dunia, membabitkan Pengarah JPN negeri sendiri. Seramai 1,047 turut dikesan memiliki MyKad asli menggunakan data orang lain.

“Isunya, MyKad berkenaan adalah asli tetapi menggunakan data rakyat untuk semua akses termasuk memohon kemudahan warganegara seperti pasport, perniagaan, pemilikan hartanah, pendidikan, perubatan dan paling membimbangkan ia digunakan untuk jenayah,” katanya kepada wartawan.

Anonymous said...

Turut memburukkan keadaan bagi kumpulan penyokong Mahathir ialah ketidaktentuan politik di Kedah, di mana anak beliau, Mukhriz menjadi menteri besar.

Wujud spekulasi bahawa Mukhriz semakin kehilangan sokongan Adun PPBM di negeri itu selepas kebanyakan pemimpin negeri berkenaan memihak kepada Muhyiddin dalam usahanya membentuk gabungan politik baru dengan Umno dan PAS.

Anonymous said...

Kaldai yg bertanya tn blogger dapat apa: yg bertanya tu dapat apa pulak?? Mungkin Nafkah dari dap atau parti liberal atau dosa.

Anonymous said...

Cerita jer lebih...kali ke 2 Pas berangan nak kerusi mb...

Dah kena usul undi tak percaya semua diam...mukeriz masih mb...

Kecian Pas yg gelojoh..

Anonymous said...

Pegawsi yg menyeleweng sudah didakws...tiada kaitan dgn parti politik kerana pegawai yg dapat habuan...

JPN bawah muyiden masa PH...

Anonymous said...

Kes lobai pas terima 90 jota blm berakhir...kalau tak terima kenape tak saman SR sampai habis?...

Setengah jalan lobai pas tarik brek emerjensi...pengecut...

Anonymous said...

Umno liberal dgn judi arak zina riba dan lgbt...pas menentang semua yg haram..

Dah join Umno dlm kerajaan PN pas tutup mata dan telinga kerana sayangkan habuan dunia...pas turut jadi liberal...hilang semua perjuangan islam...islam jadi alat untuk dapat habuan...

Pru15 Pas nak perjuang amenda?..

Anonymous said...

Lobai Hadi dah pekak dan bisu sejak dapat 85 ribu sebulan..

Anonymous said...

Ape pon madey kena sokong anwar dan PH yg mahu tampal lubang atap yg ditebuk oleh muyiden hadi dan azmin..

Anonymous said...

Ahli MPT Bersatu bertelagah mengenai keputusan mesyuarat MPT...

Muyiden tak dapat sokongan padu MPT Bersatu.

Anonymous said...

Madey bukan pengerusi PH lagi..

Anonymous said...

Yg menjawab daoat ape plak?... Jadi barua mca 2 kelusi...kikikikik..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails