Friday, May 15, 2020

Solat Jumaat di 25 masjid, 31 surau dalam Wilayah Persekutuan

Jemaah menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung penularan wabak COVID-19. - Foto Asyraf Hamzah
Solat Jumaat di masjid Nehara KL.
KUALA LUMPUR: Selepas lapan minggu ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebanyak 25 masjid dan 31 surau dalam Wilayah Persekutuan Kuala lumpur, Putrajaya dan Labuan hari ini mengadakan solat Jumaat.
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Ajib Ismail, berkata semua masjid dan surau yang dibenarkan mengadakan solat Jumaat berada dalam zon hijau.



"Jemaah pula terdiri daripada kakitangan masjid dan surau serta kariah yang dibenarkan untuk mendirikan solat secara berjemaah.
"Sudah tentu semua perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan termasuk penjarakan sosial," katanya ketika ditemui di Masjid Negara hari ini.
Sementara itu, tinjauan BH di Masjid Negara mendapati seramai 30 jemaah terdiri daripada kakitangan masjid berkenaan dan JAWI menunaikan solat Jumaat.
Solat itu diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Husni.
Terdahulu, semua jemaah diwajibkan menjalani pemeriksaan suhu dan merekodkan maklumat peribadi mereka sebelum dibenarkan memasuki ruang utama solat.
Bagi mematuhi penjarakan sosial pula, jemaah bersembahyang dalam jarak satu meter antara satu sama lain dan memakai pelitup muka.
Solat Jumaat berlangsung dalam tempoh lima minit dengan imam membacakan khutbah ringkas mengenai bahaya dan ancaman COVID-19.
Malah, jemaah juga tidak dibenarkan mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas menunaikan solat Jumaat.
Guru tahfiz, Ahmad Mujahid Salleh Sani, 35, yang juga imam jemputan Masjid Negara, menyifatkan kebenaran menunaikan solat Jumaat selepas sekian lama ditangguhkan sebagai kegembiraan yang tidak dapat digambarkan.
"Saya gembira dan teruja kerana terpilih untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara. Biarpun perlu mematuhi SOP ditetapkan, peluang diberikan adalah satu nikmat yang wajib kita syukuri," katanya.
Sementara itu, kakitangan Masjid Negara, Muhammad Noriman Kamaruddin, 27, berkata kelonggaran yang diberikan untuk menunaikan solat Jumaat serta solat berjemaah yang lain harus dimanfaatkan sebaiknya.
"Walaupun jumlah jemaah yang dibenarkan hanya kecil, itu tidak mengapa kerana sudah sekian lama solat Jumaat ditangguhkan berikutan penularan COVID-19.
"Saya berharap penularan virus ini dapat ditamatkan dan lebih ramai jemaah dapat menunaikan solat Jumaat serta solat berjemaah yang lain," katanya.(BH)

2 comments:

  1. Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir berkata, beliau mudah untuk menjadi mangsa pengkhianatan rakan disebabkan sikapnya yang terlalu mudah berbaik sangka terhadap individu yang mendampinginya.

    “Saya antara orang selalu baik sangka. Saya tidak suka gaduh-gaduh, berkelahi dengan orang, tetapi kadang-kadang ada orang beritahu saya, atas sifat itu saya kerap menjadi mangsa pengkhianatan, seperti yang saya lalui kebelakangan ini,” katanya dalam Wacana Pasca Covid-19, di Facebook Live malam tadi.

    Walaun unta kata Mukhriz ini orang nya terlalu baik mudah percaya orang sedangjan orang itu akan tikam belakang dia balik...

    Komen aku mudah ajer.. Mokhriz tu bukan terlalu baik tapi dua terlalu bangang memimpin...

    Haahhh tepokkk..!!

    ReplyDelete
  2. Apabila menteri agama membenarkan sebilangan masjid dan surau tertentu dibenarkan mengadakan solat fardhu Jumaat dll, maka tentera syaitan ternakan puak kafir Harbi menyalak dan meroyan histeria menghina dan menfitnah menteri agama seolah-olah mereka sangat benci agama Islam.

    Nampaknya puak kafir Harbi laknatullah semakin berani bersikap biadab dan kurang ajar campurtangan dalam urusan agama Islam dan umat Islam. Cukuplah 22 bulan puak kafir Harbi dan khadam liberal mereka menghina Islam dan menafikan hak umat Islam.

    Wahai umat Islam marilah kita semua bersatu padu menyokong dan mengundi parti Islam dan parti Melayu yang mahu membela agama Islam dan hak umat Islam dan menolak parti kafir Harbi DA-Pigs dan khadam liberal mereka dalam PRK dan PRU yang akan datang.

    Cukup-cukuplah 22 bulan kita ditindas oleh puak kafir Harbi dan khadam liberal mereka.

    ReplyDelete