Wednesday, May 27, 2020

Syarikat penerbangan terbesar Amerika Latin muflis

Gambar fail: Pesawat milik LATAM. - Foto AFP
Sikit Tazkirah Ekonomi: 
NEW YORK: Syarikat penerbangan terbesar Amerika Latin, LATAM memfailkan muflis di Amerika Syarikat (AS) berikutan kemerosotan perniagaan disebabkan wabak COVID-19, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Industri penerbangan global terjejas oleh wabak itu, kerana ia secara langsung dipengaruhi oleh penutupan sempadan dan sekatan pergerakan penduduk.

"Dengan impak krisis yang dicetuskan COVID-19 terhadap industri penerbangan, LATAM terpaksa membuat beberapa siri keputusan yang sangat sukar dalam beberapa bulan lalu," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roberto Alvo dalam satu siaran video.
"LATAM Airlines Group dan syarikat bersekutunya di Chile, Peru, Ecuador dan Colombia melakukan penyusunan semula sukarela di bawah perlindungan Bab 11 di Amerika Syarikat," tambah Alvo.
Prosiding Bab 11 membenarkan syarikat yang tidak lagi dapat membayar hutangnya untuk menyusun semula tanpa tekanan daripada kreditor.
Bulan lalu, syarikat penerbangan Chile-Brazil berkata syarikat itu mengurangkan operasi sebanyak 95 peratus sebagai tindak balas terhadap krisis kesihatan global.
Ia juga mengumumkan ratusan pemberhentian pekerja awal Mei.
"Proses penyusunan semula kewangan Bab 11 AS memberikan peluang yang jelas dan berpandu untuk bekerjasama dengan kreditor dan pihak berkepentingan lain untuk mengurangkan hutang kami, menangani cabaran komersial kami, sama seperti yang lain dalam industri hadapi," katanya.
Syarikat penerbangan itu berkata, tidak akan ada kesan langsung terhadap penerbangan penumpang atau kargo.
Sebelum wabak itu, LATAM terbang ke 145 destinasi di 26 negara, dengan operasi sekitar 1,400 penerbangan sehari. - AFP

Lihat Sebelum ini..
E-Buku IH-128: Sikit Tazkirah Ekonomi..
E-Buku IH-128: Sikit Tazkirah Ekonomi..

4 comments:

Anonymous said...

Maka inilah yang terjadi
Pada negara mu, negara ku sekarang
Yang menang jadi pembangkang
Yang kalah jadi kerajaan
Aneh bukan?
Suatu sistem demokrasi yang tunggang langgang

Anonymous said...

May 27, 2020 at 9:15 AM. Ini, antara geng 'jilat juboq gian end.
hiiiiiiiiii. jijik.

Anonymous said...

Otak RBA ternakan parti kafir Harbi DA-Pigs tunggang langgang kerana menyangka puak Pakatan Hancing yang tidak cukup ahli parlimen sepatutnya menjadi kerajaan dan PN yang mempunyai majoriti menjadi pembangkang.

Inilah kesan buruk dedak cap roket ke atas otak RBA. Otak komunis !

Anonymous said...

Sabar May 27, 2020 at 9:15 AM geng 'jilat juboq gian end'.
Ada ubi ada batas,
dulu masa PH berkuasa, eko buli semua blog Xsebulu eko. eko ugut guna nama polis dan macam2
sekarang eko jadi anjing kurap hi hi tumpang blog orang
hi hi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails