Saturday, May 23, 2020

Tak Dapat PM 8, Anwar Nak Rembat MB S'ngor Pula?


GERAKAN ANTI PKR: BAJET ANWAR YANG MENIPU.
ANWAR IBRAHIM, MENTERI BESAR SELANGOR KE-17?
Setelah tidak berjaya lagi untuk menjadi Perdana Menteri ke-8, semalam ada ura-ura bahawa Anwar Ibrahim akan mengorak langkah untuk menjadi Menteri Besar Selangor pula.

Mengikut khabar ini, seorang ADUN PKR yang setia kepada Anwar akan meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN lantas menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.

Ini seperti yang mereka telah lakukan dengan Langkah Kajang dan Langkah Port Dickson sebelum ini.


Biasanya saya tidak memberi banyak perhatian kepada khabar-khabar angin dan ura-ura.

Namun dalam hal ini saya lihat kini Anwar sedang terdesak untuk menyelamatkan partinya PKR setelah ramai wakil-wakil rakyatnya melompat parti, dan beratus-ratus pemimpin PKR dibuang serta ramai lagi yang keluar parti secara sukarela baru-baru ini.

Semua daripada mereka ini adalah pengikut-pengikut Azmin Ali, bekas Timbalan Presiden PKR dan bekas Menteri Besar Selangor yang kini telah bertukar parti ke Bersatu dalam kerajaan Perikatan Nasional.

Antara pengikut Azmin tersebut adalah Menteri Besar Selangor sekarang iaitu Amiruddin Shaari.

Amiruddin belum lagi melompat parti mengikut Azmin kerana dia (Amiruddin) pastinya risau akan tindakbalas ADUN-ADUN DAP dan PAN dalam Kerajaan PH Selangor yang akan menolaknya dan menjatuhkan kerajaan PH Selangor dan kedudukannya sebagai Menteri Besar sekiranya dia menukar parti.


Anwar tentunya tahu dia perlu mengukuhkan kuasanya dalam PKR setelah episod perpecahan parti di atas.

Untuk ini dia perlu mengambilalih dan mengawal sumber kewangan terbesar PKR secara langsung atau tidak langsung iaitu Kerajaan Negeri Selangor.

Untuk kelangsungan dan survival politiknya, dia tidak boleh membiarkan sumber kewangan ini dikawal oleh orang Azmin.

Tanpa sumber ini, cita-cita politik Anwar akan menjadi semakin malap.
Dua tahun lepas saya pernah menulis bahawa PKR menggunakan hasil cukai kerajaan negeri Selangor untuk membiayai dana politik mereka.

Selepas mengambil alih kerajaan negeri di Selangor dan Pulau Pinang, pemimpin-pemimpin Pakatan (PKR/DAP) telah memutuskan untuk menaikkan cukai negeri terutama cukai berkaitan hartanah, perumahan dan perniagaan.

Sejak itu, kenaikan kutipan cukai kerajaan negeri di kedua-dua negeri ini telah mencecah sehingga 400 peratus.

Semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN), hasil kutipan cukai yang dikutip oleh kerajaan negeri Selangor adalah tidak melebihi RM500 juta.

Namun sebaik selepas PKR mengambilalih Selangor, dalam tempoh beberapa tahun sahaja mereka telah mengutip lebih daripada RM2 billion cukai daripada rakyat, empat kali ganda lebih tinggi berbanding jumlah cukai yang dikutip oleh kerajaan sebelumnya.

Kos sara hidup di Selangor telah meningkat mendadak kerana peningkatan cukai yang dikenakan oleh kerajaan negeri tersebut.

Walaupun demikian, masalah-masalah asas seperti masalah air, masalah sampah sarap, masalah perparitan, masalah banjir, masalah denggi, masalah jalan berlopak dan sebagainya di Selangor masih terus berleluasa dan tidak diselesaikan.

Anwar pastinya tahu dia perlu mengawal sumber kewangan yang besar ini dan pada masa yang sama "membersihkan" orang-orang Azmin di negeri kubunya Selangor.

Untuk ini dia tidak ada banyak pilihan lain selain mengambilalih sebagai Menteri Besar Selangor yang ke-17 dan menendang orang Azmin keluar, sebelum dia (Anwar) boleh mengorak langkah seterusnya ke Putrajaya.

Dia tidak boleh lagi mengharap kepada orang lain untuk menjadi proksinya kerana dia telah banyak ditikam belakang sebelum ini.

Daripada 56 ADUN di Dewan Undangan Negeri Selangor, 16 ADUN DAP dan 8 ADUN PAN tentunya akan menyokong Anwar; Ini di samping lebih separuh daripada 19 ADUN-ADUN PKR yang masih setia kepadanya.

Allah selamatkanlah Negeri Selangor (daripada Anwar, PKR dan DAP).

ISHAM JALIL
22 Mei 2020

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Berapa banyak wang rakyat terpaksa dikeluarkan apabila mengikut selera pemimpin-pemimpin seperti Anwar dan keluarganya?

12 comments:

Anonymous said...

Maka sangat jelas pemimpin Pakatan Hancing telah menipu rakyat dengan pelbagai janji konon "Jika kita menang hari ini, esok kita turunkan harga minyak, hapuskan hutang PTPTN dan tol ... bla ... bla .... bla ... Kencing .... Kencing .... Kencing ... Saya ulang lagi sekali jika kita menang hari ini, esok kita akan (kencing rakyat) .... bla... bla... bla... "

Pakatan Hancing telah kencing rakyat dari dulu, kini dan selamanya !

RBA bahlol ternakan parti kafir Harbi DA-Pigs tetap menyokong puak munafiqun kerana diupah dengan dedak cap roket yang menjadi makanan kegemaran babi ternakan gian end.

Tepuk ..... !!!

Anonymous said...

Puak pengkhianat dan puak munafiqun dan puak kafir sahaja yang menyokong Pakatan Hancing pimpinan parti kafir Harbi yang telah menghina Islam dan menafikan hak umat Islam.

Anonymous said...

Inilah satu satunya ahli politik yg amal politik songsang. Tiada dalam sejarah wakil rakyat letak jawatan untuk beri laluan kepada presiden. Matlamat menghalalkan cara.

Anonymous said...

Artikel hampeh....

Anonymous said...

Dr. Mahathir akan dikenang dalam sejarah sebagai ahli politik yang paling banyak menghuru-harakan landskap politik tanah air.

Sikap keras kepala dan pendendam Dr. Mahathir menyebabkan beliau akan lakukan apa saja demi untuk memenuhi nafsu serakah beliau untuk terus kekal bekuasa dalam politik tanah air.

Ramai yan sudah menjadi mangsa nafsu serakah politik Dr. Mahathir.

Anonymous said...

DYMM Sultan Selangor pernah mengingatkan kita semua, apabila Dr. Mahathir marah, beliau akan bakar seluruh negara dengan kemarahan beliau.

Dan kini Dr. Mahathir sekali lagi marah kerana sejak bulan Februari lalu, apa saja yang beliau lakukan tidak memihak kepada beliau.

Anonymous said...

Setuju. Ini sebablah kita sbg PN mengangkat semula dszahid sbg pm slps pru. Dia insan terpilih yg tidak merosakan negara. Dia pemimpin islam sbnrnya. Lagipun sbg parti yg mmpunyai kerusi terbanyak, seharusnya sokongan penuh perlu drpd pas mca dn mic. Umno perlu mengetuai kerajaan. Allah telah takdirkan umno tidak akan lenyap.walaupun kalah pru lepas, umno tetap bangkit.

Anonymous said...

Cibai punya nik ajis. Dulu dia lah mati2 kerjasama dgn dap. Tanggung la skrg. Sanggup ludah muka kpd ahli yg nk gabung dgn umno. Nasib skrg ada hj hadi..dn bantuan najib sblm pru maka kita kembali kpd umnl

Anonymous said...

Zahid lebih baik dari mahathir. Zahid lebih baik dari anwar. Kerana dari blok pn.

Anonymous said...

Wah RBA ternakan parti kafir harbi DA-Pigs mempunyai ciri-ciri syaitan kerana suka menjilat pemimpin kafir harbi dan menfitnah dan menghina ulama Islam seperti TGN.

RBA adalah musuh Islam yang cuba melaga-lagakan parti Islam dan parti Melayu supaya umat Islam berpecah-belah dan menjadi lemah.

Anonymous said...

Wah RBA laknatullah sedang memainkan peranan syaitan memecah-belahkan perpaduan umat Islam kerana RBA ternakan DA-Pigs adalah musuh Islam.

Anonymous said...

Bkn la..dia nak jadi TYT. Apa brg mb

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails