PH tumbang di Kedah kerana pergelutan dalaman
KUALA LUMPUR: Perubahan tampuk pemerintahan negeri Kedah bukan berlaku kerana kegelojohan atau kerakusan PAS atau rakan-rakan parti politik yang membentuk Perikatan Nasional, tetapi berpunca oleh pergelutan dalam Pakatan Harapan.
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengakui bahawa perubahan di Kedah berlaku lewat berbanding Johor, Melaka dan Perak setelah terdahulu perkara sama ke atas Kerajaan Persekutuan, di mana diibaratkan beliau seperti buah durian.
“Durian tak luruh lagi, kan? Kalau kita pergi kait, mungkin tak boleh makan, tak masak, tak ada isi lagi. Jadi yang berlaku baru-baru ini ialah durian dah luruh. Jadi bila durian dah luruh, berlakulah proses ini (perubahan kerajaan).
“Orang pergi kutip, orang belah, orang perisi, orang buat serawa, orang makan. Ini proses-proses bila durian luruh. Kita ambil masa yang panjang, dua bulan beza dengan Johor. Johor yang mulakan, kita ambil masa yang panjang, tak mahu gopoh, tak mahu menimbulkan kerisauan, keresahan di kalangan rakyat.
“Saya yakin kalau kita terlalu pulun (kejar dalam politik, nak pejatuh orang, nak ambil kuasa, nak tukar kerajaan ini, rakyat akan cemuih (meluat). Saya nak elak rakyat cemuih. Dan kita nak didik rakyat, biarlah proses politik ini berlaku secara alami.
“Bukanlah kita direkayasa keterlaluan sehingga menyeret rakyat masuk dalam kancah ini. Rakyat boleh maintain menjalani kehidupan masing-masing, biar orang politik buat adjustment sikit-sikit walaupun lambat akhirnya jadi apa yang kita hendak,” jelasnya.
Beliau mengupas isu tersebut sebagai menjawab pertanyaan moderator dalam satu temubual eksklusif bersama MalaysiaGazette di sebuah hotel di Ibu Negara, di sini baru-baru ini.
Menurutnya, perebutan di dalam Pakatan Harapan yang menyebabkan parti-partinya berantakan telah menyebabkan durian tersebut akhirnya luruh. – HARAKAHDAILY 27/5/2020
Sila lihat..
Kedah Di Bawah MB baru..
Bab 1
*Kedah Merudum.. 2 ADUN PH Keluar Parti..
*Kerajaan PH Kedah tumbang Muhammad Sanusi Calon MB...
*Ini, Anak Siapa 'curi' Duit Rakyat. Potong Tangann...
*Mukhriz, Nasi Jadi Bubur. Gemilang Bapanya Pudar.
*MB Kedah Baru Muhammad Sanusi, Angkat Sumpah 2 Pet...
*Terbongkar? Tun M Bagi Projek Ke Anak-anak..# Cuku...
*Laporan polis, SPRM Mukhriz lulus projek kroni sec...
*RM1.5 Bilion Dituntut, Mukhriz Pelingkup Kedah..
*MB Kedah Bina Normal Baru Hadapi 'Putaran Ganas Ke...
*Tak 'pulun', Elak 'rakyat cemuih'. Politik MB Ked...
Bab 2

Ad
No comments:
Post a Comment