Wanita Cantik Bersahaja Menanggalkan Seluar Dalamnya Sebagai Topeng Setelah Pegawai Kaunter Enggan Melayannya Tanpa Memakai Topeng.
SEORANG wanita cantik secara bersahaja menanggalkan seluar dalamnya dan menyarungkan di mukanya di depan pelanggan-pelanggan yang lain setelah seorang pekerja di kaunter sebuah pejabat pos di Ukraine enggan melayannya kerana dia tidak memakai topeng muka.
Wanita yang tidak dikenali dirakamkan pada kamera CCTV di sebuah pejabat pos 'Nova Poshta' di Ukraine.
Wanita cantik tersebut datang ke pejabat pos untuk mengambil bungkusan tanpa memakai topeng muka, yang bertentangan dengan undang-undang kuarantina negara itu.
Pegawai di kaunter itu memintanya untuk mematuhi peraturan, dengan bersahaja wanita itu mengambil jalan ekstrim untuk memastikan dia dapat mengambil bungkusannya.
Dalam klip video itu, dia dilihat menanggalkan seluar jeans dan seluar dalamnya dan meletakkannya di wajahnya. Dia kemudian memakai seluar jeansnya semula manakala seluar dalamnya di muka.
Klip video itu dipotong tetapi dilaporkan bahawa pekerja tersebut akhirnya menyerahkan bungkusan wanita itu.
Pentadbiran syarikat Nova Poshta, yang mempunyai 2300 cawangan di seluruh negara, mengesahkan kejadian itu tanpa menyatakan di mana ia berlaku.
Seorang jurucakap memberitahu media tempatan: 'Pekerja kami meminta wanita itu memakai topeng muka dan bahkan memberikannya secara percuma tetapi wanita itu enggan menerimanya. '
Syarikat itu mengatakan bahawa mereka tidak mengutuk tindakan pelanggan itu dan tidak akan melaporkannya kepada polis.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Semoga Kerajaan PN, Pimpinan PM Ke 8, tidak mendidik rakyatnya 'tidak mengikut peraturan dan tidak beradap' begitu. Bukan macam pemimpin-pemimpin PH yang bermulut lebar, celupar dan janji lidah bercabang.
Na'auzubillahi minzalik.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Semoga Kerajaan PN, Pimpinan PM Ke 8, tidak mendidik rakyatnya 'tidak mengikut peraturan dan tidak beradap' begitu. Bukan macam pemimpin-pemimpin PH yang bermulut lebar, celupar dan janji lidah bercabang.
Na'auzubillahi minzalik.
Sumber: https://www.orangmuo.my/2020/05/wanita-cantik-bersahaja-menanggalkan.html
No comments:
Post a Comment