Sunday, May 31, 2020

Willie Mongin, AP Puncak Borneo Bongkar Penipuan PH. Ini..


Penipuan Pakatan Harapan Terbongkar Lagi

KALAU pendedahan ini dilakukan oleh pemimpin UMNO atau PAS, pastinya Pakatan Harapan akan katakan ianya adalah satu pembohongan yang bermotifkan politik.

Kita menunggu respon dari Pakatan Harapan bila ianya didedahkan sendiri oleh bekas pemimpin Pakatan Harapan dan juga bekas Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang terlibat dalam penyiasatan tuduhan Lim Guan Eng terhadap Kerajaan Barisan Nasional yang dituduh melenyapkan duit kutipan GST sebanyak RM19 bilion.


Kita baca pendedahan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin (dahulu PKR sekarang bersama PPBM):


Antara perkara yang menyebabkan saya tidak gembira dan bagi saya ia tidak baik untuk negara.

Sebenarnya wang tersebut (kutipan GST RM 19 billion) tidak pernah dirompak oleh UMNO atau Najib. 

Wang tersebut telah digunakan oleh kerajaan dengan bukti rekod yang elok.


Saya telah memberitahu kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), ketika saya menganggotai jawatankuasa tersebut, supaya bercakap benar.


Tetapi YB Wong Chen (PKR), menyuruh saya ikut saja dan berkata: 
"Biar DAP uruskan perkara ini". 
"Kita kena menyokong kerajaan yang sedang memerintah".
Saya bertegas dan beritahu anggota di PAC, bahawa apa yang diperkatakan mereka adalah tidak benar. 
Kita mempunyai tanggungjawab berkata benar.

Saya katakan kepada mereka ketika prosiding PAC: 

"Apa peranan kita di sini sekiranya apa yang kita katakan tidak benar” (boleh rujuk hansard PAC)."
2 minggu selepas itu, saya telah digugurkan dari PAC.
Saya tidak menyesal digugurkan dari PAC kerana jawatan tersebut bukan ada gaji atau imbuhan tambahan lain.

Tetapi saya paling kesal kerana kami (termasuk saya pada ketika itu) datang dari parti reformasi yang memperjuangkan keadilan, menentang kleptokrasi, bercakap tentang ketelusan dan akauntabiliti akan tetapi kita tidak amalkan apa yang kita perkatakan.


Sekarang saya boleh beritahu kepada semua kerana perkara ini tidak lagi di kenakan embargo.


Willie Mongin

Bekas Ahli Jawatankuasa PAC
Ahli Parlimen Puncak Borneo (Ex-PKR now PPBM)



Sudah jelas lagi bersuluh, penipuan yang dilakukan oleh Lim Guan Eng di dalam Dewan Rakyat adalah penipuan yang disengajakan dan beliau mengetahui fakta sebenar.

Tetapi Lim Guan Eng dengan angkuhnya enggan meminta maaf atas tuduhan tersebut.


Malah Speaker Dewan Rakyat, Mohd. Arif, juga bersubahat bila menolak usul merujuk Lim Guan Eng kepada Jawatankuasa Parlimen kerana menipu (BACA DI SINI).


Menipu Dewan Rakyat dan bersubahat dalam penipuan dalam Dewan Rakyat adalah satu kesalahan yang sangat serius.


Zaman pemerintahan Pakatan Harapan perkara ini telah ditutup tetapi Kerajaan Perikatan Nasional mestilah mengambil tindakan yang tegas terhadap isu ini kerana ianya telah dilakukan oleh Menteri Kewangan (ketika itu) dan Speaker Dewan Rakyat.


Integriti dan akauntibiliti Dewan Rakyat mesti dipertahankan.


Hibur Hibur Sikit

Iwan Fals - Bongkar (1989)

Bento - Iwan Fals


2 comments:

Anonymous said...

Jika tidak menipu, itu bukan Pakatan Hancing namanya

Anonymous said...

Dari Laman Reformasi

INGAT LAGI TAK STATMENT DR. M TERHADAP ANWAR IBRAHIM?

Salam mamu.. sokong harta anak cucu legasi tak guna ini di rampas

Tak Boleh Jadi PM.. Macam Mana Dia Nak Jadi? Parti Dia Sendiri Berpecah? Sebahagian Ahli PKR Tolak Dia? Anwar Gagal Kawal Parti Sendiri...
Anwar Tak Layak

AkhirNya....
Dr. M Sendiri Termakan Balik Kata² Dia Sendiri... Malahan DiPecat Terus.. Terasa Terhina Lagi... ADA RASA?��

BERSATU Sudah Jadi BERSEPAI

Apalagi yang mahu dibanggakan Saka 95. Berikut adalah kegagalan Saka 95 sebelum Izrail datang menjemput:-

1) Jawatan PM dirampas Muhyidin
2) Jawatan MB Kedah dirampas PN
3) jawatan Ketua Pembangkang dirampas Anwar
4) Status negarawan bakal dirampas oleh Najib atau Muhyidin
5) Bangunan tertinggi klcc bakal dirampas menara TRX dan Menara PNB
6) Kekayaan anak bakal dirampas iaitu dimilik negarakan jika ada unsur salah guna kuasa
7) Banyak lagi legasi Saka 95 bakal dirampas orang lain di atas sikap tamak beliau sendiri.

Pepatah melayu ada berkata "orang tamak selalu rugi"

Kerala ada pepatah tak??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails