Friday, June 05, 2020

4 MPT Tinggalkan Mesyuarat. BERSATU Makin Kukuh?


Empat ahli MPT BERSATU tinggalkan mesyuarat

KUALA LUMPUR: Empat ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dilihat meninggalkan mesyuarat tertinggi parti itu, sebentar tadi.
Mereka adalah Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Abu Bakar Yahya dan tiga anggota penaja parti itu, Tariq Ismail Mustafa; Akhramsyah Muamar Ubaidah Sanusi dan Ulya Aqamah Husamuddin.


Abu Bakar ditemui media menyatakan tindakan mereka keluar daripada mesyuarat itu kerana dikatakan tidak puas hati dengan perjalanan mesyuarat yang didakwa tidak mengikut perlembagaan parti.
Katanya, dua perkara dibincangkan dalam mesyuarat itu iaitu mengenai pengguguran Dr Mahathir bersama lima lagi pemimpin parti dan penyertaan BERSATU dalam Perikatan Nasional (PN).
"Dalam kedudukan parti kini, ahli MPT sedia ada hanya 'care taker' parti. Jadi sebarang keputusan di buat untuk dua perkara terbabit dikira tidak sah," katanya.
Sementara itu, Ulya Aqamah menyatakan adalah satu yang pelik kerana keputusan penting mengenai hala tuju dan nasib parti ditentukan melalui mesyuarat MPT bukannya melalui Perhimpunan Agung parti.
"Sepatutnya jika tidak dapat mengadakan Perhimpunan Agung pun masih boleh dipanggil persidangan tergempar untuk menentukan sama ada BERSATU boleh menyertai PN atau sebaliknya.
"Caranya tidak betul apabila nasib parti diletakkan di atas tangan 35 ahli MPT saja," katanya. (BH)

4 comments:

  1. Udah tiba masanya undang2 lompat parti digubal. Dah jadi hak peribadi bila menang. Buat keputusan sendiri tanpa ambil kira hak pengundi. Lompat ke parti yg kuat. Boleh lompat pergi, boleh lompat balik.

    Satu lagi, bila tewas dalam pemilihan, tubuh parti baru. Sedarlah bahawa tewas itu kerana tiada akrab dan seiring dengan parti. Bawa perpecahan. Bawa ahli biasa keluar parti, masuk parti baru. Berlaku malaysia saja.

    Sepatutnya konsisten dengan parti dan terima hakikat tewas. Terima orang yg dapat mandat baru. Jangan jadi pengkhianat kepada parti dan bangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu belum termasuk yg lompat kerana bayaran. Tapi berikan alasan yg holistik di sebalik nafsu serakah terhadap harta dan kekayaan yg diterima secara tidak holistik.

      Delete
  2. Malanglah jika masih terdapat segelintir orang Melayu menjadi pengkhianat dengan menyokong Atuk Kerala yang telah menghina kaum Melayu dengan gelaran pemalas, pengecut dll.

    Bahkan Atuk Kerala sendiri dan Atuk non liberal mata satu adalah boneka parti kafir Harbi DA-Pigs yang memusuhi Islam dan umat Islam.

    Hanya pengkhianat menyokong pengkhianat.

    ReplyDelete
  3. Maka benarlah prediction sasterawan TERSOHOR NEGARA Allahyarham Shahnon Ahmad yang mengisahkan KEPALA TAIK akan terpelanting dengan sendirinya! Tanpa perlu KEMUTAN!

    Novel SHIT hanyalah sebuah novel satira rakyat!

    Ianya jauh lebih menarik dari novel hasil nukilan sasterawan yang telah mengangkat PEMIMPIN2 KAFIR sebagai PENGHULUnya dan kini dikatakan INGIN pula MATI DIATAS TIKAR SEJADAH?

    ReplyDelete