Kaum wanita dinasihat jangan salah pilih agama
WANITA di luar biar memilih jangan tersalah pilih. Agama dan akhlak perlu seiring. Agama bagus tak semestinya akhlak bagus. Boleh jadi depan anda dia punya ayat manis sampai boleh kena diabetes tetapi pelayan di restoran dilayannya bagai sampah kerana baginya pelayan itu tiada nilai.
Apa jaminan dia tidak akan melayan anda begitu apabila anda juga sudah tiada nilai di sisinya? Akhlak bagus tak semestinya agamanya bagus. Dia mungkin sopan dan suka menolong tetapi perintah Allah dia tak jaga maka di manakah pula jaminan dia akan jaga perintah Allah untuk melindungi dan memimpin anda ke Jannah?
Lelaki pula tak perlu nak belajar pickup line sangat dan nak isteri seperti Khadijah tetapi belajarlah bagaimana untuk menjadi seperti akhlak Muhammad S.A.W sebagai suami.
Pergilah pickup ilmu agama dan perbaikilah akhlak kerana andai tidak menjumpai Khadijah anda, ianya tidak mengubah anda sebagai seorang suami mengikuti akhlak Muhammad S.A.W.
FIRDAUS WONG WAI HUNG
Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) – HARAKAHDAILY 23/6/2020
Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) – HARAKAHDAILY 23/6/2020
Malaysia baru yg lebih islamik. Islamik pada cara hidup dan akhlaq. Benteras rasuah dan budaya fitnah.
ReplyDeleteTp kalo parti kuat maki orang, adakah berakhlak?
ReplyDeleteMemanglah. Tu sebab pkr dan pan tidak disukai. Tidak berakhlaq dan kuat fitnah. Dan dap kuat bohong lagi tidak berakhlaq.
ReplyDeleteTp parti yg slalu kalah saman fitnah ni bkn pkr atau pan
Delete