Sunday, June 14, 2020

Aidil Adha Tahun Ini Ikut SOP, Sangkar Sembelih, Mudah-alih, Selamat, Bersih&Cepat..


Sangkar sembelihan inovasi baharu Aidil Adha


KUALA LUMPUR: Satu inovasi terkini bakal diperkenalkan dalam pelaksanaan ibadah korban pada Aidil Adha tahun ini sesuai dengan norma baharu yang sedang ditempuh era COVID-19 kini.
Sangkar penyembelihan mudah alih akan menjadikan kerja penyembelihan lembu yang lebih selamat, bersih dan cepat, selain memenuhi prosedur operasi standard (SOP) diperlukan ketika ini.
Alat ini diperkenalkan inovator, Hamzan Hashim, 51 yang merupakan seorang tukang besi dari Kangar, Perlis di mana demonstrasi penggunaannya telah dibuat di Taman Teknologi Malaysia (TPM), di sini kelmarin.
Ianya disaksikan sendiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri bersama Menteri dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin dan Ahmad Amzad Hashim.
Sangkar diperbuat daripada keluli ini amat sesuai menggantikan teknil tradisional menyembelih haiwan ternakan di mana juga telah dinaiktaraf pada teknik mekanikalnya menggunakan sistem hidraulik.
Dengan penggunaannya sembelihan akan lebih efisen, bersih dan patuh syariah, selain mengurangkan tenaga kerja kepada 3 orang sahaja serta mengurangkan risiko kecederaan petugas, selain menjimatkan masa.
“Kaedah ini membolehkan tujuh ekor lembu disembelih dalam 1 jam. Keadaan lembu lebih bersih kerana tidak bergelut di atas tanah atau rumput.
“Pengendalian lembu dilihat lebih berhemah, tidak ada aksi dilihat kejam seperti memijak haiwan dan seumpamanya,” maklum Ahmad Amzad.
Projek Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) di bawah MOSTI menerusi program Malaysia Social Innovation (MySI) dengan kerjasama TPM ini telah dicadangkan penggunaan kali pertama Aidil Adha ini di 50 masjid seluruh negara.
Secara ringkas, penggunaan alat hanya memerlukan lembu ditolak masuk ke dalam kurungan yang mengunci pergerakan badannya, di mana dengan kepalanya dikapit itu akan memudahkan penyembelihan.
Sangkar ini boleh dialihkan sesuai arah kiblat atau dipusingkan bagi membaringkan lembu dengan sistem mekanikal hidrauliknya yang mudah. – HARAKAHDAILY 13/6/2020 

Hibur Hibur Sikit

Lagu Raya Tahun 1950 an (Tjipt. Ismail Mz) 

Walaupun diciptakan sebelum merdeka tapi sudah diperimgatkan mengenai rasuah diakhir lagu ni..
"..kondangan boleh kurangin'
korupsi jangan kerjain." Begitu bunyinya.

Ismail Marzuki - Di wajah mu Ku Lihat Bulan (INDO KLASIK)

No comments:

Post a Comment