Thursday, June 04, 2020

AirAsia bakal buang pekerja, laksana pengecilan operasi?

AirAsia bakal buang pekerja, laksana pengecilan operasi?
Syarikat tambang rendah AirAsia Berhad dilapor akan memulakan proses pengecutan tenaga kerja dalam tempoh terdekat. -Gambar fail
Sikit Tazkirah Ekonomi:

KUALA LUMPUR: Syarikat tambang rendah AirAsia Berhad dilapor akan memulakan proses pengecutan tenaga kerja dalam tempoh terdekat.

Menurut sumber dalaman syarikat, satu sesi townhall diadakan pada pagi Khamis bersama beberapa unit utama di bawah AirAsia Berhad bagi memaklumkan keputusan itu.

Keputusan berkenaan dikatakan sudah dicapai beberapa bulan namun ditunda kerana pembuangan pekerja dijadikan pilihan terakhir syarikat.

Tenaga kerja yang terlibat dalam pembuangan akan diberitahu secara peribadi oleh pengurus masing-masing pada petang Khamis, kata sumber itu lagi.


Bagaimana pun jumlah pengecilan tenaga kerja tidak dinyatakan dalam sesi townhall tersebut, namun Astro AWANI difahamkan ia bakal melibatkan semua bahagian.

Tambah sumber lagi, townhall melibatkan kru penerbangan dijangka diadakan pada tengah hari Khamis.


AirAsia mempunyai sekitar 25,000 tenaga kerja seluruh dunia dengan 10,000 adalah pekerja di Malaysia.

Operasi AirAsia berdepan tekanan hebat susulan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang menyaksikan ia menghentikan operasi penerbangan.

Setakat ini hanya AirAsia Malaysia, Thai AirAsia dan AirAsia India sudah memulakan kembali operasi tetapi terhad untuk destinasi domestik.

Manakala AirAsia Jepun, Filipina dan Indonesia masih belum beroperasi.

AirAsia Malaysia mempunyai 254 kapal terbang dengan kebanyakannya tidak beroperasi.

Pada 13 Jun lalu, Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad Datuk Kamarudin Meranun dipetik sebagai berkata, AirAsia mempertimbangkan untuk menaikan kadar tambang susulan kerugian yang ditanggung akibat penguatkuasaan PKP.

Namun, Kamarudin turut menegaskan peningkatan tambang itu dijangka tidak membebankan namun perbincangan berkaitan cadangan itu masih dijalankan.

Astro AWANI masih menunggu kenyataan rasmi dari syarikat penerbangan berkenaan berhubung perkara ini.

AirAsia bukan satu satunya syarikat penerbangan yang terpaksa mengambil langkan pengecilan tenaga kerja.

Pada 1 Jun, syarikat penerbangan premium terkemuka, Emirates turut mengumumkan pembuangan 30 peratus pekerja melibatkan sejumlah 30,000 orang.

Ia termasuk 180 juruterbang dan 400 kru A380 yang masih dalam tempoh percubaan.

Selain itu Garuda Indonesia pada 3 Jun turut mengumumkan pembuangan 180 juruterbang dan beratus tenaga kerja susulan sekatan penerbangan akibat COVID-19.


Lihat Sebelum ini..
E-Buku IH-128: Sikit Tazkirah Ekonomi..

E-Buku IH-128: Sikit Tazkirah Ekonomi..

1 comment:

Anonymous said...

Orang pertama yang WAJIB DIBUANG adalah nenek tua Pidah YANG TAK PUNYAI THINKING OUTSIDE THE BOX dalam menyelamatkan pekerja!!!

Dia hanya tahu memanam benci sahaja, harap2 kerajaan tak bail out syarikat ini!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails