Tuesday, June 30, 2020

Ajar Sikit Mereka Yang Hina Negara.. Tarik Kerakyatan?

Chong Ton Sin yang juga pengarah dan pengasas syarikat penerbitan Gerakbudaya, berkata pihaknya tidak berniat untuk menghina logo Jata Negara dan tidak menyangka perkara itu akan menjadi isu besar. - Foto Supian Ahmad
Chong Ton Sin yang juga pengarah dan pengasas syarikat penerbitan Gerakbudaya, berkata pihaknya tidak berniat untuk menghina logo Jata Negara dan tidak menyangka perkara itu akan menjadi isu besar. - Foto Supian Ahmad
HALAMAN HIBURAN

Penerbit mohon maaf isu hina Jata Negara



KUALA LUMPUR: Penerbit buku yang menimbulkan kontroversi selepas gambar pada kulit buku terbitannya dikatakan menghina logo Jata Negara meminta maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan perkara itu.
Chong Ton Sin yang juga pengarah dan pengasas syarikat penerbitan Gerakbudaya, berkata pihaknya tidak berniat untuk menghina logo Jata Negara dan tidak menyangka perkara itu akan menjadi isu besar.
"Gambar berkenaan adalah salah satu lukisan lama yang pernah dipamerkan di beberapa pameran termasuk di Sarawak beberapa tahun lalu.
"Pada masa itu tiada pula timbul isu, maka saya rasa bila ia diputuskan untuk dijadikan gambar pada kulit buku berkenaan tidak akan timbul masalah.
"Tetapi tak sangka pula ia jadi isu dan menyebabkan beberapa pihak tersinggung... saya memang tiada niat untuk berbuat demikian, perkara ini bukan disengajakan," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
Ton Sin berkata, beliau meminta maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan perkara itu dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk membantu siasatan.
"Semalam ada beberapa anggota polis datang ke pejabat tetapi saya tidak berada di situ kerana keluar makan tengah hari.
"Mungkin hari ini atau esok mereka akan datang semula atau akan panggil saya ke Bukit Aman (untuk dirakam percakapan). Saya sedang menunggu," katanya.
Difahamkan, buku Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia itu diterbitkan awal tahun ini dan lebih 300 naskhah sudah terjual.
Buku yang disunting oleh penulis, Kean Wong itu menggunakan visual mirip Jata Negara, mendapat perhatian sejak beberapa hari kebelakangan ini kerana penggunaan gambar yang dikatakan menghina Jata Negara selepas perkara itu tersebar di media sosial.
Berdasarkan gambar yang tular di media sosial dan FB, lukisan mirip Jata Negara itu memaparkan seorang kanak-kanak berbogel di atas bulan dan bintang serta imej dua ekor harimau diubah suai selain menambah bentuk seekor buaya di bahagian bawah yang biasanya tertera cogan kata Bersekutu Bertambah Mutu.
Semalam, BH melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin sudah mengarahkan pihak polis menyiasat segera dan mengambil tindakan perlu kerana perbuatan itu dianggap tidak bertanggungjawab dan tidak patriotik.
Sementara itu, pihak polis memaklumkan sudah menerima 21 laporan polis yang dibuat pelbagai pihak berhubung buku berkenaan.
Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata pihaknya membuka satu kertas siasatan dan kes disiasat menurut beberapa akta termasuk Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
Kes juga disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2016, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 8 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Beliau berkata, beberapa individu termasuk pengarang, penerbit dan mereka yang mempunyai kaitan atau terbabit dalam penghasilan buku itu akan dipanggil ke Bukit Aman untuk diambil keterangan serta membantu siasatan. (BH)
Hina Jata Negara - lucutkan kerakyatan
MOHD Khairul menunjukkan kertas menolak permohonan maaf selepas membuat laporan polis berhubung Logo Mirip Jata Negara yang diubahsuai pada sesi sidang media di perkarangan IPD Seri Alam, Pasir Gudang. FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN
Sementara itu di Pasir Gudang.. Penulis buku 'Rebirth: Reformasi, Resistance, and Hope in New Malaysia' yang menghina Jata Negara wajar dilucutkan kerakyatan, kata Naib Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang Mohd Khairul Azlan.
Menurut Mohd Khairul, kerajaan tidak sepatutnya sewenang-wenangnya melepaskan individu biadap ini setiap kali mereka memohon maaf selepas melakukan sesuatu kesalahan.
"Kementerian Dalam Negeri yang diterajui Datuk Seri Hamzah Zainuddin perlu terus ambil tindakan segera...ini perbuatan serius, biadap," katanya ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di sini, hari ini.
Terdahulu, laporan polis dibuat terhadap penulis buku terbabit oleh Pemuda UMNO, PAS, MCA dan MIC, selain tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Johor Volunteer, Pertubuhan Kebajikan Ummah Al-Mustakim dan Gerakan Belia 4B Pasir Gudang.
Laporan polis dibuat berkaitan lukisan mirip Jata Negara yang diubah suai mempamerkan seorang wanita yang kurang sopan di atas bulan bintang, bayi serta dua harimau selain menambah seekor buaya di bahagian bawahnya.
"Kita anggap ini sebagai perbuatan serius selain minta kerajaan ambil tindakan seperti melucutkan kerakyatan mereka yang biadap ini kerana sering kali berlaku kes begini, berulang kali bila berlaku, mereka minta maaf, kita tidak setuju," katanya.
Terdahulu, buku yang disunting oleh penulis, Kean Wong menimbulkan kontroversi selepas gambar pada kulit buku terbitannya dikatakan menghina
logo Jata Negara dan tersebar dalam media sosial.
Berikutan itu, penerbit buku berkenaan, Chong Ton Sin yang juga pengarah dan pengasas syarikat penerbitan Gerakbudaya memohon maaf pada
hari ini dan menyatakan tidak berniat untuk menghina logo Jata Negara dan tidak menyangka perkara itu akan menjadi isu besar.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Ismail Dollah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.
"Polis menerima tiga laporan yang dibuat pada hari ini membabitkan Balai Polis Pasir Gudang, Balai Polis Scientex dan Balai Polis Seri Alam.
"Siasatan sudah dijalankan oleh IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur kerana ada laporan polis sudah buat di sana," katanya. (MyMetro)

Komen Weblog Ibnu HasyimAjar sikit mereka yang hina dan tidak sayangkan negara ini.. Patutkah ditarik kerakyatan mereka? Sebenarnya mereka ini adalah ekor cicak yang terkodek-kodek, terpisah dari badan kerana 'kepala'nya sudah penyet dikapit pintu.

Kepala atau bosnya sudah kalah, tiada hujah dan terpecat, tak boleh buat apa-apa lagi. Cuma tinggal 'ekor' (atau barua)nya yang masih menggelupor terkodek-kodek bising menggangu, meroyan mengalihkan perhatian, dan suasana dari isu kegagalan mereka..

Kesian, mereka atau barua yang jadi mangsa kerana kejahilan sendiri..

4 comments:

Anonymous said...

Mereka test market. Elok kalau mereka ditest market dengan undang2. Tengok apa akan jadi pada yg lain yg bercita2 buat provokasi. Take it serious.

Anonymous said...

Sudah banyak kali buat, kemudian mohon maaf. Bawa ke mahkamah atas dasar cetus huru hara.

Anonymous said...

Jika kes langgar pkp denda rm seribu, provokasi seperti ini elok juga denda minima rm sepuluh ribu. Ajar mereka supaya hormati rakyat lain.

Anonymous said...

Orang2 cina DAP atau ahli2 politik DAP boleh lukis apa sahaja pada lambang bendera China, kamu boleh lukis gambar KORONAVIRUS didalamnya sepertimana yang dilakukan oleh orang2 Eropah!

Tiada siapa rakyat Malaysia yang marah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails