Tuesday, June 23, 2020

"Aku Ada Sepasang Landak.. Mari Kita Biakkan!"

Hasil carian imej untuk gambar landak

Catatan Santai Ibnu Hasyim

"AKU ada sepasang landak.. Mari kita biakkan!" Kata kawanku orang asli di Gombak, Selangor. 

Sudah lama aku tidak ziarah di tempatnya, Covid-19 membuat aku terkurung di rumah, sekarang baru boleh keluar sikit-sikit.

Rupanya, dia ada gagasan baru sekarang. Itulah 'Aku ada sepasang landak. Mari kita biakkan' ke arah mempertahankan keindahan alam sekitar. Ya, dari haiwan liar eksotik yang semakin hapus keturunannya kepada binatang peliharaan dan ternakan.

Sikit Mengenai Landak.

Di Malaysia atau di Indonesia ini, yang terkenal ialah 'landak raya'. Landak Raya atau dalam (bahasa InggerisMalayan Porcupine) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Hystrix brachyura

Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya "mega diversity".. Dari segi bilangan pelbagai  flora  dan  fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang diketahui, 286 spesies mamalia.. lebih 1,500  vertebrata  darat, lebih 150,000 spesies invertebrata, lebih 1000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih 4,000 spesies ikan laut.

Landak Raya adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidupalam haiwanbertulang belakang (vertebrata), kelas Mamalia. Dalam aturan:, tergolong dalam keluarga: .Landak Raya adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.

Jantung Landak Raya terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Pembiakan

Sebagai mamalia, Landak Raya berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Landak Raya akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.


Sewaktu Inventori Kepelbagaian Biologi Taman Negara 2005 di Pahang, seekor Landak Raya telah dicerap oleh kumpulan PERHILITAN-ATM. Dapat disimpulkan bahawa Landak Raya :
  • mampu begerak pantas apabila terdesak, dan
  • memilih menuruni kawasan tanah tinggi, dan bukan mendaki bagi melarikan diri, serta mampu mengesan kehadiran awal musuh / haiwan lain.
Apabila baru 100 meter mendaki, kumpulan ini menemui timbunan tanah merah kira-kira 1 meter tinggi, iaitu struktur sarang Landak Raya.
  • sarangnya merupakan lubang sedalam lebih kurang 5 meter yang bersambung-sambung.
  • tanah lubang yang digalinya, dibuang setempat, membentuk timbunan tanah di hadapan lubang sarangnya.
  • terdapat dua lorong keluar-masuk bagi sarangnya.
  • banyak bulu Landak Raya yang gugur ditemui bercampur dengan tanah di timbunan sisa tanah.
  • jejak kakinya jelas kelihatan pada lorong keluar-masuk sarangnya.
  • terdapat minimum tiga pintu lubang keluar (bersaiz muat badan sahaja) dan satu pintu masuk (bersaiz lebih besar)


Bahagian Konservasi Kepelbagaian Biologi,
Ibu Pejabat PERHILITAN, KM 10 Jalan Cheras,
56100 Kuala Lumpur.
(No.Tel. : 03-90752872)

Bagi pengurusan dengan kawanku orang asal itu, boleh guna nombor ini..
Tel 011 33111321 (KL)
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com
23 Jun 2020

Video: Ternak Landak Untung Ribuan Ringgit

Lihat sebelum ini..

1 comment:

Anonymous said...

X payah lesen ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails