Sunday, June 21, 2020

Bagaimana Menulis Tulisan Cantik Begini.. -Nur Izzati

NUR Izzati (kiri) bersama tulisan kemas yang dikongsi di Instagram @soyoulikeart miliknya. FOTO ihsan Nur Izzati Abdul Rani.
"SELEPAS bertahun-tahun berlatih dan berusaha, Alhamdulillah saya sangat berpuas hati dengan tulisan saya," kata Nur Izzati Abdul Rani.
Hasil daripada kegigihan, gadis kelahiran Ipoh berusia 25 tahun itu mampu menulis dalam pelbagai 'font' hingga menarik perhatian orang ramai.
Nur Izzati berkata, dia mula mempelajari beberapa teknik menulis disebabkan merasa kekok melihat tulisannya kurang kemas dan tersusun sebelum ini.
"Sebelum ini mak banyak kali tegur kerana tulisan saya agak tidak kemas. Saya mula tertarik dengan tulisan selepas melihat video di Instagram pada 2018.
"Sejak itu saya melatih diri dengan meniru 'font' yang ditetapkan. Saya mula dengan tulis 24 huruf secara berulang kali sebelum menukar kepada perkataan lebih panjang.
"Sekarang saya boleh menulis dalam tulisan berangkai yang saya belajar sejak 2016," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

TULISAN tangan dihasilkan Nur Izzati. FOTO ihsan Nur Izzati Abdul Rani. TULISAN tangan dihasilkan Nur Izzati. FOTO ihsan Nur Izzati Abdul Rani.

Nur Izzati berkata, penggunaan jenis pen dan pensil memainkan peranan penting dalam menentukan kecantikan dalam gaya tulisan.
Menurutnya, dia memilih pen dan pensil bersesuaian dengannya dan setiap jenis pen akan menghasilkan gaya tulisan berbeza.
"Selain itu saya semak cara orang lain menulis serta gaya genggaman mereka. Saya menulis dengan lebih selesa selepas mendapat genggaman betul.
"Sebelum ini saya menghabiskan dalam satu jam untuk menyiapkan satu muka surat bertulisan. Tetapi sekarang saya hanya menggunakan masa 40 minit sahaja," katanya.
Penuntut jurusan pengajaran Bahasa Inggeris di universiti awam itu berkata, dia tidak menyangka perkongsian dibuatnya meraih pujian dari orang ramai.
Katanya, dia gembira gembira dan terharu dengan semua sokongan diberikan.
"Saya sangat galakkan orang yang ingin mengubah tulisan supaya terus berlatih kerana saya mula dengan latihan dan bukannya 'gifted'," katanya. (MyMetro)

No comments:

Post a Comment