Thursday, June 04, 2020

Beberapa Individu Kulit Hitam Pernah Menjadi Mangsa Kekejaman Kaum...

Kematian George Floyd, Meghan Markle bersuara
Markle menyeru para graduan untuk menggunakan suara mereka dan membina kembali landasan sosial yang dianggapnya sudah musnah. - Gambar REUTERS
Kematian George Floyd, Meghan Markle bersuara

LOS ANGELES: Isteri Putera Harry, Meghan Markle, menyifatkan kematian George Floyd sebagai satu malapetaka.

Ketika memberi ucapan di hadapan para graduan sebuah sekolah menengah tinggi di Los Angeles pada Khamis, Markle turut berkata kematian Floyd bukan satu perkara yang kecil.

"Satu kesilapan jika kita berdiam diri, kerana nyawa George Floyd bukan perkara kecil," katanya semasa upacara graduasi maya penuntut Immaculate Heart High School, yang juga merupakan bekas sekolah menengahnya.

Markle, yang ibunya seorang warga Amerika Syarikat berkulit hitam, turut menyebut beberapa nama individu berkulit hitam yang pernah menjadi mangsa kekejaman kaum di negara tersebut.


"Saya terkilan anda membesar ketika kekejaman ini masih berlaku," tambah Markle, yang kembali ke California awal tahun ini, beberapa bulan selepas beliau dan Harry mengumumkan mengundurkan diri daripada tugas mereka dalam keluarga diraja Britain pada 2019.

Markle menyeru para graduan untuk menggunakan suara mereka dalam membantu membina kembali landasan sosial yang dianggapnya sudah musnah.

"Kita melihat orang ramai bersolidariti, anggota masyarakat saling memberi sokongan.

"Saya yakin anda tahu nyawa kaum kulit hitam juga penting. Suara anda diperlukan dan saya menyokong anda," katanya.

Protes berterusan berlaku di beberapa bandar di AS selepas kematian Floyd, 46 tahun.

Peguam itu maut selepas seorang anggota polis, Derek Chauvin, yang berkulit putih, menekan lutut di lehernya selama lebih lapan minit dalam kejadian yang berlaku di Minneapolis, Minnesota.

Pada Rabu, tiga lagi bekas pegawai polis didakwa berkaitan dengan kematian Floyd, lima hari selepas tuduhan dikenakan terhadap Chauvin. (AA)


Lihat sebelum ini..
*Terserlah AS Perkauman, Rakyat Rusuh Tuntut Keadil...
*Perkauman AS Makin Memburuk, Merebak Ke 30 Bandar....
*Hari Ke 6 Perkauman AS: Rumah Putih Diserang, Trum...
*Sikap Perkauman Menebal Di AS. Trump Kerah Tentera...
*Isu Perkauman AS, Henry Golding Marah Ratu Cantik

*Pengajaran dari kes George Floyd
*Kesedihan dan kemarahan iringi protes kematian Geo...
*Beberapa Individu Kulit Hitam Pernah Menjadi Mangs...

1 comment:

Anonymous said...

DEPA YANG MULAKAN GENDANG PERANG, NAJIB DISALAHKAN

Bekas PM Najib Razak ditempelak oleh Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh kerana tergesa-gesa mencadangkan pilihan raya umum ke 15 ketika wabak Covid 19 masih bergejala, sekolah ditutup dan ekonomi menderita
Menurut Ahli Parlimen Segambut itu, Najib amat tidak bertanggungjawab mencadangkan pilihan raya bagi menyelesaikan ketidaktentuan politik di negara ini
Beliau merujuk kenyataan Najib pada 3 Jun, apabila menyarankan Kementerian Kesihatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mulai menyusun prosedur operasi standard (SOP) untuk pilihan raya.
“Ketika sekolah masih belum lagi dibuka, kedai gunting rambut hilang pendapatan selama 3 bulan dan sebahagian rakyat diberhentikan kerja, pemimpin Umno ini hanya sibuk mencadangkan untuk diadakan pilihan raya.
“Beliau malah sampai peringkat mencadangkan kepada Kementerian Kesihatan dan SPR untuk segera merangka SOP untuk menghadapi pilihan raya,”

Hanna Yeoh geng parti kau yang bising akhirnya gang kau jugak yang meroyan mencipan

Bangangnya tak bertempat, merata rata kebanganganya. Apa yang susah sangat Hannah Yeoh nak faham- Najib

1. Yang letak jawatan dan tumbangkan kerajaan? Perdana Menteri PH.

2. Yang usulkan undi tidak percaya dalam parlimen untuk jatuhkan kerajaan baru? PH dan Warisan.

3. Yang bermesyuarat minggu lepas untuk tumbangkan kerajan PN? Majlis presiden PH.

4. Yang dituduh letak kepentingan politik melebihi negara pada masa Covid? Najib pulak.

Dengar baik-baik Hannah dan PH.

Najib cuma cadangkan bubarkan parlimen untuk kembalikan mandat pada Rakyat melalui pilihanraya JIKA PH terus merebut kuasa dengan cubaan-cubaan berteruskan untuk tumbangkan kerajaan.

Mendapat mandat baru dari Rakyat agar kerajaan lebih kukuh dan stabil untuk melawan krisis ekonomi Covid.

Cara paling adil bagi semua dan paling sesuai untuk selesaikan kemelut politik.

Apa susah nak faham, Hannah?

Ni lah yang dikata bangang tak bertempat..

Point 1-3 Hannah tak nampak ke? Atau buat-buat buta tak nampak?

Point 1-3 bukan permainan meletak kepentingan politik melebihi negara pada masa Covid ke?

Korang yang tak habis-habis rebut kuasa sehingga kerajaan tak stabil.

Najib cuma cadangkan cara penyelesaian paling adil pada Rakyat tapi saya pulak yang dituduh letak kepentingan politik melebihi negara?

Giler betul, PH. Tak ke bangang name nye tu..!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails