Monday, June 15, 2020

Buka Semula Skandal Forex RM33 Bilion 1990an. Syabas PN!


Anwar alu-alukan saranan Najib siasat skandal forex Mahathir  

Anwar Ibrahim menyambut baik saranan bekas perdana menteri Najib Razak agar Jabatan Peguam Negara membuka semula fail siasatan mengenai skandal pertukaran wang asing (forex) bernilai RM33 bilion pada 1990-an.

Presiden PKR itu - yang merupakan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pada waktu tersebut - turut mengucapkan terima kasih kepada Najib atas cadangan berkenaan sambil menegaskan bahawa beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan berkaitan skandal itu.

"Sekiranya kita ingin menyiasat skandal forex, saya setuju, tidak ada halangan untuk itu.


"Apa penting ialah saya tidak mencuri satu sen pun, saya tidak mencuri RM1 bilion, saya tidak mengambil balak dan saham.

"Oleh itu, jika (pihak berkuasa) ingin menyiasat forex atau 1MDB, teruskan," kata Anwar dalam tazkirah yang disiarkan secara langsung di Facebooknya semalam.

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) begi meneliti skandal forex pada 2017 mendapati bahawa Bank Negara kehilangan RM31.5 bilion dalam perdagangan pertukaran mata wang antara 1992 dan 1994.

RCI itu juga berpendapat perdagangan "berlebihan" dan "spekulatif" itu merupakan pelanggaran jenayah amanah di bawah Seksyen 406 dan 409 Kanun Keseksaan.

Suruhanjaya itu mengesyorkan agar perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya Anwar disiasat untuk menentukan sama ada mereka menyembunyikan fakta tersebut daripada kabinet.

Namun, tahun lalu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong berkata bahawa laporan polis berdasarkan penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai perkara itu telah diklasifikasikan sebagai "tidak ada tindakan lanjut".

Hal itu katanya berlaku disebabkan kurangnya bukti dokumen mengenai dakwaan salah laku, dan juga bahawa pengadu yang asal - iaitu setiausaha RCI Yusof Ismail - menarik balik laporan polis yang dibuatnya pada 30 Nov 2017. – Mkini


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bongkar terus! Pastikan yang bersalah terus menerima hukuman. Syabas Najib dan Anwar.

4 comments:

Anonymous said...

FOREX = Foreign Exchange

Forex atau Berjudi Forex dimana jual beli matawang bila harga naik jual dapat untung bila harga matawang turun mada tu untuk beli simpan, maxam, orang main saham brrebut nak pink form masa itu... apa apa pun kesimpulan nya masih ada terma 'JUDI'

Yang muskil sampai sekarang bila berjudi ada menang(untung) ada kalah(rugi)

Masa untung duit keuntungan berjudi forex tu saoa yang rembat..!?

Daim rembat kah, Atok yang rembat kah atau Brother yang rembat..!?

Kalau duit untung masuk kantung kerajaan kenapa tak di istiharkan oleh Bank Negara..!?

Bila rugi berjudi forex semua macam gampang..!! macam sial..!! suma perangai mangkok ayun macam celaka..!

Meroyan, terpekik terlolong, heeeing sana heeenigg sini..!! Suma buat perangai macam gampang sial... mula salah kan Soros, salahkan orang itu orang ini...

Semua lari kan diri, buat bodoh bangang mula tunding jari sana sini.

Tak ke sial namer nyer tu...!!?

Elok di heret semua pemain pemain judi sampai membangkrapkan negara oleh manusia tamak haloba ini.

Heret dan rakyat nak tahu macamana 32 billion lingkup hangus depan lubang idung masih buat buat bodoh bamgang sampai sekarang.

RCI dah ditubuhkan maka sambung dan teruskan perbicaraan siapa dalang FOREX ini...

Jangan kesian kesian lagi kali ini. kalau nak taji mangkok ni kasi taji cukup cukup kali ini... cukup lah buat muka kesian yg tak laku lagi..

Anonymous said...

Sapa nak taji? Ko ke?

Anonymous said...

Selama 22tahun rakyat malaysia kena hayun dengan atok. Itu belum lagi boboi jadi pm. Bersambung kes hayun.

Anonymous said...

Bang non dah tak sebulu dengan atok ker??? Macam nak downkan atok. Makin jelas ketegangan antara atok dengan bang non.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails