Monday, June 22, 2020

Cari Jodoh Melalui Gantung Poster, Akan Kahwin, Insya Allah!

POSTER Nooraziro yang digantung di tepi jalan untuk mencari jodoh, Januari lalu.
Lelaki 'lelong' diri nikah lepas Aidiladha

"SELEPAS Aidiladha nanti saya akan berkahwin dengan pilihan hati saya," kata Nooraziro Abdullah, 35, yang sebelum ini menggantung poster untuk mencari jodoh.
Tindakan tukang rumah dari Kampung Gong Nangka, Marang itu tular di media sosial dan mendapat perhatian netizen.
Harian Metro juga sebelum ini pernah melaporkan Nooraziro mengakui terpaksa menggunakan cara menggantung poster berikutan mahu berkahwin dalam tempoh terdekat.
Nooraziro ketika dihubungi di Kuala Terengganu berkata, dia sedang bercinta dengan seorang gadis yang dikenali sebagai Ibah, 33, dari Pahang sejak Mac lalu selepas mengenali perempuan itu pada akhir Januari.
"Selepas membuat iklan melalui poster itu saya berkawan baik dengan lima gadis sekali gus tetapi hanya seorang daripadanya yang mempunyai keserasian dengan saya.
"Saya mengambil keputusan untuk berkawan lebih rapat dan akhirnya mencintai Ibah," katanya.
Menurutnya, semua ahli keluarganya sudah berjumpa dengan wanita itu dan mereka merestui hubungannya mereka.
"Adik-adik saya semua suka pada Ibah dan mereka berharap perkenalan dan jodoh kami hingga ke jinjang pelamin.
"Saya dan Ibah merancang untuk kahwin pada Mei lalu tetapi kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sekarang tarikh asal perkahwinan terpaksa dianjak.
"Paling cepat mungkin selepas sambutan Aidiladha nanti kami akan disatukan bergantung kepada prosedur operasi standard (SOP) perkahwinan yang ditetapkan," katanya.
Menurutnya, persiapan perkahwinan sudah dibuat dengan rapi dan berharap majlis perkahwinan yang dirancang berjalan dengan lancar.
"Ibah seorang yang lemah lembut dan paling penting dia seorang yang memahami dan boleh menerima kelebihan dan kekurangan saya," katanya. (MyMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Boleh cinta atau kenal dulu baru berkahwin, tapi mestilah 'cinta patuh syariah' yakni mengikut peraturan agama..

Siri Cinta  Remaja:
1.'Saya Cinta Sama Dia', Gadis Muda Serah Seks 4 Kali..
2. Korban cinta yang tak direstui ayah.
3. Cari Jodoh Melalui Gantung Poster, Akan Kahwin, In...
Nekat Setubuhi Gadis Muda Hingga 4 Kali, Pria 2 Anak  Terang-terangan Mengaku: Saya Cinta Sama Dia

No comments:

Post a Comment