Tuesday, June 30, 2020

China Paksa Muslimah Uighur Ambil Pil Perancang. M'sia?

China didakwa paksa wanita Uighur ambil pil perancang untuk kawal populasi
China didakwa memaksa kaum wanita di Xinjiang mengambil pil perancang kelahiran dalam usaha menyekat penduduk Islam Uighur berkembang. -Gambar fail
China didakwa paksa wanita Uighur ambil pil perancang untuk kawal populasi.

BEIJING: China didakwa memaksa kaum wanita di Xinjiang mengambil pil perancang kelahiran dalam usaha menyekat penduduk Islam Uighur berkembang.

Dakwaan itu terkandung dalam satu laporan didedahkan sarjana China, Andrian Zenz.

Laporan terbaharu itu mengundang gesaan supaya pihak antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyiasat.

Beijing segera menafikan laporan tersebut dan menyifatkannya sebagai tidak berasas

China sebelum ini berdepan kritikan besar-besaran berhubung layanannya terhadap etnik Uighur di kem tahanan.


Dalam laporannya, Zenz mendedahkan wanita Uighur dan etnik minoriti lain diancam untuk dihantar ke kem tahanan jika enggan menggugurkan kandungan.

Malah, wanita yang mempunyai dua anak atau kurang dibenarkan secara sukarela mengambil alat perancang atau menjalani pembedahan untuk mengikat kesuburan.

Laporan dibuat berdasarkan data dan dokumen rasmi serta temu bual dengan wanita Uighur di Xinjiang.

Menurut Zenz, analisis data laporannya mendapati pertumbuhan semulajadi penduduk di Xinjiang berkurang secara mendadak beberapa tahun lalu.

Katanya, kadar kelahiran menurun 84 peratus di dua wilayah terbesar dihuni Uighur di antara tahun 2015 dan 2018.

Ia terus catat penurunan pada 2019.

Terdapat kira-kira sejuta warga Uighur dan etnik minoriti lain ditahan di China, di mana Beijing menyifatkan sebagai kem untuk mendidik atas pelbagai faktor termasuk memulihkan mereka selepas didakwa dengan keganasan.

Dalam pada itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo menggesa China supaya segera menghentikan amalan membahayakan itu terhadap wanita etnik Uighur.(AA)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Perancang Keluarga' adalah suatu sistem yang digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk membunuh atau menyekat kelahiran bayi terutama di kalangan negara umat Islam atas alasan 'kemiskinan'. 

Di kalangan negara bukan Islam, mereka paksakan seperti yang berlaku di negara China ini dan yang sekandang dengannya. Di Malaysia?? Fikir sendirilah..

Lihat juga..

(https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=3721270538691005963&useLegacyBlogger=true#editor/target=post;postID=7535254641244257493)

3 comments:

  1. negara ni diperintah oleh pas n amno
    apa depa boleh buat
    mau bantah pun takut
    masa diperintah oleh pkr pun sama jugak
    semau takut nyata kebenaran untuk bela saudara islam
    laung islam siang malam tapi kulit saja

    ReplyDelete
  2. Monday, June 29, 2020
    MCA Diasaskan Oleh Komunis Negara China ?
    Shah Nazli

    Penerangan tentang asal usul parti MCA dari Parti Komunis Negara China oleh Puan Zaharah Sulaiman, Penyelidik dan Penulis Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia (ISTAC).

    Antara kenyataan yg didedahkan;

    1️⃣ MCA ditubuhkan 27 Februari 1949 oleh ahli Kuomintang (KMT) sebagai alternatif kepada Parti Komunis Malaya (PKM).

    Kebanyakan pengasas MCA adalah Tentera Komunis berpangkat tinggi dari Division Kuomintang (Division Tentera Komunis China Di Malaya) yg diasaskan oleh Republik Sosial Rakyat China.

    Malah MCA tanpa berselindung menggunakan lambang bintang Kuomintang yg sinonim dengan ideologi Komunis dalam bendera parti mereka.

    ���������� ������ ������ ������.. bermati-matian desak kerajaan bawa pulang abu Chin Peng ke dalam negara.

    TAHUKAH ANDA.. Kenapa pendedahan fakta sejarah asal penubuhan MCA ini hanya dapat didedahkan slps UMNO-BN tumbang PRU14 tempohari ?

    #Sebarkan
    #Viralkan
    #MCA
    #MuafakatKomunis

    ReplyDelete
  3. DNA tulah yang ada disini yang sedang MEROSAKKAN asas2 negara, asas2 perlembagaan dan punyai sikap perkauman yang amat MENEBAL!

    Kerajaaan Australia juga dikatakan punyai masalah yang sama!

    ReplyDelete