Penduduk Beijing menunggu giliran menjalani ujian COVID-19, di mana 8.3 juta sampel sudah diambil dan 7.7 juta orang selesai disaring bagi virus itu. - Foto AFP
BEIJING: China menguatkuasa perintah berkurung tegas ke atas hampir setengah juta penduduk di sekitar ibu negara untuk mengawal kluster baharu COVID-19 yang disifatkan masih 'teruk dan rumit'.
Selepas mengawal virus itu, China kini sekali lagi berdepan gelombang COVID-19 apabila ratusan penduduk di Beijing dijangkiti dan kes meningkat di wilayah terdekat, Hubei.
Penguatkuasa Kesihatan hari ini memerintahkan negeri Anzin yang berada 150 kilometer dari Beijing, ditutup dan dikawal sepenuhnya, menyamai langkah yang diambil di Wuhan awal tahun ini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pasukan khas pandemik, hanya seorang daripada setiap keluarga dibenarkan keluar setiap hari untuk memberi barangan keperluan seperti makanan dan ubat-ubatan.
Tindakan itu dikuatkuasa selepas 14 lagi kes dilaporkan berlaku dalam tempoh 24 jam di Beijing, menjadikan jumlah keseluruhan 311 kes sejak awal bulan ini.
Jangkitan itu pertama kali dikesan di pasar tani Xinfadi, Beijing, yang menjadi lokasi pembekalan makanan segar, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pembekalan makanan.
Sehingga kini, kes ketiga dikesan mempunyai kaitan dengan seksyen penjualan daging dan kambing di pasar itu, yang menyaksikan pekerja dikuarantin berbulan lamanya.
Sementara itu, Global Times melaporkan, 11 daripada 12 kes COVID-19 yang dikesan di Anxin mempunyai kaitan dengan Xinfadi.
Agensi media rasmi Xinhua melaporkan, peniaga di Anxin adalah pembekal ikan air tawar ke pasar tani Xinfadi.
Peningkatan kes di Beijing itu turut menimbulkan ketakutan di China dan ibu negara itu sudah menjalankan ujian saringan besar-besar terhadap pekerja pasar borong, pekerja restoran dan penduduk di kejiranan yang berisiko.
Dalam satu sidang akhbar, penguatkuasa China mengesahkan 8.3 juta sampel sudah diambil ketika ini dan 7.7 juta orang selesai disaring bagi virus itu.
Menurut Global Times lagi, ujian ketika ini sudah diperluaskan merangkumi pekerja pusat kecantikan dan salun rambut.
Pegawai bandar Beijing, Xu Hejian, memberitahu wartawan bahawa epidemik di bandar itu adalah teruk lagi rumit dan memberi amaran supaya usaha mengesan jangkitan diteruskan.
Ketika ini, penduduk di Beijing tidak dibenarkan meninggalkan bandar itu, sekolah ditutup sekali lagi dan puluhan penempatan penduduk diletakkan di bawah perintah berkurung. - AFP
Perhatian:
Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak?
Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi..
Video: Ternak Landak Untung Ribuan Ringgit
Lihat perincian penjelasan..
Bagaimana mendapatkan benihnya?
Sila hubungi..Pak Zuu
Tel 011 33111321 (KL)
Sila hubungi..Pak Zuu
Tel 011 33111321 (KL)
No comments:
Post a Comment