PETANG semalam dua lagi surat tuntutan telah saya kemukakan kepada dua lagi pemimpin DAP, iaitu Wong Kah Woh dan Mohd Farid Mohd Azmi, menjadikan jumlah kesemua surat tuntutan yang telah saya kemukakan kepada pemimpin DAP ialah 10.
Daripada 10 pemimpin DAP ini, tujuh adalah wakil rakyat, iaitu:
1) Ahli Parlimen Stampin dan ADUN Kota Sentosa (Chong Chieng Jen) merangkap Naib Penge(rusi DAP Malaysia dan Pengerusi DAP Sarawak,
(2) Ahli Parlimen Seputeh (Teresa Kok) merangkap Timbalan Setiausaha Agung DAP Malaysia dan Naib Pengerusi DAP Kuala Lumpur,
(3) Ahli Parlimen Iskandar Puteri (Lim Kit Siang) merangkap Ahli Jawatankuasa DAP Malaysia,
(4) Ahli Parlimen Ipoh Timor (Wong Kah Woh) merangkap Ahli Jawatankuasa DAP Malaysia dan Setiausaha DAP Perak,
(5) Ahli Parlimen Kepong (Lim Lip Eng) merangkap Setiausaha DAP Kuala Lumpur,
(6) ADUN Perai (Dr Ramasamy A/L Palanisamy) merangkap Ahli Jawatankuasa DAP Malaysia dan Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang, dan
(7) ADUN Seri Delima (Syerleena Abdul Rashid) merangkap Ahli Jawatankuasa Wanita DAP Malaysia dan Penolong Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang.

Seorang lagi adalah mantan Senator merangkap mantan Naib Pengerusi DAP Malaysia, iaitu Dr Arifin Omar.
Dua orang lagi adalah pegawai kepada pemimpin DAP, iaitu:
(1) Pegawai kepada Chong Chieng Jen (Abdul Aziz Isa) merangkap Pengerusi DAP Kitang, dan
(2) Pegawai kepada Syerleena Abdul Rashid (Mohd Farid Mohd Azmi) merangkap Setiausaha Publisiti DAP Flat Uda dan penggerak Mahasiswa DAP UUM.
(2) Pegawai kepada Syerleena Abdul Rashid (Mohd Farid Mohd Azmi) merangkap Setiausaha Publisiti DAP Flat Uda dan penggerak Mahasiswa DAP UUM.
Mohd Farid Mohd Azmi yang menggunakan nama Farid Maulud dalam media sosial sebenarnya adalah mahasiswa UUM dalam jurusan Business Administration.
Begitupun, walaupun beliau datang dari universiti yang sama dengan saya, surat tuntutan tetap diberikan kepada Mohd Farid Mohd Azmi kerana beliau dalam Posting Facebooknya pada 25 Jun 2020 membuat kenyataan yang membawa maksud bahawa:
(i) Saya memalukan UUM serta semua warga universiti dengan tindakan saya.
(ii) Saya membuat kenyataan berbaur tohmahan dalam Harakah, Utusan dan lain media agensi.
(iii) Saya mempunyai motif yang sangsi dalam menyaman Syerleena Abdul Rashid.
(iv) Saya sangsi kedudukan saya sebagai pensyarah universiti UUM.
(v) Saya tidak lihat kesalahan sendiri lalu menyalahkan pihak lain.
(Saya juga tidak akan terkejut jika Mohd Farid Mohd Azmi akan dihadapkan dengan tindakan daripada pihak lain di atas Posting Facebooknya pada 31 Mei 2020 yang berbunyi “Ingatkan Najib je main rasuah. Rupanya Muhyiddin lagi bapak segala rasuah.”)
Daripada 10 pemimpin DAP ini, dua telah memberi maklum balas rasmi kepada peguam saya melalui peguam mereka, iaitu:
(1) Teresa Kok yang menggunakan khidmat peguam Datuk Sankara Nair.
(2) Syerleena Abdul Rashid yang menggunakan khidmat peguam R S N Rayer.
(2) Syerleena Abdul Rashid yang menggunakan khidmat peguam R S N Rayer.
Walaupun Malaysia Kini pada 23 Jun 2020 menyebut “Ramasamy mengatakan bahawa peguamnya telah menyiapkan surat tuntutan yang akan dihantar kepada Kamarul selewat-lewatnya pada 25 Jun”, sehingga kini surat tuntutan ini belum saya terima.
Apa pun, saya sudah bersedia untuk berpindah dari dunia media sosial ke dunia mahkamah. Doakan kejayaan saya, insya-Allah.
DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 27/6/2020
- Perhatian:
- Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak?
- Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi.
Ternak Landak Untung Ribuan Ringgit
Lihat perincian penjelasan..
Bagaimana mendapatkan benihnya?
Sila hubungi..
Pak Zuu
Tel 011 33111321 (KL)
Ramai yang bersama2 anda, carilah peguam2 terbaik!
ReplyDeleteMCA boleh bertanding di tempat DAP. Buktikan MCA lebih baik dari DAP. Buktikan MCA tidak chauvinese seperti DAP. Jika MCA bertanding di tempat majoriti melayu dan menang, bererti bilangan ahli parlimen china bertambah, MCA plus DAP. Yang ini mesti dielakkan.
ReplyDeletePemimpin parti tamak haloba DAP, P Ramasamy seolah-olah tidak sedar diri apabila mengumpulkan pemimpin politik dan media bagi mendapatkan sokongan untuk mempertahan beberapa kuil yang akan diruntuh kerana dibina tanpa kebenaran pihak berkuasa.
ReplyDeleteNaib Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Zainur Rashid Zainuddin berkata, tindakan melampau pemimpin DAP disebabkan sikap pemimpin Melayu yang terlalu bersikap apologetik.
“Semua orang naik kepala kerana kerajaan terutamanya pemimpin politik Melayu terlalu apologetik dan tunduk dengan permainan politik mereka.