Anwar Cuba Pancung Dr Mahathir Dengan Kes FOREX
Semua tahu dapatan siasatan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) mengenai skandal FOREX di tahun 90'an mendapati terdapat asas yang kukuh untuk dibicarakan di mahkamah.
Malah ketika Pakatan Harapan memerintah, Mahkamah Tinggi telah menolak saman petisyen Dr Mahathir untuk membatalkan lapuran RCI (BACA DI SINI).
Penolakan Mahkamah Tinggi terhadap saman petisyen Dr Mahathir ini adalah bukti yang sangat jelas bahawa mahkamah juga berpendapat terdapat kes yang kukuh untuk dibicarakan skandal terbesar penyelewengan duit negara.
Untuk rekod, siasatan RCI mendapati suspek utamanya ialah Nor Yakcop yang ketika itu adalah sebahagian dari pengurusan tertinggi Bank Negara Malaysia (BNM), kemudiannya dilantik oleh Dr Mahathir sebagai Menteri Kewangan Kedua dan RCI juga mendapati terdapat campurtangan secara langsung dari Dr Mahathir yang ketika itu adalah Perdana Menteri dalam skandal FOREX yang melibatkan kerugian lebih RM30 bilion dalam tahun 90'an (BACA DI SINI).
Namun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang Undang) di era pemerintahan Pakatan Harapan, Liew Vui Keong, telah mengeluarkan arahan supaya tiada tindakan lanjut diambil terhadap kes FOREX tersebut.
Kita tahu, malah Dr Mahathir juga tahu, sekiranya skandal FOREX dibicarakan di mahkamah, maka Dr Mahathir akan mengakhiri karier politiknya di sebalik tirai besi.
Kerana itu semasa dipanggil untuk disoal siasat oleh panel RCI, Dr Mahathir tidak memberikan kerjasama dengan memberikan jawapan 'tidak tahu' atas setiap soalan yang diajukan kepada beliau.
13 Jun yang lepas, melalui akaun Facebook, DS Najib menyarfankan agar semua kes yang telah digugurkan oleh Pakatan Harapan sewaktu mereka memerintah disiasat dan dibuka semula (BACA DI SINI).
DS Najib tidak mengkhususkan terhadap kes FOREX sahaja, malah saranan DS Najib adalah terhadap kesemua kes-kes mahkamah yang telah digugurkan tanpa sebab-sebab yang munasabah sewaktu Pakatan Harapan memerintah.
Anwar melihat ini sebagai satu peluang keemasan untuk 'membunuh' karier politik Dr Mahathir.
Anwar dengan pantas memberikan respom supaya kes FOREX disiasat semula dan sekiranya ada asas yang kukuh, ianya dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan (BACA DI SINI).
Kita tahu saranan Anwar adalah kerana ketika ini beliau menemui jalan buntu untuk meneruskan agenda peribadi beliau untuk menjadi Perdana Menteri.
Walau pun beliau adalah Ketua Pembangkang, namun dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan terutamanya dari DAP, PAN dan Warisan mahu supaya Dr Mahathir dicalunkan sebagai bakal Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya buat kali kedua (BACA DI SINI).
Ianya pasti mengecewakan Anwar kerana walau pun selepas 30 tahun, Dr Mahathir masih lagi menjadi penghalang buat Anwar memenuhi impian untuk menjadi Perdana Menteri.
Satu-satunya cara untuk keluar dari bayangan Dr Mahathir ialah dengan menggesa supaya kes FOREX dikaji semula.
Bila Dr Mahathir sibuk membuat persediaan untuk perbicaraan mahkamah, Anwar mempunyai ruang yang cukup untuk perkukuhkan pengaruh beliau di kalangan pemimpin Pakatan Harapan.
Dan sekiranya Dr Mahathir ke penjara, maka Pakatan Harapan terpaksa bersetuju untuk mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri, itu pun kalau Pakatan Harapan berjaya merampas Putrajaya buat kali kedua.
(http://theunspinners.blogspot.com/2020/06/anwar-cuba-pancung-dr-mahathir-dengan.html)
2 comments:
Bye bye Atok Kerala. Jika Atok didapati bersalah oleh mahkamah, penjara sedang menanti kamu. Menangis air mata darah pun tiada gunanya.
Kita juga berharap atok non liberal mata satu juga disiasat kerana mempunyai kekayaan luar biasa.
Atok sebenarnya sentiasa bersiap sedia. Semua dokumen tersedia ikut rule. Cuma adakah ikut moral.
Post a Comment