DUNGUN: Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun mendesak agar Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) serta Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan dan tindakan sewajarnya ke atas Lim Guang Eng.
Ketua Pemuda PAS Dungun, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata ianya susulan pendedahan surat bekas Peguam Negara, Tommy Thomas kepada mantan Menteri Kewangan tersebut yang tular di media sosial.
“(Dimana) isi kandungan (surat) tersebut jelas menunjukkan LGE, atas kapasiti jawatannya yang dipegang ketika itu (telah) menyalahgunakan kuasanya.
“Kerana cuba mencampuri urusan siasatan dan (telah) mempengaruhi Jabatan Peguam Negara dan SPRM dalam menyahbekukan akaun seorang taikun hartanah,” tegasnya.
Hal demikian dinyatakan melalui satu kenyataan media selepas tampil membuat laporan berkait perkara berkenaan di Balai Polis Daerah Dungun, di sini kelmarin.
Katanya, perkara berkenaan tidak boleh didiamkan kerana dibimbangi terus berlaku penyelewengan berstatus jenayah kolar putih.
“Tiada siapa yang boleh terkecuali dari lunas perundangan sama ada (terbukti) benar bersalah atau tidak kita serahkan (kepada) pihak berkuasa (untuk) bertindak dan menyiasat. (Paling) utama perlu ada tindakan susulan ke atas kes ini,” ujarnya.
Justeru beliau turut berharap agar rakyat celik serta bersatu padu di dalam memastikan negara bebas dari sebarang penyalahgunaan kuasa juga rasuah. – HARAKAHDAILY 15/6/2020
9 comments:
Kes banglo murah LGE nampaknya berkesudahan seperti semua pihak terlibat seakan2 BERPAKAT-PAKAT diantara satu sama lain.
Banyak lapuran2 Polis telah dibuat.
Oleh itu rakyat minta sebuah RCI segera dibentuk untuk MENYIASAT kesemua yang TERLIBAT termasuklah HAKIM yang mendengar kes!!!
Yeahh..bukak kes banglo zahid skali
Jgn lupa pula, semua kes-kes pemimpin UMNO sebelum ini yang bertimbun dan masih tertunggak. Apakakah sebab dah jadi sekutu, semua yang lalu dilepaskan begitu sahaja?
Dan nak tanya camna hudud dan ruu335? Senyap je, tak berrbunyi sekarang ni. Apa kata anta semua, kedai2 judi dah buka semula!Semua senyap aje, agak dah kenyang ke?
Jgn lupa pula, semua kes-kes pemimpin UMNO - najib zahid azeez isa adnan ada lagi tu sebelum ini yang bertimbun dan masih tertunggak. Apakakah sebab dah jadi sekutu, semua yang lalu dilepaskan begitu sahaja?
Dan nak tanya camna hudud dan ruu335? Senyap je, tak berrbunyi sekarang ni. Apa kata anta semua, kedai2 judi dah buka semula!Semua senyap aje, agak dah kenyang ke?
Kuat temberang pasumngok nie... hehehehe. Pemilik blog nie pong ngok jugok.
sat lagi tiada komen ni hahahaha.
Putar putar. Yang kuat putar akhirnya tewas.
Komen dari orang bongok jangan layan nnt kita pun bongok, kes zahid, azez, Tengku nan kan tengah berjalan tarikh perbicaraan bukannya parti tentukan, itu mahkamah tentukan wahai budak bongok
Ruu 355, dewan tengah bersidang ke bongok? Kau ingat nak buat sesuatu undang2 macam buat reban ayam ke?
Takpelah jangan layan budak bongok penyokong parti sosialis... Sosialis tu menatang apa pun dia tak tahu
Jika consisten, ada harapan sangkut macam eric paulsen. Sedap mulut hina islam. Yg ni pulak nak cover kem sendiri. Memang jahat sangat.
jgn harap sgt la...sebab kuasa menerus atau batal pendakwaan oleh AG adalah dibawah perlembagaan... lagi baik masa ddk kerajaan ni kita ushakan agar badan kehakiman perundangan penguatkuasaan prnyiasatan audit dan.spr agar telus dan tidak bleh di pergunakan oleh parti yg memerintah...jgn plak nnti bila ddk pembangkang nyesal bila org slah guna kuasa tekan kita
Post a Comment