Pilihan Raya Negeri Johor?
KEMELUT politik di Johor semakin ‘hangat’ dan ‘tegang’ sejak kebelakangan ini.
Sehinggakan, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar melahirkan rasa dukacita dan kecewa baginda dengan kemelut politik yang berlaku di Johor khususnya, ekoran berlaku lagi perebutan kuasa dan jawatan di kalangan parti-parti politik.
Bahkan, baginda memberi amaran kepada semua wakil-wakil rakyat bahawa baginda bersedia untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor, bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan lebih awal.
Sehinggakan, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar melahirkan rasa dukacita dan kecewa baginda dengan kemelut politik yang berlaku di Johor khususnya, ekoran berlaku lagi perebutan kuasa dan jawatan di kalangan parti-parti politik.
Bahkan, baginda memberi amaran kepada semua wakil-wakil rakyat bahawa baginda bersedia untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor, bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan lebih awal.
Luahan rasa dukacita itu dimuat naik dalam akaun Facebook rasmi baginda sendiri yang bertitah dengan tegas, ada di kalangan pemimpin yang sedang ‘gila kuasa’ untuk berebut jawatan demi kepentingan diri dan parti politik tertentu.
Untuk rekod, Perkara 23 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor dan Perkara 23 (2) menyebut baginda mempunyai kuasa untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri pada peringkat pertengahan, walaupun Dun belum berakhir, tetapi atas nasihat dan ini tertakluk kepada Perkara 7(1).
Maknanya, Menteri Besar Johor ke-18 (sekarang), Dato’ Hasni Mohammad boleh menasihati Tuanku Sultan Ibrahim, untuk membubarkan Dun Johor lebih awal mengikut peraturan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor.
Ini kerana, Pakatan Harapan (PH) Johor, yang terdiri daripada parti DAP, Parti Amanah Negara (PAN) dan PKR mendakwa bahawa mereka mempunyai sejumlah Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) yang mencukupi untuk ‘merampas’ semula negeri itu setelah Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pada bulan Februari lalu.
Spekulasi itu kerana ‘ura-ura’ ada di kalangan Adun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau Bersatu yang pro-Tun Mahathir ingin kembali dan meninggalkan kerajaan PN.
PN mempunyai 29 kerusi Dun di Johor dan PH pula ada 27 kerusinya. Jika ditakdirkan berlaku pembelotan seorang sahaja daripada Adun PN yang pro-PH sudah cukup untuk menyaksikan Dun Johor tergantung.
Justeru itu, melalui satu catatan di Facebook, Sultan Ibrahim bertitah bahawa baginda tidak akan membiarkan Johor ‘dikucar-kacirkan’ oleh mana-mana pemimpin yang gila kuasa.
Jika berlaku lagi perebutan kuasa di kalangan wakil-wakil rakyat dalam mana-mana parti, baginda akan membubarkan Dewan Negeri Johor serta merta. Ini suatu ‘amaran’ keras, yang pastinya gabungan PH kecut perut dengan perkembangan politik semasa ini.
Sebenarnya hubungan baginda dengan MB Johor ke-18, Dato’ Hasni Mohammad, selaku Adun Benut dan Pengerusi Perhubungan Umno Johor, yang baharu dilantik itu tiada masalah buat masa ini.
Beliau menggantikan Dr Sahruddin Jamal dari parti Bersatu yang dilantik sebagai MB ke-17, daripada PH pada 14 April, 2019 lalu. Dato’ Hasni juga merupakan Menteri Besar Johor yang ketiga dalam tempoh kurang dari tiga tahun selepas PRU ke-14, pada 9 Mei 2018.
Agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor ketika ini terdiri daripada parti Umno 14 kerusi, DAP (14), Bersatu (11), PAN (9), PKR (5), MIC (2) dan PAS satu kerusi. (HARAKAHDAILY 6/6/2020)
3 comments:
Chin Tong is warlord DAP claims Mahathir, Anwar need to work together to oust Muhyiddin, Najib.
Lets think carefully and anal'ised this Chinese Chin Tong DAP did to the Malay leader especially Tun Mahathir and Brother Anwar Bin Ibrahim..!?
He's trying to bring conflict among the Malay leaders from PH and PN.
Who is will get the benefit from Chin Tong plan..!?
Do this plan will benefit to Bersatu, PKR , Tun, Brother Anwar, PN, PH or DAP..!?
Chin Yong The Big 'batu api' (bring into conflict) DAP trying Malay leaders fighting each other.
If Malay people lets this Chin Tong plan happen whos is the winner at last..!? The winner of course goes to DAP.
What the Malay have it from this plan..NOTHING..!!
Whats Malay people will get from this Chin Tong the DAP Batu Api planned.!?
Haahhh Tepokkkk...!!
Tuduh orang pencuri tapi sapa yang mencuri sekarang ni..!?
SPRM rampas RM600,000 dari rumah dua ahli Armada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor merampas sejumlah wang tunai berjumlah RM600,000 dari rumah dua anggota Pemuda Bersatu (Armada).
Menurut laporan The Star, wang tersebut dipercayai milik parti itu.
Pengarah siasatan SPRM, Norazlan Mohd Razali dipetik sebagai berkata, kedua-dua ahli Armada itu disoal siasat pada 5 Jun lalu berhubung laporan yang dibuat oleh Anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman berhubung kehilangan RM250,000 dari peti simpanan di rumahnya.
"Setelah disoal siasat, pegawai pergi ke rumah kedua-dua anggota berkenaan di dua lokasi berasingan di Kuala Lumpur.
"Para pegawai menemui sejumlah RM600,000 wang tunai di dua lokasi," katanya.
Baru 22 bulan berkuasa dah ikut mentor depa kepala perompak negara.
Dr raj dari kelompok ph. Anggota badan pun jadi niaga.
Post a Comment