Friday, June 05, 2020

Jual Isu ‘mandat rakyat’.. Tak Laku-laku Lagi?

Kembali Mandat Rakyat? - Minda Rakyat
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) sehingga kini masih ‘menjual’ isu mandat rakyat supaya mengembalikan pentadbiran negara kepada mereka mengikut lunas perundangan selepas kerajaan PH tumbang hasil peletakan jawatan Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam satu kenyataan, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ), Ahmad Nawfal Mahfodz berkata sering kali timbul pertanyaan berhubung peralihan kuasa kepada kerajaan Perikatan Nasional adakah ia tidak mengikut lunas perlembagaan sedia ada.
“Adakah sekiranya PH memerintah baru dikatakan mengikut lunas perlembagaan?” Soalnya.
Beliau berkata demikian berikutan terdapat kenyataan pimpinan PH yang dilihat cuba untuk mencabar titah Sultan Johor apabila menyatakan pihaknya konsisten dengan pendirian bahawa mandat rakyat yang diterjemahkan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 mesti dikembalikan mengikut perundangan.
Semalam, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memberi amaran bahawa baginda sedia membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sekiranya perebutan kuasa terus berlaku dalam kalangan wakil rakyat di negeri ini.
Sultan Johor bertitah kecewa dengan kemelut politik yang masih berlaku di negeri ini kerana ada pemimpin yang gila kuasa dan terus merebut jawatan demi kepentingan diri.
Mengulas lanjut, Nawfal berkata, desakan PH itu dilihat seolah-olah cuba menghasut rakyat untuk membelakangi Fasal 23(2) Undang Tubuh Negeri Johor 1895 yang memberikan hak kepada Raja untuk memansuh (membubarkan) atau mengekalkan Dewan Undangan Negeri.
Kata beliau, pihaknya menjunjung titah Sultan Johor supaya para wakil rakyat tidak sibuk untuk berebut kuasa dan jawatan di saat rakyat sedang berada dalam kesempitan.
“Dalam suasana kerajaan masih dalam usaha pemulihan sosio ekonomi dan kesihatan rakyat akibat penularan pendemik Covid-19, adalah baik sekiranya pembubaran DUN dapat dielakkan,” ujarnya.
Walau bagaimanapun, beliau berkata seandainya berlaku pembubaran DUN rakyat jangan lagi memilih calon yang hanya mementingkan diri dan parti mereka sahaja walaupun di saat rakyat hidup susah.- HARAKAHDAILY 4/6/2020
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Maaf, masih tak laku-laku lagi..

3 comments:

Anonymous said...

Pakatan Hancing pimpinan parti kafir Harbi Harbi DA-Pigs mahu bercakap tentang mandat rakyat sedangkan mereka sendiri telah kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu, pembohongan, fitnah dan u-turn dengan alasan bodoh konon manifesto Pakatan Hancing bukan kitab suci.

Puak kafir Harbi dan khadam liberal mereka adalah puak hipokrit muka tembok yang tidak tahu malu.

Unknown said...

Tunggu undi lihatlah kuasa allah
Mandat rakyat dan demokerasi

Anonymous said...

"Mahathir juga berkata beliau tidak mahu menjadi perdana menteri sekali lagi, tetapi akan memegang jawatan itu jika diminta untuk sementara waktu.

Ketika ditanya apakah beliau akan menjadi calon perdana menteri sekali lagi, Mahathir berkata beliau tidak menawarkan diri bagi jawatan itu."

“Saya tidak menawarkan diri, tetapi saya melihat perkara-perkara ini sebagai tugas. Saya tidak berminat dengan kepuasan sendiri, tetapi jika saya dapat memberi perkhidmatan dan orang berpendapat saya boleh memberi perkhidmatan, saya ada.

Masih Mencuba dan masih mengharap MP-MP bagi peluang Nasib pada MADEY dengan "KATA-KATA" seolah dia sahaja yang masih bernilai sangat..
MP-MP yang yang menteri kena pecat lepas 22 bulan lalu kalau masih tak belajar dari pengalaman kena TIPU , kena KENCING, kena BOHONG, kena PERMAIN dan paling UTAMA KENA BANGANG DENGAN MADEY..tak serik lagi ke..ke nak "KENA" semula ayat "KENA" tu kali KEDUA oleh si MADEY ..SI PEMBUAT KEMUSNAHAN KARIER ORANG LAIN..

MP-MP orang terpelajar..BIAR TERPELAJAR DAN MEMPELAJARI BUKAN NYA TERPELAJAR TAPI MASIH DI PERBONGOK KAN oleh manusia yang semakin kurang kewarasan atas sesuatu KEGILAAN..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails