Antara paling laris di pasaran adalah tali pinggang panglima perang hitam dan baju wafaq perang yang didakwa mampu melindungi diri dari bahaya jika dipakai di pinggang atau tubuh.
LAZIMNYA dahulu, objek khurafat membabitkan tangkal dan azimat hanya mampu diperoleh jika mengunjungi negara jiran, dukun atau pawang di pedalaman. Namun perubahan zaman menyaksikan semua itu mampu dibeli melalui platform jualan dalam talian atau e-dagang.
Ternyata pengguna tidak hanya ditawarkan produk kegunaan harian dan barangan rumah, malah boleh menempah pelbagai minyak pengasih, azimat, pelindung diri, tangkal kebal, gelang tarik rezeki, batu sakti, tali pinggang anti santau dan pelbagai barangan mistik lain.
Tinjauan wartawan Harian Metro di beberapa laman web e-dagang popular mendapati pelbagai azimat dan tangkal yang jelas bertentangan akidah bebas dijual.
Antara paling laris di pasaran adalah tali pinggang panglima perang hitam dan baju wafaq perang yang didakwa mampu melindungi diri dari bahaya jika dipakai di pinggang atau tubuh.
Melalui keterangan dilampirkan, si penjual mendakwa barangan itu boleh dijadikan azimat apabila diletakkan di pintu rumah atau kereta sebagai pendinding diri, penunduk musuh serta alat anti santau serta sihir.
Melalui keterangan dilampirkan, si penjual mendakwa barangan itu boleh dijadikan azimat apabila diletakkan di pintu rumah atau kereta sebagai pendinding diri, penunduk musuh serta alat anti santau serta sihir.
Malah turut ditawarkan azimat kulit kijang yang didakwa memiliki aura istimewa untuk menjadikan di pemakai bertubuh kebal, ditakuti jin, menaikkan semangat serta memiliki kewibawaan tinggi.
MINYAK aura buluh perindu.
Turut menarik perhatian pelbagai jenis minyak pengasih yang menggunakan nama minyak puteri, minyak perindu asli, minyak rakyom dan pelbagai nama pelik.
Semua minyak ini dijual antara RM150 hingga RM600 sebotol, didakwa dihasilkan ketika bulan mengambang khusus untuk kelihatan tampan, menundukkan individu disukai, pemikat dan pelaris perniagaan.
Selain itu ada pelbagai azimat pelik dijual melalui dalam talian antaranya geliga kelapa, rotan songsang, raja kemenyan, geliga lipan, teras delima dan besi kuning yang diyakini mampu membawa kemenangan ketika berjudi selain digunakan golongan VIP untuk meraih sokongan dan kekayaan.
MINYAK harum pengantin.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, agak pelik apabila ada dalam kalangan masyarakat masih mempercayai objek dan amalan khurafat ini walaupun teknologi maklumat berkembang.
Menurutnya, agak sukar menghakis kepercayaan karut dan mistik terhadap objek mengarut terutama dalam kalangan individu cetek ilmu agama.
"Masyarakat perlu lebih berhati-hati dan merujuk ilmuwan berhubung rantaian produk dalam talian yang meragukan.
"Gaya pembelian dalam talian membabitkan produk yang menjurus kepada amalan bertentangan agama mampu membawa kepada kekufuran," katanya.
Azimzt
Menurutnya, orang ramai dinasihati membina elemen pemikiran minda keselamatan iaitu cara pemikiran berasaskan kepentingan menilai secara kritikal terhadap sebarang elemen kecenderungan penipuan dan ideologi bertentangan norma asas agama Islam.
Menurutnya, orang ramai dinasihati membina elemen pemikiran minda keselamatan iaitu cara pemikiran berasaskan kepentingan menilai secara kritikal terhadap sebarang elemen kecenderungan penipuan dan ideologi bertentangan norma asas agama Islam.
"Antara faktor mendorong berlaku khurafat adalah mudah mempercayai perkara tahyul, kecetekan ilmu agama dan terpengaruh dengan kelebihan seseorang atau benda," katanya.
Perbuatan syirik ibarat racun dalam badan
"(Perbuatan) khurafat ini tidak mengira zaman. Sebelum ada banyak kemudahan atau pada zaman serba canggih kini, khurafat tetap wujud," ujar Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Menurutnya, umat Islam perlu menjauhi atau mengelak daripada terjebak perkara khurafat yang boleh mendatangkan syirik.
"Khurafat adalah dosa yang tidak boleh diampunkan. Umat Islam perlu elak terjebak perkara khurafat kerana ia membawa kepada syirik," katanya.
Beliau turut membidas aktiviti penunggang agama menjual tangkal menggunakan platform media sosial.
Katanya, kepercayaan karut tidak sepatutnya dilayani umat Islam.
MOHAMAD Shukri. FOTO Arkib NSTP
"Sama ada ditawarkan dalam bentuk kemudahan maya dan sebagainya, kita perlu menepis dan mengelak perkara ini.
"Pembekal barangan ini jangan ambil kesempatan. Agama tidak boleh ditukar ganti atau dijual dengan kebendaan.
"Perkara seperti ini sanggup dilakukan mereka yang menjadi hamba kebendaan.
Nabi menyebut celakalah manusia yang jadi hamba kepada dinar atau dirham (wang ringgit)," katanya.
Sementara itu, pendakwah terkemuka, Ahmad Dusuki Abd Rani berkata, kesan kepercayaan amalan khurafat atau syirik umpama racun yang memudaratkan tubuh badan.
"Jangan ambil atau percaya benda khurafat ia macam racun hingga menyebabkan amalan seseorang itu tidak diterima.
"Bahaya lagi kalau dia mati dalam keadaan syirik tanpa sempat bertaubat.
"Dalam Islam diajar cepat bertaubat dan perbetulkan segera kesalahan. Jangan biar ia terus menguasai diri," katanya.
Perhatian:
Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak?
Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi..
Video: Ternak Landak Untung Ribuan Ringgit
Lihat perincian penjelasan..
Bagaimana dapatkan benihnya?
Sila hubungi Pak Zuu
Tel 01133111321 (KL.)
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com
Great info. Thank you for sharing this fascinating information together. Buy Essay Online Cheap
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteI will certainly digg it and individually recommend to my friends.
ReplyDeleteMath Tutors UK
You can share happiness and joy with your friends and family on New Year night by sending those SMS.
ReplyDelete