Tuesday, June 30, 2020

K'jaan PN (PM 8) Baru, Terus Berusaha Merubah Gelandangan. Benarkah?


Gelandangan: Mahu berubah atau sebaliknya?
Sikit Tazkirah Ekonomi:

PELBAGAI alternatif diwujudkan bagi terus membela nasib gelandangan untuk memberi jaminan dan kehidupan yang lebih selesa.

Isu gelandangan mula mendapat perhatian utama daripada kerajaan sejak negara dilanda wabak Covid-19.

Ekoran tindakan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) sejak 18 Mac 2020, membuatkan ramai pihak yang tertanya-tanya bagimana akan nasib gelandangan ketika itu.

Walau bagaimanapun, keprihatinan kerajaan yang sentiasa mengalu-alukan cadangan dan suara rakyat telah mencakna kebajikan gelandangan yang amat terjejas di ibu negara.

Langkah yang diambil oleh kerajaan itu, dengan menyediakan kemudahan tempat tinggal sementara untuk gelandangan, makan minum dijaga dan dikawal serta dirawat oleh anggota kesihatan dengan baik.



Berita yang lebih menggembirakan kepada rakyat Malaysia apabila kerajaan memutuskan ingin menyediakan jaminan pekerjaan kepada gelandangan serta membimbing mereka sehingga mampu berdikari.
Di sebalik kegawatan penularan wabak Covid-19, jelas terpancar rasa gembira pada wajah golongan gelandangan yang selama ini hidup tanpa arah tujuan termasuk merempat di kota metropolitan Kuala Lumpur ini.
Namun pun begitu, pasti timbul pelbagai persoalan serta kerisauan terhadap jaminan buat golongan gelandangan, adakah nasib gelandangan akan terus terbela atau kembali merempat selepas tamatnya tempoh PKP ini nanti?
Tinjaun Harakah sekitar kawasan Lebuh Pudu, Pasar Seni, termasuk lingkaran pembangunan ‘River Of Life’ di ibu kota, mendapati golongan itu dilihat tidak seperti hari kebiasaan.
Rata-rata gelandangan berusia lebih kurang 40 tahun yang masih kelihatan di sekitar kawasan berkenaan. Namun dapat dilihat kurangnya golongan gelandangan dalam kelompok muda.
Ketika tinjauan, Harakah bertemu sekumpulan sukarelawan mengedarkan makanan kepada gelandangan di sekitar Jalan Raja Laut.
Seorang sukarelawan yang hanya ingin dikenali dengan nama Sollahudin berkata, semenjak pihak kerajaan mengumumkan inisiatif bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan gelandangan, populasi golongan itu semakin berkurangan.
Hal ini kerana mereka telah memiliki pekerjaan bagi menampung kehidupan selepas mendapat peluang untuk menjalani pekerjaan yang disediakan.
“Perkara ini juga dapat dilihat kebiasaan golongan itu mula beratur panjang untuk mendapatkan makanan, tapi sejak kerajaan umum sediakan peluang pekerjaan mereka kini sudah makin berkurang datang ke sini untuk ambil makanan.
“Selalunya, akan habis awal makanan yang dibawa untuk dibahagikan, tapi sekarang ini kita boleh nampak mereka makin kurang datang,” katanya ketika ditemui di sekitar kawasan tinjaun itu.
Berdasarkan pemerhatian Harakah, gelandangan yang tampil untuk mendapatkan makanan daripada kumpulan sukarelawan itu, mendapatkan makanan daripada kumpulan sukarelawan itu hanya belasan gelandangan sahaja yang datang.
Ini jelas, menunjukkan satu signal yang positif terhadap usaha baik yang dilakukan oleh kerajaan dalam membela nasib golongan gelandangan di negara ini.
Petanda ini juga, menunjukkan kerajaan prihatin demi memastikan kebajikan dan keselesaan mereka terus terjamin.
Sebelum ini, kerajaan juga memberi satu sinar yang baik terhadap gelandangan yang diselamatkan sepanjang tempoh PKP, yakni golongan ini ditawarkan pekerjaan dalam sektor perkilangan atau pekerja am, bagi memastikan golongan itu tidak kembali merempat selepas tamat tempoh PKP.
Inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan itu, membuka peluang kepada golongan gelandangan untuk memperbaiki kehidupan mereka dari lingkaran kesempitan hidup ke arah lebih baik setelah memiliki pekerjaan.
Bagaimanapun, ia bergantung kepada golongan gelandangan sama ada mahu membuat satu perubahan atau sebaliknya, setelah pelbagai mekanisma diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu mereka untuk keluar dari kelompok kehidupan yang sedia ada.- HARAKAHDAILY 29/6/2020
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mari kita  renung ayat ini.. Surah Ar-Ra'd ayat 11 Allah berfirman..
Ertinya: "Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia." (QS. Ar-Ra'd: 11)
Ayat di atas, sering dipotong pada bahagian, "Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."
Penggalan ayat di atas kerap dimaknai sebagai suatu motovasi bahawa kita sebagai manusia perlu selalu berusaha untuk meraih apa yang diinginkan. Misalnya, ketika kita bercita-cita memiliki kereta, maka kita perlu berusaha dengan sekuat tenaga untuk mengumpulkan wang yang cukup agar dapat membeli kereta tersebut, tentu dengan cara yang halal.
Dalam tafsir Fidzilalil Qur'an, Said Quthb menjelaskan bahwa Allah selalu mengikuti manusia dengan memerintahkan malaikat penjaga untuk mengawasi apa saja yang dilakukan manusia ketika mereka berusaha mengubah diri dan keadaannya.
Pada hakikatnya memang Allah telah menentukan 'Takdir' manusia akan bernasib baik atau bernasib buruk. Tetapi, nasib tersebut berdasarkan ayat di atas akan berubah sesuai dengan apa yang dilakukan manusia itu sendiri.
Nasib yang asalnya baik boleh berubah menjadi buruk ketika manusia telah melakukan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan apa yang diperintahkan Allah.
Nasib seperti ini sebagaimana pernah terjadi terhadap umat-umat terdahulu yang asalnya dalam kemuliaan tetapi secara tiba-tiba berubah menjadi kehancuran kerana ulah mereka sendiri. Misalnya nasib yang dialami oleh umat Nabi Hud AS. Mereka pada awalnya hidup dalam keadaan baik, penuh dengan kekuatan, dan bergelimang keindahan duniawi. 
Tetapi kerana keburukan yang mereka lakukan melampaui batas, maka Allah menimpakan kehinaan kepada mereka. Seiring waktu berjalan, kaum Nabi Hud semakin menjadi-jadi dalam melakukan kezaliman dan kesyirikan. Kerana keangkuhan kaum Nabi Hud itulah Allah kemudian menimpakan sebuah bencana yang membuat mereka binasa.
Hujan yang turun selama tujuh malam lapan hari menerjang wilayah kaum Nabi Hud. Angin kencang dan udara yang amat sejuk menyertai hujan tersebut sehingga mereka yang mendustai Allah tidak terselamat lagi. Kisah tersebut semakin menunjukkan bahawa kita sebagai manusia perlu selalu berbuat kebajikan dan tetap di jalan Allah agar kita mendapat nasib yang baik.
Dalam kontek kerajaan Malaysia masakini, kerajaan baru PN bawah PM 8, perlu mengambil pelajaran dari kerajaan PH 7 sebelumnya, yang diterbalikkan kerajaannya oleh Allah SWT seperti yang berlaku ke atas kaum Hud tersebut. 
Ini baru sikit. Oleh itu, jangan abaikan juga soal gelandangan dan kemiskinan di kalangan rakyat. Semoga kita semua yang pelbagai agama dan pegangan hidup di negara ini, selalu dalam lindungan-Nya. 
Wallahu a'lam. 

5 comments:

Abdullah. said...

Hu.. hebat huraian semasa Pak Ibnu.
Terima kasih.

Anonymous said...

Sybas, Bro Hasim. Truskan! Jangan pedulikan setan2..

Anonymous said...

Harapkan ph, tak habis2 dengan siapa pm ke9

Azmath explains. said...

Your article is impressive and has good details in it.
I'm a new blogger would like to have a advise from you.Please read my tech articles on myriad topics at http://techsuggestions.com/
http://techsuggestions.com/corona-virus-spread-through-flushing/
for iOS14 click http://techsuggestions.com/wwdc20-ios14-apple-watch-mac.../
http://techsuggestions.com/chameleon-skin-for-robots/

Would be humbly glad to get your support for mutual growth.

Regards,
Azmat

Ibnu Hasyim said...

Azmat
tq,
saya sambut pelawaan anda,
kita akan berkomunikasi terus
saya tertarik dengan jalur fikir anda..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails