Monday, June 01, 2020

Korban cinta yang tak direstui ayah.

ROMINA dipenggal bapanya kerana hubungan cintanya dengan lelaki berusia.
ROMINA dipenggal kepala oleh bapanya kerana hubungan cintanya dengan lelaki berusia.


Tehran: Hanya disebabkan mencintai lelaki yang 21 tahun lebih tua daripadanya, remaja perempuan dibunuh bapa apabila kepalanya dipenggal ketika tidur di dalam bilik di wilayah Gilan, barat laut Iran.
Kematian Romina Ashrafi, 14, dianggap bapanya sebagai pembunuhan kehormat bagi menjaga maruah keluarga namun mencetuskan kemarahan rakyat negara itu selepas didedahkan media tempatan.
Media menggelar tragedi berkenaan sebagai kegagalan perundangan dalam melindungi hak wanita dan kanak-kanak selain rakyat mewujudkan tanda pagar #Romina_Ashrafi yang diulang ciap 50,000 kali di Twitter.
Kebanyakan mereka mengutuk pembunuhan terbabit dan sifat patriarki dalam masyarakat Iran secara umum.
Memetik BBC, Romina bercinta dengan lelaki berusia 35 tahun dan mahu berkahwin, namun hubungan itu ditentang keluarga hingga dia melarikan diri bersama lelaki berkenaan.
Polis menemuinya selepas lima hari hilang dan Romina dihantar pulang meskipun dia memberitahu nyawanya dalam bahaya jika kembali ke pangkuan keluarga.
Dilaporkan, remaja itu diserang bapanya dikenali Reza dengan sabit pada malam Khamis sebelum bapanya keluar bersama senjata berkenaan di tangan serta mengaku melakukan pembunuhan itu sebelum ditahan polis.
Dalam pada itu, The Guardian melaporkan Presiden Iran Hassan Rouhani mengarahkan kabinetnya segera bertindak menangani kes itu dan melihat semula perundangan yang melindungi wanita dan kanak-kanak.
Penasihat presiden bagi hak asasi manusia, Shahnaz Sajjadi berkata, "Kita perlu mengubah pandangan bahawa rumah adalah tempat selamat untuk kanak-kanak dan wanita. Ini kerana jenayah terhadap wanita dalam masyarakat sangat rendah jika dibandingkan dengan keganasan di dalam rumah."
Undang-undang syariah Iran membenarkan pengurangan hukuman ke atas bapa dan ahli keluarga yang didakwa membunuh atau mencederakan kanak-kanak dalam keganasan rumah tangga atau yang disifat 'pembunuhan kehormat'.
Jika lelaki itu didapati bersalah, dia dihukum penjara antara tiga hingga 10 tahun, berbanding hukuman mati bagi kes pembunuhan biasa. -Agensi

Sila lihat sebelum ini..
*'Saya Cinta Sama Dia', Gadis Muda Serah Seks 4 Kal...
Nekat Setubuhi Gadis Muda Hingga 4 Kali, Pria 2 Anak  Terang-terangan Mengaku: Saya Cinta Sama Dia

2 comments:

Anonymous said...

Dan ketika Malaysia sedang diduga dengan pandemik COVID-19, maka tak hairanlah jika kebanyakan rakyat Malaysia mengakui pemimpin politik sempat mementingkan senario tersendiri dan bukan mengambil berat tentang isu rakyat.

Ini antara penjelasan yang dibuat oleh netizen menerusi ruangan komen di Facebook, Ada yang berpandangan bahawa para pemimpin sepatutnya berganding bahu dalam memikirkan cara untuk mengatasi krisis COVID-19.

“Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang berganding bahu untuk menangani setiap permasalahan rakyat dan negara. Bukan pemimpin yang tidak habis-habis mengejar pangkat, kuasa demi kepentingan sendiri,” menurut pengguna akaun bernama Jeff Cahaya Elektrikal.

Menurut Wasoo Thivagaran pula, beliau melihat hanya sebilangan kecil wakil rakyat yang tampil membantu orang ramai ketika waktu sukar ini, manakala yang lain dilihat banyak terlibat dalam drama politik.

“Kami memilih anda untuk melakukan perkhidmatan kepada orang ramai tetapi anda semua telah melupakan orang ramai dan menumpukan perhatian kepada cara menjaga keselamatan diri,” tambahnya laporan penuh sila baca di SINI

Oleh itu tak hairanlah jika 'Katak-katak politik' dijangka akan melompat lagi...

Anonymous said...

Kita melihat kegilaan poliTIKUS pakatan hancing yang luar biasa mengejar kuasa tanpa mempedulikan penderitaan rakyat di waktu wabak covid-19 melanda negara.

Puak kafir Harbi dan khadam liberal ini hanya layak hidup bersama dengan monyet, ular anakonda, ikan piranha dan babi hutan dll di hutan Amazon kerana mereka suka hukum rimba.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails