Monday, June 08, 2020

Lagi B/Menteri PH Didakwa RM120K, Transfer Ke Akaun ASB.


Terdedah lagi, RM120k wang Armada di-transfer ke akaun ASB Syed Saddiq
by - Cinca 

Kuala Lumpur: Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Lokman Adam mendakwa Syed Saddiq bakal didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana menyelewengkan wang sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Armada.

“Duit orang ramai derma kepada Armada Bersatu Enterprise terima dalam RM900 000. Dari jumlah itu, RM120 000  telah dipindahkan kedalam  akaun ASB Syed Saddiq.

“Jadi bersedialah Syed Saddiq, tiada lagi Tommy Tomato (Thomas) menyelamatkan kamu kerana kes ini bakal didakwa oleh SPRM.

“Keduanya, dulu kamu ada Latifa Koya untuk selamatkan nyawa kamu, tetapi kini dia sudah tiada.” – Lokman Adam


Lokman Adam turut berkata Syed Saddiq bakal didakwa kerana memberikan keterangan palsu kepada SPRM berhubung wang RM250k yang hilang dari rumah ketua Armada tersebut.

“Syed Saddiq pada mulanya berkata duit itu datangnya dari orang ramai, maknanya duit parti.

Apabila perlembagaan Bersatu mengatakan bendahari agung parti tidak boleh memegang lebih dari RM50k, bagaimana pula ketua Armada boleh memegang RM250k.

“Oleh itu Syed Saddiq kemudian telah mengubah alasannya dengan mengatakan duit tersebut datang dari kedua ibu bapanya.” – Lokman Adam

Lokman Adam berkata demikian dalam satu video secara langsung di akaun youtube beliau. Walau bagaimanapun, tiada sebarang bukti ditunjukkan beliau bagi mengesahkan dakwaan tersebut.


Terdahulu, The Star melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai berjumlah RM600,000 dari dua ahli pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Armada yang dipercayai disalahgunakan daripada parti itu.

Wang tunai itu dijumpai di rumah dua anggota Armada tersebut.

Pengarah siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd Razali berkata, pegawai telah memanggil mereka pada 5 Jun untuk merakam keterangan mereka ketika siasatan berhubung wang tunai RM250,000 yang hilang dari rumah ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Setelah disoal siasat, pegawai pergi ke rumah dua anggota di dua lokasi yang berbeza di Kuala Lumpur.

Pegawai menemui sejumlah RM600,000 wang tunai di dua lokasi,” – Datuk Norazlan Mohd Razali

SPRM turut merampas sebuah kereta bernilai RM100,000 milik ahli parti lain, dipercayai dibeli dengan dana yang disalahgunakan.

Pada perkembangan berkaitan, Armada Bersatu Malaysia mengeluarkan kenyataan mendakwa wang RM600k yang dirampas SPRM itu merupakan sebahagian dari jumlah wang yang dikeluarkan untuk bantuan Bantuan Covid19, Bulan Ramadhan dan Hari Raya.

“Namun RM600 ribu yang disebut adalah sebahagian dari jumlah wang yang dikeluarkan bagi persiapan untuk kegunaan Bantuan Covid19, Bulan Ramadhan dan Hari Raya.

“Hal ini adalah kerana ketidak tentuan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tempoh hari.” – Kenyataan Armada Bersatu Malaysia


SPRM memulakan siasatan berhubung kehilangan RM250,000 dan menyoal Syed Saddiq dan dua yang lain pada bulan April, berikutan aduan yang dibuat ketua Armada tersebut.

Syed Saddiq telah membuat laporan polis pada 29 Mac, dengan mengatakan bahawa wang itu disimpan di peti besi di rumahnya dan mendakwa bahawa hanya beberapa orang yang mengetahui kod gabungannya dan bahawa dia terakhir membukanya pada 13 atau 14 Mac.

Beberapa ahli Armada yang setia kepada Syed Saddiq dan Tun Dr Mahathir pula mendakwa tindakan SPRM ke atas ahli Armada merupakan intimidasi terhadap mereka yang mengkritik kerajaan Perikatan Nasional.

Walau bagaimanapun, SPRM menolak dakwaan tersebut dan menegaskan tindakan yang diambil oleh badan terbabit hanyalah menyiasat aduan yang dibuat oleh Syed Saddiq berhubung kehilangan wang dari peti simpanan rumahnya pada bulan Mac lalu. – TTKM

1 comment:

Anonymous said...

Ha ha ha
Puaka rimba, hanya tinggal bunyi ekor cicak terkodek-kodek..
Kepalanya dah penyet terapit pintu...
kesian.. rugi dunia akhirat..masih jilat pungkok tak basuh gian end..
ha ha ha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails