Tindakan kedua-dua mereka meninggalkan parti UPKO adalah disebabkan hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti. - Foto Astro AWANI
Dua ADUN UPKO tinggalkan parti, jadi wakil rakyat bebas
PENAMPANG: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa serta-merta.
Mereka ialah ADUN Sugut, Datuk James Ratib dan ADUN Kuala Penyu, Datuk Limus Jury.
Pada sidang media hari ini, tindakan kedua-dua mereka meninggalkan parti UPKO adalah disebabkan hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti.
Selain itu, tindakan mereka juga adalah untuk memastikan kelangsungan pembangunan di kawasan masing-masing.
Ekoran pengumuman itu, kedua-dua mereka kini menjadi ADUN Bebas dan belum memutuskan untuk menyertai mana-mana parti.
Bagaimanapun, mereka menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan kepimpinan UPKO kerana memberi peluang bersama-sama dalam kerajaan negeri," katanya James dan Limus pada Isnin. (AA)
Bagaimanapun, mereka menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
2 comments:
Berita baik untuk PN dan berita buruk untuk PH. Luka PH kerana kecewa menjadi semakin parah.
Tepuk........
Ari tu Doriyah hari ini di Sabah dari UpKO pulak mengatakan formula waknjemin tepok berderai makin betul.
saya ulangggg...!!
Formula Wak Jemin Tepok Berderai
129 - 1 = 107
kah kah kah berderai tawa nyer..!!
kikikiki
Post a Comment