DARIPADA Nukman bin Basyir berkata, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Ingatlah bahawa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad. Jika ia rosak, maka rosak pula seluruh jasad. Ketahuilah bahawa ia adalah hati”.
Pada 4 Julai depan, Pahang bakal mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Chini, berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Dato’ Seri Abu Bakar Harun, di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung di Bangsar, 7 Mei lalu.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dato’ Azhar Azizan Harun, telah memaklumkan bahawa hari penamaan calonnya pada 20 Jun dan tarikh pengundian awal pula pada 30 Jun.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, Allahyarham Abu Bakar mewakili calon Barisan Nasional (BN) memperolehi 10,027 undi, menewaskan calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) undi, dan calon Parti KeADILan Rakyat (PKR), Mohamad Razali Ithnain yang hanya mendapat 1,065 undi.
Justeru, adakah calon PKR yang mewakili Pakatan Harapan (PH) ada ‘berani’ menghulurkan lehernya untuk ‘disembelih’ sekali lagi pada siri-siri PRK, yang sebelum ini menyaksikan satu persatu hulubalangnya terkorban?
PAS sudah tentunya akan membantu calon BN itu atas dasar Kerjasama Muafakat Nasional (MN) yang telah dimeterainya dengan Umno tahun lalu. Kini, Umno-BN akan bertambah kuat di Dun Chini itu dengan sokongan PAS, Insya’Allah.
Sesungguhnya, PRK Chini, Pahang ini merupakan pilihan raya ke-11 bakal diadakan selepas PRU14. PRK pertama diadakan ialah Dun Sungai Kandis, Selangor pada 4 Ogos 2018. PRK ke-2 dan ke-3 di Dun Balakong dan Dun Seri Setia, Selangor diadakan serentak pada 18 September 2018.
PRK ke-4, di Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan ini diadakan berikutan penyandangnya Laksamana Muda Dato’ Danyal Balagopal Abdullah (B) (PKR) telah meletak jawatan pada 12 September 2018 lalu bagi memberi laluan kepada ‘bakal’ PM, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Ahli Parlimen Port Dickson. PRK ke-5 pula berlaku tahun baharu 2019 di Parlimen Cameron Highlands pada 29 Januari 2019, yang menjadi titik hitam permulaan PH kalah, BN menang.
Pada PRK ke-6 di Dun Semenyih, Selangor diadakan pada 2 Mac 2019 yang menyaksikan PH kalah dan BN menang. PRK ke-7 berlaku di Dun Rantau, Negeri Sembilan juga menjadi pukulan maut PH kalah dan BN menang pada 13 April 2019. Selepas itu, datang pula PRK ke-8 Parlimen Sandakan di Sabah pada 11 Mei 2019 yang menyelamatkan maruah PH tetapi bukan ditangan BN.
PRK ke-9 seterusnya berlaku di Parlimen Tanjung Piai, Johor pada 16 November 2019, menyaksikan PH kalah dan BN menang lagi. Manakala, PRK ke-10 telah berlaku di Parlimen Kimanis, Sabah pada tahun baharu 2020 iaitu 18 Januari dan sekali lagi calon PH terkorban ditangan BN-Umno Sabah.
Pihak SPR turut memaklumkan, kos keseluruhan bagi PRK di Dun Chini, Pahang ini dianggarkan berjumlah RM4.3 juta, dengan seramai 832 petugas akan dilantik mengendalikan proses PRK itu. Manakala, 14 Pusat Mengundi yang mengandungi 66 saluran akan digunakan untuk kemudahan mengundi.
Daftar Pemilih yang akan digunakan bagi PRK berkenaan adalah Daftar Pemilih Induk 2019 yang dikemaskini sehingga 7 Mei 2020 lalu, mengandungi 20,990 pengundi terdiri daripada 20,972 pengundi biasa dan 18 pengundi awal polis.
Untuk rekodnya, Pada PRU 2018, Allahyarham (Abu Bakar) mewakili calon BN berjaya mempertahankan kerusi disandangnya dalam saingan tiga penjuru bersama PAS dan PKR ketika itu dengan kelebihan majoritinya 7,675 undi.
Dewan Undangan Negeri (Dun) Chini berada dalam kawasan Parlimen Pekan yang diwakili oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak bersama Dun Pulau Manis, Dun Peramu Jaya dan Dun Bebar. (Harakah)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: PH kalah lagi kerana 'PKR mengumumkan bahawa parti itu tidak akan meletakkan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) di dewan undangan negeri Chini.' Mengapa tak letak calon DAP barua dari Melayu? Puak penakut juga rupanya.. tanda PH sudah dekat ajal.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: PH kalah lagi kerana 'PKR mengumumkan bahawa parti itu tidak akan meletakkan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) di dewan undangan negeri Chini.' Mengapa tak letak calon DAP barua dari Melayu? Puak penakut juga rupanya.. tanda PH sudah dekat ajal.
2 comments:
Parti kafir Harbi DA-Pigs dan khadam ultra-rasis mereka adalah ternakan parti kafir Harbi PA-Pigs yang sedang menindas Islam dan umat Islam di Singapura.
Mereka semua adalah musuh Islam yang sangat jelas berdasarkan tindakan rasis dan sikap anti-Islam mereka selama ini.
Rakyat sayang kat bang non. Tapi rakyat lagi sayang kat bang non, jika bang non tidak berhasrat membentuk malaysia baru atau malaysia malaysian. Dan rakyat sayang kat bang non jika bang non tidak bekerjasama dengan dap dan menjadi baruah dap. Dan rakyat sayang kat bang non jika bang non tidak bercita2 menjadi pm.
Post a Comment