Wednesday, June 10, 2020

Masalah Pendatang Atau Penghijrah. Bolehkah Dicuba Kaedah ini?

PATI Rohingya yang ditahan selepas dikesan berada di perairan negara, awal pagi tadi.
Bangladesh Enggan Terima Pelarian Rohingya Di Malaysia


DHAKA – Bangladesh pada Selasa berkata pihaknya menolak untuk menerima semula 269 pelarian Rohingya yang ditahan pihak berkuasa Malaysia.
“Bangladesh tidak akan menerimanya. Bangladesh tidak mempunyai kewajipan atau berada dalam posisi untuk menerima pelarian Rohingya lagi,” kata Menteri Luar AK Abdul Momen kepada agensi berita Anadolu.
Pihak berkuasa Malaysia pada Isnin menahan 269 pelarian Rohingya dan turut menemukan mayat di atas bot yang rosak di luar pulau peranginan Langkawi.
Tambah beliau Rohingya bukan warga Bangladesh, mereka penduduk Myanmar.
Beliau menyeru negara-negara lain turut sama menerima pelarian Rohingya dan beban itu bukan hanya perlu ditanggung Bangladesh sendirian.
“Kita mengalu-alukan negara lain mengambil mereka dan memindahkan 1.1 juta Rohingya yang kini berlindung sementara di Bangladesh,” kata Momen.
Sementara itu, dua lagi pelarian Rohingya di kem sementara di Cox’s Bazar meninggal dunia pada Selasa akibat Covid-19, menjadikan sehingga kini tiga orang maut.
“Hari ini (Selasa), dua lagi kematian dan enam kes dilaporkan. Jumlah pelarian yang dijangkiti ialah 35 orang,” kata seorang pegawai Mahbub Alam Talukder.
Beliau berkata lebih 20,000 Rohingya dilaporkan mempunyai kontak rapat dengan pesakit yang berlindung di khemah yang sama. (Tv)
'Sengaja bocorkan bot, rosakkan enjin'
LAPORAN portal Harian Metro


SINDIKET pendatang asing tanpa izin (Pati) etnik Rohingya dikesan sengaja membocorkan bot dan merosakkan enjin dengan teruk sehingga tidak dapat dibaiki supaya dapat mendarat ke perairan negara.
National Task Force (NTF) dalam satu kenyataan berkata, kerosakan yang dialami bot dinaiki 269 Pati etnik Rohingya yang menceroboh perairan Langkawi menyebabkan tindakan pengusiran tidak dapat dilakukan.
Sehubungan itu, Kapal Maritim (KM) Kimanis memberikan bantuan makanan dan air bersih yang secukupnya kepada Pati berkenaan.
Menurut kenyataan itu, atas dasar kemanusiaan Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan bot berkenaan ditunda ke Jeti Teluk Ewa Langkawi.
SEBAHAGIAN Pati etnik Rohingya yg ditahan ketika memasuki Langkawi. FOTO Ihsan NTF
SEBAHAGIAN Pati etnik Rohingya yg ditahan ketika memasuki Langkawi. FOTO Ihsan NTF
PATI Rohingya yang ditahan selepas dikesan berada di perairan negara, awal pagi tadi.
PATI Rohingya yang ditahan selepas dikesan berada di perairan negara.

Sindiket seludup PATI tumpas 

AYOB Khan (kiri) ketika sidang media. FOTO Mohd Azren Jamaludin
AYOB Khan (kiri) ketika sidang media. FOTO Mohd Azren Jamaludin


"Polis Johor akan mendapatkan kerjasama Polis Indonesia bagi mengesan ketua sindiket penyeludupan PATI berkenaan dalam masa terdekat.
"Sindiket ini merekrut pekerja mereka terutama penghubung (transporter) menerusi tapisan ketat sebelum diterima bekerja bagi mengelakkan jenayah mereka terbongkar dan dikesan pihak berkuasa.
"Enam dalang utama dalam sindiket jenayah terancang penyeludupan PATI ini membabitkan ketua sindiket,ejen/pengurus, penghubung (transporter), tekong darat,penjaga tempat penampungan atau penginapan dan tekong laut.
"Ejen, penghubung,tekong darat dan laut juga dipercayai mendapat komisen antara RM250 hingga RM350 setiap PATI," katanya.
Ayob Khan berkata, 40 ahli sindiket yang ditahan itu membabitkan ejen (tiga), penghubung (10), tekong darat (15) dan penjaga rumah penampungan (12).
Katanya,turut dirampas adalah 16 kereta,sebuah van, lapan bot fiber dan 114 telefon bimbit.
"Kesemua suspek yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 130V Jenayah Terancang Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)2012 SOSMA," katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Merujuk kepada berita-berita di atas, masalah pendatang atau 'penghijrah' bukan sahaja menjadi masalah dunia saja tetapi juga menjadi masalah negara ini. Di Malaysia sendiri masih ramai pekerja-pekerja dari negara tersebut tersadai di sini dan terpaksa dihantar balik. Bagaimana penyelesaiannya? Mari kita fikir-fikir sejenak secara ringkas...


Pertama:


Mari kita lihat sejarah Islam. Salah satu sebab yang membantu kebangkitan Islam dari lembah Mekah menjadi kuasa besar waktu itu ialah dengan tumbangnya 2 kuasa besar Rom dan Parsi. Iaitu pemimpinnya Muhammad bin Abdullah SAW berjaya mencantumkan 'Kumpulan Muhajirin' penghijrah dari Mekah ke Madinah dengan 'Kumpulan Ansar' penolong yang tinggal di Madinah, jadi bersaudara.

Itu termasuk sumber kekuatan Islam pada masa itu. Apalagi dalam dunia globalisasi tanpa sempadan masa kini, aktiviti ekonomi dan dakwah boleh terus merentasi sempadan. Bagaimana? Itu yang perlu dirancang dan difikirkan.

Israel/AS telah memulainya pada tahun 1948 lagi. Pendatang haram Yahudi di tempatkan di Palestin, yang akhirnya mereka mengaku hak milik mereka dan terus memperluaskan. Itu cara jahat penjajah-penjajah. 

Di Malaysia, boleh kita mulai dengan penghijrah-penghijrah-penghijrah yang ada di sini. Boleh bersama-sama beraktiviti melalui kegiatan ekonomi, perkahwinan, persekolahan dan sebagainya. Di Malaysia 'kebersatuan' melalui perkahwinan agak berjalan lancar, bahkan kadang-kadang penghijrah boleh memiliki kelayakan seperti warga asal. 

Insya Allah akan lahir manusia seperti Abdul Rahman bin Auf atau Bilal bin Rabah zaman ini, yang akan menyongsong Kebangkitan Islam Se dunia. 

Kedua:

Saya sendiri (Ibnu Hasyim) berpengalaman menjadi perunding memberi pekerjaan kepada pekerja dalam dan luar negara yang ingin berkerja di negara-negara yang memerlukan. Seperti di Australia, New Zealand, Korea, Saudi dan negara-negara Arab, Hong Kong atau lain-lain. 

Ianya ada peluang untuk mengurangkan penghijrah-penghijrah di negara ini secara agak besar-besar dengan syarat perlu perundingan dengan negara-negara terbabit. Perundingan antara negara dengan negara, bukan individu dengan individu. Boleh kita luaskan perbincangan tersebut, bila ada kelapangan. Sekian.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails